"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 September 2014

Riveria Strike 4


Tarikh: 28/09/2014 (Ahad) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.10am - 11.00am



Fiuhhhh... Setelah 2 minggu aku kumpau kat sini sejak last post 13 September lepas (tambah siap ambik cuti 2 hari berturut2 lagi tu pun kumpau!), akhirnya tertulis rejeki hari ini, alhamdulillah... 

Apa yang bertambah menarik, solo cast kali ini aku dapat "Lesen". 1st time aku dapat spesis nie. Macam2 rupanya penghuni yang dok menyewa kat dalam tu & i wonder how many species are there?... Oh My Englishhhhh!




What a view...

    



Mula2 sampai tu rasa sunyi jer. Takde "letupan" yang kasar2. Kecik2 jer bunyi dari kejauhan. Seperti biasa beberapa spot yang biasa ditry, but nothing happen.

Berkali-kali gak aku lempar lure kat spot (dalam gambar 1st tu), masih belum ada sambutan. Kalau tak silap cast kali ke-4 & tetiba lure dibawak lari rilek2 jer cam berjogging... Sabar dulu... biarkan dalam kiraan 1...2...3! Terus sentap kuat2, barulah pecutan ganas berlaku!

Untuk menambah lagi keyakinan hook aku tu benar2 ampuh dalam mulut ikan, sekali lagi aku sentap. Bila dah rasa yakin, barulah aku start melayan "tarian" beliau. Yes, mari berdansa! Sambil2 tu pelan2 aku ketatkan drag bc.

Masih belum sure lagi spesis apa, sebab sekali sekala sekilas pandang tak nampak pulak tanda fingermark kat hujung badan tu. Apa yang jelas ekor nya ada dua kaler - hitam/kelabu & kuning. Bila beliau keletihan menari, barulah beliau timbul & menampakan wajah yang keletihan. Wahhhhh... lesen! Tak tauk lak aku nama ikan nie. Hanya setelah balik rumah aku tanyak kat Pakcik Google, barulah aku tahu nama beliau.




Gerut-Gerut @ Grunter (1.4kg, 45cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: Tapau @ Take Away...






Syukur alhamdulillah... My 1st licence. Tak sangka dapat spesis nie! Orang Sarawak panggil ikan nie Rumpak @ Umpak.






Another pose.







Close up. Z-man "minnowZ" soft plastic lure inside.






Good size, 1.4kg.





Sebelum turun tadi memang tak sempat nak breakfast. So, melantak lah dulu setelah perut berbunyi...






Setelah tiada sambutan, jam pun menghampiri 11.00am, so stop takat nie jer lah. Next time try lagi.






Lure(s) / Setup of The Day...


Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer)soft plastic lure.


Teknik menggunakan soft plastic nie yang selalu aku gunakan sejak mula2 dapat ikan Jenahak tempoh hari aku pelajari dari youtube (Klik sini: Fishing with Storm Trigger X Soft Plastics at Pasir Ris Pond) & memang berkesan bagi aku. 

Baling cam biasa, biar lure tenggelam sampai dasar dulu. Bila dah sampai dasar twitch, twitch (henjut, henjut) dan retrive, retrive (atau +1 retrive lagi). Biar lagi lure tenggelam sampai dasar kemudian ulang retrive lagi. 

Bila agak2 lure semakin dekat baru steady retrive & pastikan hujung rod point kat permukaan air (ke bawah).

Tahap kesabaran nak mempraktis soft plastic tu penting. Mental mula goyah bila member sebelah strike pakai hard lure. Itu dugaan besar bila nak mempraktik penggunaan soft plastic. So, setakat nie memang aku cuba mendisiplinkan diri untuk bersabar & memperbanyakkan penggunaan soft plastic sebab ilmu soft plastic aku tu masih belum ampuh






Snakehead Report (4th week of September 2014)


Tarikh: 24/09/2014 (Rabu) 
Lokasi: Campur2, Kota Samarahan
Masa  : 2.00pm - 4.00pm



Hrmmmm... Aku ambik cuti hari ini (& esok). So, 1st & top list xtvt kalau aku cuti & berkesempatan, casting lah jawapnya... Mula2 awal pagi cam biasa aku main Salt Water dulu kat Riveria. Kalau beberapa post terdahulu aku strike 3 hari berturut-turut setelah musim kumpau, kini roda berputar sekali lagi - kumpau (2 hari berturut-turut gak). Inilah lumrah rejeki & ketentuan yang tak boleh kita pertikai. Redha lah seadanya.

So, bagi mengisi balance masa yang masih ada, back to basic beb! - meRuan... Port aku campur2 jer. Seekor aku dapat kat Riveria tu & lagi 2 kat parit sawah padi. Curutan jer. Belum lagi jumpa saiz yang kasar2. Takpe, janji strike!




1st catch - Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl)
Status: C&R





Close-up. Rakus betul. Z-man berhook besar pun beliau bedal!





2nd catch - Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R





Close-up. Banyak saiz curut gini yang rabut.





3rd catch - Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R





Close-up. Sib baik sangkut kat satu mata hook.






Lure(s) / Setup of The Day...


Z-Man "MinnowZ" (Pearl) size: 3"





SureCatch Tiny Frog "SureBite"







22 September 2014

Snakehead Report (3rd week of September 2014)


Tarikh: 17/09/2014 (Rabu) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 6.30pm



Untuk laporan kali ini lebih kepada hasil casting bersama anak aku yang sulong berusia 6 tahun. Dia yang dapat ikan for the 1st time in his life (klik sini untuk story 1st time beliau casting). Reaksi dia time tu takyah cakap lah... over exciting! Aku lak yang Kumpau! Haha... Apa2 pun seronok tengok wajahnya yang ceria. Buat masa nie, time dia cuti sekolah jer baru aku bawak dia casting...




Casting together2 kat port yang semakin mengering.




Teknik melontar lure beliau masih lagi tidak memuaskan. Kena banyak berlatih lagi...




Aksi beliau fight (print screen from video) or kena buli snakehead???





Akhirnya, Ikan & dari spesis snakehead pertama beliau dengan kaedah casting... Wajah Excitied + Kepuasan + Tak berenti-renti cakap cara dia fight...





This is the moment that i want. Sharing the happiness, pass down the knowledge from a father to his son... - PRICELESS!





Kena didik jugak apa itu C&R...










Lure(s) / Setup of The Day...

SureCatch Tiny Frog "SureBite"






15 September 2014

Riveria Strike 3


Tarikh: 13/09/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.45am - 12.00pm



Inilah namanya rejeki. Tiada apa2 yang mampu diucapkan melainkan syukur Alhamdulillah. Pagi yang indah ini, aku strike lagi...

Sampai jer kat port, dah ada Uncle & Aunty membottom kat situ. Kemudian datang lagi sorang bro yang nampak gayanya macam caster.



Port Riveria mula meriah...



Uncle membottom dengan umpan ikan & udang hidup.



 
Agak lama sikit sebelum aku strike. Kalau sebelum tu seblum jam 7.00am dah strike, kali ini jam 8.00am lebih baru aku strike. Lokasinya pulak ikan tu menyambar agak jauh dari tebing (sebelum nie dekat2 sepanjang tebing).

Menjadi betul Soft Plastic (SP) kat sini. Sentapan manja2 dari sang penghuni aku "twitch"kan sedikit (seolah2 sp tu hidup) & terus ikan tu mula memecut membawa lari sp. Time inilah baru aku hook-up kuat2. Yes, strike beb!

Tiada aksi akrobatik masa aku fight, terus aku tersenyum - Tetanda (Jenahak) nie bukan Selunsong. Perghhhhh... layan fight & anggaran aku memang 1kg lebih nie. Semakin dekat, memang nampak "tanda" biasa tu. 

Part nak mendaratkan beliau kena hati2 sebab beliau asyik nak melarikan diri kat rumput air liar yang boleh menyebabkan sangkut. Setelah kepenatan, baru beliau surrender & terus aku lip grip. Syukur alhamdulillah, masih lagi "jodoh"ku dengan spesis ini.




 
Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream (1.6kg, 50cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man "MinowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: Tapau buat lauk ;)





Another pose.






Good size, 50cm.







1.6kg. Kali ke-2 aku dapat saiz & berat yang sama.






Kali nie kat tengah2 tu aku strike.





Bro nie yang tolong snap picture aku. Lupa lak nama beliau. TQ bro.





Tambah 2 orang lagi caster yang datang...




Setelah agak lama tiada sambaran, baik aku lunch dulu. Lapar pulak perut. Sambil2 lunch tu tenangkan diri menghayati keindahan ciptaanNya...
Makan makan jugak. Tapi jangan lupa, mata kena scan keliling & telinga kena standby mengesan sebarang bunyi. Hehe...




Weapon always standby in ON mode. Mana tau tetiba ada "letupan"...






Selepas lunch di bawah pokok, aku sambung balik 2nd half. Belum lama selepas itu, member aku si Kelvin Jazz datang melawat. Beliau tak dapat join kali ini sebab terlibat dengan perbarisan Birthday TYT Sarawak.

Tengah asyik berborak tu tetiba 1st time drag aku "menangis" zreeeettttttttt... ditarik sang penghuni. Aku mencari "peluang" sesaat beliau stop memecut. Bila saja dapat peluang tu terus aku hook-up kuat2. Lagi sekali beliau membuat pecutan yang benar2 membuat jantung aku berdegup kencang! Drag memang aku tak nak ketat sangat (boleh meletup tali putus kalau ketat2 tatkala ikan memecut! Biar loose sedikit). 

Sambil melayan tarikan sikit sekali aku ketat drag pelan2. Ibu jari aku aku pulak support menahan spool yang masih bergerak. Panas rasa ibu jari aku. Memang lentur kaw2 mojo aku tu. Kelvin terus mengeluar handphone beliau untuk merakam detik2 cemas tu & tetiba keadaan menjadi tenang & sunyi...

Rabut! Rupa2nya perambut 30lb aku tu putus. Perghhhhhhh... Bukan "tertulis" rejeki yang nie. Apa2pun memang sah ada Megatron kat dalam tu... 





Sebelum balik, snap view dari sini lak. Sempat cast sekali tadi tapi sangkut lak sp aku... Hoh!
 





Lure(s) / Setup of The Day...

Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer) size: 3" + Zerek Weighted Worm Hook + Bell Singker + VMC DYNA Snap














Snakehead Report (2nd week of September 2014)


Tarikh: 09/09/2014 (Selasa) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 5.50pm - 6.50pm



Semalam hujan lebat, so hari ini aku buat keputusan nak terjah tempat nie balik, mencari karen snakehead bagi Laporan Snakehead untuk minggu ini kerana minggu lepas aku takde singgah main fresh water.

Hanya seekor yang berjaya ditangkap. Walaupun ada yang rabut, jelas kelihatan saiz bawah umur jer yang banyak. Pasal tu lah tak boleh nak telan lure sebab mulut kecik. Tertanya gak aku kat mana yang saiz2 kasar bermain kat spot nie?




Kat sini takde lak sambaran saiz yang kasar2.





Kat sini ada sekali 2 jer bunyi "letupan", tapi tak kuat mana. Kat hujun nun. Tak sampai lure aku baling dengan set 'uzur' nie...





Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R





Close-up... Kebanyakan sambaran saiz macam nie & kecik lagi dari nie lah.




Lure(s) / Setup of The Day...

SureCatch Tiny Frog "SureBite"








08 September 2014

Riveria Strike 2


Tarikh: 06/09/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.30am - 11.15am



What?... Again???!!! OhMaiGot...! Aku sendiri pun tak percaya. dalam minggu yang sama aku strike lagi ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream kat lokasi yang sama. Bukan sekali, tapi 2 (seekor semakin besar & berat dari tangkapan hari Isnin yang lepas & seekor lagi masih baby).






Awal pulak aku sampai kali ini. Before 6.30am... Rehat jap bagi hari terang sikit.




Agak2 dah terang sedikit baru aku start cast. Ada beberapa kali gak terdengar "letupan" dari sang penghuni yang tengah breakfast... Pernah tak korang alami bila nampak "letupan" ikan nak makan lalu korang cepat2 lempar lure kat lokasi kejadian & time tu jugaklah birdnest! Pernah kan?

Tulah yang aku alami masa tu... Pastu aku agak2 jer lah menggunakan teori domino (entah pa2 entah teori aku nie), main blind cast jer aku lempar lure, retrive pelan2 & "Zeeeeettttt..." bunyi tali aku keluar dari bc

Apa lagi, terus aku "hook-up" balik bagi membalas serangan beliau (hah, ingat pulak aku teknik nie. Yelah tak nak macam kes Selunsong yang terlepas tempohari...). Strike akhirnya beb!




Strike sebelum jam 7.00am!... Nampak dah tanda "fingermark" kat hujung badan tu. Time nie beliau dah start lemah sikit selepas memberi tentangan hebat. Kejap2 memecut pakai turbo. Kejap2 pakai Nos. Layan baik punyaaaa...





1st catch - Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream (2.9kg, 61cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl)
Status: Tapau @ Take away





Close-up. Tercungap2 beliau kelelahan...





2.9kg! Wahhhhh... Lentur habis rod masa fight. Bergegar tangan aku masa angkat time nie. Syok fight woo!





Muka ada sinyummmmmmm... Best fight setakat nie. Alhamdulillah... Sungguh unSANGKArable! Agak2nya berapa banyak ikan nie kat dalam tu? Ada lagi kah saiz yang tahap Megatron?...





2nd strike! Baby le pulak...





2nd catch - Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl)
Status: C&R





So, yang masih baby nie aku C&Rkan. Biar beliau membesar untuk fight yang akan datang.




Kali nie aku tak cast sorang2. Ada kenalan dari FB yang nak join aku. Aku ok jer. Tapi beliau tak sempat menyaksikan aku fight ikan tu yang tak disangka strike awal. 

Kat besi penghadang (gambar bawah) nie kena hati2 gak terutamanya bila ikan semakin dekat. Bukan apa, kalau tak berhati-hati, boleh putus tali kena besi tu sebab besi tu ada yang karat.




Member tengah kosenteret!





With Kelvin Jazz, kenalan FB.





Lebih kurang jam 11.10am camtu, tiada lagi sambaran & "letupan". Berbeza suasana kali ini. Tempoh hari selepas hari hujan memang meriah penghuni dasar buat parti. Sana sini boleh dengar "letupan". Mungkinkah kat sini memang happening selepas hujan???  So, tu jer 1/2 day cast aku kali ini (Kelvin terpaksa balik awal sebab ada sedara yang datang berkunjung).





Cam biasa, bila sampai rumah aku sukat balik - 61cm.





Itulah yang dikatakan rejeki... When, Where, How, kita tak tahu. As long as kita berusaha, Insyaallah ada ganjarannya... Kalau sebelum ini semasa aku tambah cuti Hari Raya yang lepas, 5 hari berturut-turut aku kumpau (tersiksa fizikal & batin beb!), tapi kali ini beroleh pulak hasil yang lumayan. Dalam minggu yang sama pulak tu. Syukur alhamdulillah...

Bukan nak menyombong atau riak. Sebagai peringatan & motivasi kepada aku sendiri jugak kerana hal yang melibatkan rejeki nie kita tak boleh nak ramal. Point yang aku nak bagitahu, terus berusaha mencoba walaupun resultnya sering mengeciwa. Lagipun this is just hobby beb, untuk mengisi masa lapang...






Lure(s) / Setup of The Day...


Z-Man "MinnowZ" (Pearl) size: 3" + Zerek Weighted Worm Hook + Bell Singker + VMC DYNA Snap