"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kampung Plaie. Show all posts
Showing posts with label Kampung Plaie. Show all posts

11 August 2014

Snakehead Report (5th week of July 2014)

 
Tarikh: 31/07/2014 (Khamis) 
Lokasi: Kampung Pelaie, Samarahan
Masa  : 6.30am - 12.30am


Setelah sebulan lebih aku off casting sempena bulan Ramadhan & Hari Raya, so dalam raya ke-4 ini aku putuskan untuk memulakan semula aktivit casting ini. 

Seawal pagi aku terjah Port Summer Mall yang semakin diselubungi kangkong. Kumpau jugak aku kat sini. Macam makin kurang dah 'megatron' aku lihat. Letupan2 pun dah macam takda. Memandangkan tiada sambutan, aku tukar kat port yang lain. 

Kebanyakan port tersebut dah semakin mengering. Last2 aku jumpa 1 port baru kat area Kampung Pelai. Walaupun nampak mengering namun kat sinilah aku strike 4 ekor snakehead saiz kecik2 jer. Syukurlah, lepas jugak gian aku...




Parit kawasan Sawah Padi nie yang semakin mengering. Nampak dasar lagi tu. Macam sejengkal jer tinggi air tu, but jangan mudah terpedaya. Silap2 kalau pijak mau tenggelam sampai pinggang!






1st catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R






2nd catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R






3rd catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R






4th catch - Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R





30 March 2013

Renew Lesen MJ (Mangrove Jack) / Mencari Karan Belao

Tarikh: Sabtu, 30.03.2013 
Lokasi: Belungei, Lundu / Kota Samarahan


Memandangkan casting untuk boatbase semua dah penuh, so aku buat keputusan untuk 'membawa diri' ke Belungei, Lundu. Aku menjangkan casting kali ini jugak Lone Ranger, namun panggilan telefon yesterday dari member ku, Kimi & beliau bersetuju untuk 'berduet' dengan ku ke Belungei.

Hasil kali ini pun tak seberapa. Hanya seekor MJ juvenil jer sebagai 'renew' lesen yang aku dapat. Kebanyakannya rabut da...


 Posing dulu dengan baju baru beli semalam... @ 1 Jaya, Kuching dengan wang hantaran sebanyak RM29.90 tunaiiiii....


 MJ Juvenil... Hari ini aku menggunakan lure SP sepenuhnya...


Selepas menghantar member aku balik, sebelum pulang ke rumah, aku sempat ke lokasi belao feberet aku di Kampung Plaie, Samarahan. Dan hasilnya seekor belao yang agak boleh tahan jadi mangsa kali ini... 
*FREESTYLE STREET FISHING*

 Nampak kecik jer kan? Cuba peratikan hujung rod tu... Sendiri imagine aaa....


 Menggunakan SP sebagai lure...


Close-up dari kaca mata semut...



*FREESTYLE STREET FISHING* 




Set up yang aku selalu gunakan untuk memujuk belao.




24 February 2013

Lesen Pertama Belao 2013 (Haruan/ Snakehead a.k.a Channa Striatus)

Tarikh: Sabtu, 23/02/2013
Lokasi: Kuching / Kota Samarahan 

Akhirnya, minggu ke-4 barulah casting ku berhasil. Kali ini dalam misi mencari lesen Belao (haruan/ snakehead a.k.a Channa Striatus) kata orang Sarawak. Terima kasih buat Sifuk Romi Andika kerana memberi tips & meneman aku menunjukkan spot belao seterusnya mengambil 'lesen' tersebut.

Kalau diikutkan, banyak jugak sambaran ganas daripada belao tersebut, namun bukan rezeki... hanya beberapa ekor sahaja yang 'hook-up'. Pun begitu, hari ini aku mendapat 4 ekor. 2 berjaya digambar dan 2 lagi tak sempat... Hasil hari ini aku Catch & Release... Seronok gak kena karan belao nie... Till next time.





Inilah spot (dikenali sebagai Kolam Mastura, Rampangi, Kuching) pertama yang diterjah & di sini jugak 1st lesen belao ku. Gambar tak sempat diambil sebab masa beliau kat atas tanah tu hook dah terlepas. So dengan pantasnya beliau memecut dengan kelajuan cahaya ke arah gigi air. Sekelip mata beliau hilang dari pandangan! Cis, geramnya....


Yes, 2nd belao yang sempat digambar. Lokasi - parit di Jalan Santubong, Kuching. UNsangkaRABLE betul tempat nie... Selalu gak lalu area nie. Tak tahu le pulok rupanya 'Rumah Mampu Milik' diaorang...

Nielah Sensei aku kali ini, Encik Romi Andika. "Ready... 1...2..."

"3.... Yiahhhhh....!" Skill tu wooo...



Parit sekitar Kampung Plaie, Kota Samarahan. Tak jauh dari rumah mertua aku rupanya.... Buat penat jer terjah ke Kuching... kat sini banyak gak.


3rd belao. 4th belao tak sempat digambar... sama kes macam belawo yang pertama..


Boleh tahan gak saiz nie. Pakai sp lagi tu...


Parit @ Tali air rumah orang... hehehe!


Dapat lagi... Patut gak dipangil Sensei kan?kan?kan?


 Arghhh.... Malaslah dah nak cakap! Sekian...



*FREESTYLE STREET FISHING*