"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 December 2020

Sebarau @ Hampala #3/2020 - TEST DRIVE: Rod LEMOREN Moying 462UL 3-6 lbs

Tarikh  : 26.12.2020 (Sabtu)
Lokasi: Port Dahan, Semadang-Jambusan

 

Tak dirancang sangat trip kali ini. Tujuan asal nak test performance rod baru aku untuk layan stream, Lemoren Moying 462UL yang ku beli melalui Shopee pada 7.12.2020. Hari2 aku training baling kat laman rumah untuk amik feel. Masanya dah tiba untuk lihat camna prestasi rod & prestasi latihan aku selama ini. Hehehe...

Komplot kali ini bersama Nazrie, Nazli & Lano. Lokasi, port Dahan untuk menjejak sebarau. Huh, masih seekor rekod sebarau yang aku perolehi setakat ini semenjak 2014! 



Left to right: Lano, Nazli & Nazrie at start point. Port bawah tu upper stream...



Port bawah tu pulak downstream...



Biasanya aku start upper stream dulu. Tak jauh sebenarnya kawasan yang diterokai. Sekarang nie dah semakin tebal belukar hingga tidak kelihatan jalan tepi tebing tu.



Pada mulanya kami lihat kat sekitar Kampung Semadang airnya agak keruh, tahap air milo. Dem... keciwa beb. Tapi bila sampai kat port, alhamdulillah, cun - tak keruh sangat & tak jernih sangat. Tah kali berapa dah cast, balingan lure antara pokok tumbang dan gumpalan kayu2, ranting & daun2 tu tiba sesuatu menyambar lure aku dengan pantas amat! Yes, Hit!... Fish on yang pertama memecah kesunyian.



Species: Sebarau @ Hampala Barb (1st catch)
Rod      : Lemoren_Moying 462UL, 3-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Fuhhh... setelah lesen pertama aku semenjak 2014, baru kali ini beroleh lagi Sebarau 3 belang! Lebih kurang sama saiz dengan tangkapan pertama aku dulu.

 


Nazli & Lano sedang beraksi di spot miskol sebelum ini.




Sementara itu, Nazrie strike Bujuk @ Forest Snakehead di lokasi yang sama. Sungguh kasar Bujuk beliau dengan berumpankan softplastic. Sepanjang cast upper stream nie ada sekali dua kami miskol. Namun tiada lagi hasil sehingga ke last check point bahagian upper stream ini. 

 

Kami berpatah balik mennggunakan jalan raya untuk sampai ke start point mula2 tadi, untuk meneruskan cast downstream pulak.



Wajib dicuba bahagian bawah jembatan... Beberapa kali jugak aku cast namun tiada berhasil. Nazrie masih menggunakan softplastic sekali lagi disambut mesra oleh Bujuk @ Forest Snakehead yang merupakan tangkapan ke-2 beliau. Perghhhh... Heng mari wooo...



Memandangkan Nazli ada trip casting lagi esok, beliau memutuskan untuk berehat & menamatkan sesi kali ini bertemankan Nazrie. Tinggal aku & Lano meneruskan cast downstream...



Terlihat kawasan redup ini, aku hantarkan lure berdekatan gigi air & tebing melalui sebatang kayu tumbang (tak nampak dalam gambar), lagi sekali lure aku diterkam pantas! Yes, Hit kali ke-2 gais! Fish on aku layan dengan berhati2 sebab pek'el Sebarau nie lepas menyambar lure, beliau buat u-turn nak patah balik kat bawah kayu. Sib baik berjaya dihalang.



Species: Sebarau @ Hampala Barb (2nd catch)
Rod      : Lemoren_Moying 462UL, 3-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Yes, besar sedikit dari yang pertama tadi. Layan amat dengan set UL aku. Jugak si 3 belang yang menyambar!



Bergerak lagi kami turun ke hilir, nampak lagi pokok tumbang. Kawasan camgini memang peberet Sebarau menghendap. Baling lure beberapa kali dengan teknik jerk...jerk...jerk... pause sekejap, terus disambar kali ini dengan lebih ganas. Hit babeh! Sepantas itu jugak aku kawal pecutannya yang cuba balik ke pangkal jalan!



 Species: Sebarau @ Hampala Barb (3rd catch)

Rod      : Lemoren_Moying 462UL, 3-6 lbs
Reel     : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)



Alhamdulillah, paling besar dalam trip ini & rekod paling besar aku perolehi setakat ini jugak. Walaupun di bawah 500g, syukur masih ada strike. And opkos, 3 belang lagi beb.



Lepas sesi fotografi, c&r sebab tak cukup besar untuk ditapau buat lauk. Takpelah, next time try cari lagi. Moga bertemu jodoh dengan saiz kasar!



Ini bahagian hujung corner kawasan downstream yang boleh diterjah setakat ini. Walaupun rupa berpotensi, namun tiada berpenghuni.



Boleh dikatakan lubok, namun aku yang menduga dengan lure sinking & Lano jugak menduga dengan perbagai lure, masih tiada sambutan. Dulu masa kat sini, tak nampak anak2 pokok sawit disebabkan belukar yang tebal & tinggi. Lepas nie bolehlah aku try jauh sikit sebab nampak jalan yang boleh digunakan. So, cukuplah setakat ini. Lagipun hujan dah mula turun...




Lure(s) Of The Day

Lure yang berkesan kali ini kaler #2 & #3 dari atas belah kanan. Hook cam biasa aku tukar pakai single hook jenama Mustad Kaiju #10. Jangan lupa untuk menukar split ringnya sekali ye.




Split ring dari jenama Tokkou





Review: Rod LEMOREN Moying 462UL, 3-6 lbs

Aku suka panjang 4'6" ini. Tak sia2 aku traning lempar lure kat laman rumah. Walaupun belum perfect, namun training aku hari2 tu berhasil. Banyak jugak lure landing on target

Pada mulanya tak jauh lure leh gi, tapi bila aku ubah setting pada bc (dengan off semua brake & ejas tension knob), barulah lure ringan jauh terbang dengan menggunakan sedikit tenaga sahaja. 

Berisiko jugaklah bila off semua brake kerana kalau backlash, tiada ampun beb! 3 kali jugak kena, sib baiklah masih dapat bersabar walaupun banyak masa terbuang. Overall, rod nie memang sesuai buat layan stream



Rod nie mempunyai tip yang tersangatlah halus, seolah2 bukan spec 3-6 lbs, tapi rasa cam 1-4 lbs. Sehalus rod Kuying Teton aku dahulu... 

 

 

Aku beli 2 jenis, satu untuk baitcast & satu lagi untuk spinning. Trip kali ini aku gunakan jenis untuk baitcast.






15 December 2020

Tilapia #1/2020


 

Tarikh  : 12.12.2020 (Ahad)
Lokasi: Sekitar Samarahan

 

Masih lagi aku bekerja di hujung minggu. Sebelah awal paginya aku ke Tambak Pending dahulu sebelum turun kerja. Sejam lebih jer dapat cast sebelum diserang sakit perut. Demmm.... Rabut 2 ekor tarpon yang berjaya meloloskan diri melalui aksi akrobatik.

Balik kerja aku try terjah Riveria. Kat situ ramai gak yang cast + sorang pakcik tengah menjala! Hrmmm... Senyap jer kat situ. Tiada letupan2 tarpon. Last2 aku pindah tempat menuju ke Kota Samarahan.

 

 

Kali ini aku street fishing. Parit tepi jalan jer. Lamak gak aku dah usha parit nie. Last aku cek nampak boiling cam tarpon, tapi time tu air agak besarlah. Kali ini agak rendah pulak. Pun begitu kelihatan kelibat tilapia & snakehead. 

 

 

Lure aku gunakan sp paling halus... Cast kali ini aku jerk perlahan2. Sampai kat tempat pertemuan 2 parit, tetiba lure aku disambar. Hit & fish on. Layan punya layan akhirnya kelihatan kelibat si tilapia. Yes, strike juga akhirnya.


 

Species: Tilapia
Rod      : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Kanicen Nix_Brudu



 

Lure sp paling halus digandingkan dengan jig head 2g. Must have gak nie dalam tackle box. Stock aku pun dah nak habis. Kena beli lagi nanti.


Pendek jer report aku kali ini. Masa terhad, lagipun aku ada program lain petang nie. Pun begitu, adalah 1 nikmat merasa strike yang tak seberapa ini lebih2 lagi asyik kumpau memanjang. Well, see you gais di masa2 akan datang (jika tak kumpaulah...).

 

 

 

Lure(s) Of The Day

 

 Lure Brudu by Kanicen Nix on your left...