"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Clouser. Show all posts
Showing posts with label Clouser. Show all posts

21 September 2020

Unlocked Licence Bandang @ Ladyfish #1/2020

 

Tarikh  : 19.09.2020 (Sabtu)
Masa   : 6.15am - 2.00pm
Lokasi: Riveria (Kuching-Kota Samarahan Expressway)

 

Pagi ini nampak cerah hari. Rutin cast biasa plan untuk hari ini - Riveria/ Tambak Pending/ Tambak Bako/ Tasik Desa Ilmu. Siap berkemas, terus ke Riveria. Sampai kat Riveria air agak besar melimpah dari sungai. Pasang besar rupanya.

Buka pintu belakang kereta, ambik rod. Cari lure, dem! Beg lure & equiptment lupa kat rumah. Pulakkkkkkk....! Buat ilang stim betul lah pagi nie. Mau tak mau terpaksa jugak aku start kereta & memecut balik ke rumah...

 

 

Pada mulanya aku cast kat tempat biasa dulu. Bila aku tengok boiling banyak kat sini, aku gunakan pelbagai lure. Namun tiada yang dapat sambutan. Ada kalanya boiling tarpon agak dekat dari tempat aku cast tapi memilih amat dengan lure.



Last2 aku try pakai clouser minnow. Pada boiling yang meriah, aku cast kat situ & ada sambaran tapi tak kena hook. Mungkin sinker yang kena sambar agaknya. Terus aku gunakan clouser minnow & buat long cast jauh ke tengah tu bila aku tengok boiling seperti bandang.

Bila semakin dekat aku karau, satu sambaran ganas meragut lure aku. Aku hooked-up dengan pantas tapi seperti rabut pulak. Aku terus jer karau. Nyata, beliau memfollow rupanya memang dah sangkut kat hook. Berlakulah aksi fight yang mendebarkan.

Fuh, pecutan yang lebih dasat kali ini. Kiri, kanan siap lompat lagi & jelas kelihatan rupanya Bandang! Masih lagi aku mampu bertahan dengan asakan demi asakan. Spool memang takyah cakap asyik menjerit beb! Tak berhenti beliau meronta & memecut.

Bila nampak seperti lemah, aku kawal karauan & cuba untuk tangguk tapi beliau memecut dengan lebih bertenaga! Ohmaigot... Susah nak handle situation sebelah tangan pegang rod & sebelah lagi pegang tangguk lebih2 kena spesis camgini.



Nasib baik ada sorang bro yang melihat aku fight memberi bantuan menangguk & akhirnya berjaya didaratkan. Alhamdulillah... Akhirnya tercapai jugak hasrat aku unlocked lesen Bandang dengan set ultra light walaupun foul hooked kat bawah dagu.



Kepuasan maksima dengan hasil yang kasar sebegini. Terbalas jua dendam dikeciwakan spesis ini dahulu di tempat ini jugak. Memang lain rasa pecutannya kalau nak dibandingkan dengan tarpon. Padu amat gais!



Species: Bandang @ Ladyfish (60cm)
Rod      : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Clouser Minnow (+ sinker)



Tercacap kemas kat bawah dagu tu. Hehehe... Patulah berkali-kali gak melompat lure tak tercabut. Kalau kat mulut tu memang 50-50 agakanya.



Kenalan baru, makseh bro Izzat yang membantu menangguk & jadi cameraman. Kebetulan dia pun turun nak memancing. Sempatlah kami berkenalan & chit-chat tentang hobi memancing nie.

Sampai pukul 10.15am camgitu cuaca tetiba berubah. Dari cerah terus hujan & semakin lebat. Aku terus berkemas untuk menukar lokasi ke Tambak Pending. Sampai di Tambak Pending hujan masih rintis2. Terus jer aku cast sampai tengahari namun tiada berhasil.

Aku rest dulu sebelum plan nak menyambung kat Tambak Bako pulak. Kat Tambak Bako memang tak sempat nak cast, hujan terus turun dengan lebat. Area Kuching nie walaupun jam baru pukul 1 lebih dah macam pukul 6.00 petang! Takde tanda2 hujan nak berhenti.

Aku plan last ke Tasik Desa Ilmu kiranya nak lari dari hujan. Sampai kat situ, pun cuaca semakin mendung. Aku perati riak2 air pun takde boiling. Angin pulak semakin kuat. Turun jugak hujan. Hrmmmm... nampak gayanya terpaksa awal tamat cast hari nie. Syukurlah dengan hasil 1/2 day cast hari ini. Boleh tidur lena gak malam nanti. Hehehe...





Lure(s) Of The Day

Clouser Minnow buatan aku sendiri.



Begini cara aku setup clouser minnow dengan sinker.





24 December 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #50/2018


Tarikh  : 23/11/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 3.35pm - 6.30pm



Hoh, semakin terhad masa aku nak cast sekarang nie dek bebanan tugas. Hujung minggu asyik OT sahaja bagi menyiapkan kerja yang semakin berlambak di penghujung tahun. Walaupun aku standby set, konon2nya nak cast sekejap sebelum / selepas buat kerja, faktor cuaca pulak yang tak mengizinkan. Hujan memanjang. Hari nie lepas OT syukur hujan teduh lepas lebat amat tadi. Dapatlah buang gian jap...




Nampak beratus2 boiling?... Tak semesti boiling banyak tu mereka fenzy. Payah bena ko nak pujuk seekor beb!



 
Entah kali ke berapa ratus ribu aku cast, barulah sangkut seekor saiz curut. Sebelum tu ada lah jugak 2, 3 ekor curutron yang berjaya meloloskan diri dengan aksi akrobatik. Berjaya jugak aku menghanyirkan rod UL baru aku nie. Oh, BTW, rod Sailang aku masok bengkel. Nak kena "make-up & touch-up" sikit.



 
Species : Ikan Bulan @ Tarpon
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)


 

Hanya seekor nie pengubat rindu & penghilang gigil. Pendek jer entry blog aku kali ini. Nak buat cam mana, tu jer rezeki yang tertulis.



 
Sampai senja berlabuh... Tiada lagi sambutan & tiada jugak saiz kasar menjelma kali ini. Masih belum berpuas hati sebab tak boleh nak uji rod baru ke tahap maksima... Agaknya Tarpon nie masih kenyang... Till next time bebeh!






 

  LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow



 


 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser












05 November 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #48-49/2018


Tarikh  : 04/11/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 1.50pm - 6.15pm



Punyalah pedih memanjang kumpau beberapa minggu lepas. Dahlah masa cast pun singkat sekarang nie disebabkan keutamaan tugas hakiki. 
Kena buli, akrobatik tahap dewa, jumpa level surut / pasang amat, jadi babysitter, musim hujan, perghhhhhh macam2 lagi faktor yang sakit nya tuh di sini...
Syukur kali ini setelah terasa lama, baru dapat menikmati bunyi "nyetttttttttt...!"



Masa sampai tu air still cam gine, besar. Time gambar nie dah pukul 5 lebih baru Tarpon nie start nak makan. Sebelum tu pukul 2 lebih aku dah start cast, walaupun ada boiling, tapi haram disentuhnya!... Pada mulanya boiling besar kat tengah tu, aku cast & nampak kelibatnya memfollow & termiss terkam. Dah nak sampai kat tebing tetiba sesuatu meluru dari bawah rumput tu & membaham lure aku...





Strike pembukaan yang menghilangkan terus vibrate tahap gaban!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





3 kali akrobatik, namun lure masih ampuh, lekat kat bawah mulut.





Kemudian aku beralih kat sebelah nie pulak. Boiling besar kat tengah2, terus aku cast & jerk sedang2 laju. Nampak gelombang mengejar tapi pastu cam senyap balik. Tetiba terasa lure diterkam pantas & berlaku pecutan2 demi pecutan yang menghasilkan bunyi drag, music to my ears...





Yang nie lama sikit aku layan sebab degil & sering membuat percubaan meloloskan diri di bawah rumput2 bila cuba didaratkan. Tambah2 lagi dia buat akrobatik yang buat ko rasa seram sejok! Senang nak cast Tarpon nie orang kata lah... tapi ujian sebenar adalah time ko daratkan, berjaya atau tidak, Tarpon nie fighter hingga ke akhir... Syukur, kemenangan ke-2 buat aku.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





Patutlah kasar semacam & degil amat. Foul hooked rupanya. Ah, tak kira, janji strike! Hahaha...










  LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow





Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser












24 September 2018

Unlocked License Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb #1/2018


Tarikh  : 23/09/2018 (Ahad)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.30am - 9.00am



Pernah tak korang rasa cam 50-50 jer nak turun cast? Tak dapat nak bagi 100%, bukan disebabkan sakit ke apa, just rasa malas tetiba. Hah, nie lah yang berlaku kat aku hari nie... Semalam Bapak & Mak mertua aku baru selamat sampai dari menunaikan Haji (alhamdulillah), so bz semacamlah sejak dari hari jumaat lepas. Dan hari nie pulak mem outstation ke Sabah tengah hari nanti. Dalam pukul 10.30am gitu nak kena hantar ke airport. 

Tulah sebabnya kalau diikutkan malas nak cast hari nie. Tapi terbangun jugak pukul 5.45am. Duduk termenung jap di tepi katil, tengah pikir nak on x on cast. Kalau cast pun aku estimate 2 jam jerlah... "Ok, 2 jam pun 2 jam lah. Janji boleh baling lure. Mana tahu ada Tarpon yang sudi", kataku dalam hati...





6.35am aku dah sampai, "terlewat" sedikit sebab terlupa nak ikat leader. Masa dah nak pasang lure tu baru perasan, leader untuk ikat pada clouser minnow & sinker terlupa jugak pasang! Adehhhh, cuai! Ikat punya ikat setup, pukul 6.45am baru mula cast. Kebiasaaannya aku start cast kat tanjung belah kanan tu. Lama jugak main kat situ sampai pukul 8.15am & masih kumpau.





Pastu aku main kat tengah2 nie (& kumpau jugak) sebelum berpindah ke tanjung belah kiri tu pulak.





Bila nampak kelibat boiling kat tengah tu, aku cast cam biasa. Tiada sambutan. Cast  kali ke-2 rasa sesuatu menyambar tapi tak hookup. Cuba cast lagi, tiada apa2 yang berlaku. Kemudian aku cast rambang2 sekitar tengah hingga ke belah kanan aku sebelum aku ulang balik kat sini. Cast kali ini aku perlahankan sedikit retrived & jerk, terus disambar manja2 gitu. Yes, Fish on!... Semakin dekat tiada lompatan, bukan Tarpon nie aku rasa. Bila lihat pergerakannya tetiba memecut, aku mula rasakan baby Toman strike nie. Aku layan baik punya sambil drag menjerit kuat (terlupa kunci drag ke tahap sedang2!  Hampeh, banyak bena perkara yang aku lupa hari nie)...





Alangkah terkejut nya aku bila mangsa semakin dekat & jelas kelihatan, aku daratkan tanpa masalah. Bukan Tarpon, bukan baby Toman, tapi Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb. Wah unlocked license beb! Yoshaaa... seronok sangat!





Species : Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





1st time aku dapat spesis nie. Kat Sarawak ikan nie lebih glemer dipanggil ikan Sultan dari Jelawat. Tak sangka, mahu gak beliau sambar clouser minnow... Setelah sesi fotografi, aku sambung cast lagi kat kawasan berdekatan tempat strike tadi & tersangkut pulak lure aku. Putus! Terus aku putuskan untuk stop cast bila aku tengok jam dah nak pukul 9.00am. Cukuplah 2 jam lebih kurang. Syukurlah ada jugak yang sudi bergurau pepagi nie...










  LURE(S) OF THE DAY





Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser

Sekarang nie aku lebih banyak pakai tali sepanjang 1.5ft sebagai leader pada clouser & sinker. Rasa macam dah jumpa kepanjangan yang ideal.











17 September 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #43-44/2018


Tarikh  : 11/09/2018 (Selasa)
Lokasi : Taman Sukma
Masa   : 2.15pm - 6.55pm



Semalam & hari ini aku bekerja untuk 5 jam lebih kurang. Lepas selesai kerja baru aku memecut ke Taman Sukma untuk layan Tarpon sekejap cuma. Walaupun semalam aku kumpau, air pasang besar & kurang boiling, hari ini pun sama tapi ada sedikit kemeriahan boiling...





Time nie sebenarnya dah masuk pukul 6.00pm. Aku lama cast kat belakang rumah Pak Sedara aku. Bila dah kumpau tu & tiada sambutan barulah pindah kat port nie pulak untuk "last cast" extra time... Pasang besar air 2 hari nie dah.





Beberapa kali cast kat boiling tiada sambutan hinggalah aku lihat boiling kat tengah tu. Kali ini aku tukar lure menggunakan clouser minnow pulak setelah lama menggunakan rubber prawn. Aku retrived & jerk sedang2 laju kat boiling tadi, rasa ada sambaran tapi tak hook-up, namun aku terus retrived jugak barulah sambaran pantas kali ke-2 memecut laju melarikan lure aku... yes fish on!





Yes, setelah lama kumpau & rabut jer sejak tadi, memang time akhir2 ginilah baru strike. Stendet time Tarpon cari makan.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





Walaupun membuat akrobatik, namun lure tak lucut. Best kalau sangkut kat bawah mulut camgini.





Aku sambung lagi cast kat satu boiling yang jauh di seberang. Aku cast sehampir yang boleh & retrived macam tadi jugak. Sampai kat tengah2 baru terasa sesuatu menyambar & kali ini aku sentapkan sedikit hujung rod, terus fish on!





Nice... Tangkapan ke-2 selang 5 menet!





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 10 lbs
Lure     :
Clouser Minnow (+ sinker)





Jugak sangkut kat bawah mulut... Syukurlah, 2 ekor untuk hari ini dalam masa 4 jam.









  LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow





Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser