"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 November 2014

SEBARAU IMPREZA - Strike 1


Tarikh: 22/11/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Area Bau, Kuching
Masa  : 12.15pm - 5.15pm



"Ju turun main Dungan (Sebarau)", panggilan telefon dari member ku Jasman Jas secara tiba2 pagi ini membuat aku terpaku sekejap. Antara ya & tidak kerana perancangan aku esok hari baru program casting. Hari ini memang takde plan pun sebab masih ada program terakhir sekolah anak pagi ini.

Inilah peluang buat pertama kali nya dalam hidup aku ingin menduga casting Sebarau IMPREZA yang aku tunggu2 selama ini... Why aku memanggilnya Sebarau "IMPREZA"? Simple, bagi aku pecutannya dalam air seolah2 sama dengan "Family"nya - Subaru Impreza hebat memecut di darat!

Aku memberitahu Jasman bahawa aku x janji dapat ke tak. So tunggu tengahari lah lepas program sekolah anak ku & settle hal2 keluarga dulu. Pun begitu, set Sebarau aku memang ada dah. Baru awal minggu nie gak aku membeli. Tu pun yang kategori set "bolehlah" dulu...

Lokasi sebenar aku terpaksa RAHSIAkan atas arahan daripada beliau. Hanya aku boleh bagitahu lokasi am sahaja. Harap korang paham yek. Yang nie orang bawak aku bukan aku yang bawak orang. Kena respek gak 'amanah' tu. Takut2 nanti orang x percaya dengan kita lagi & tak nak bawak komplot... Taknak taknak taknak....!





Set "bolehlah" harga bajet & mampu milik, khas untuk aku memBarau. Kebanyakan brand Bakau jer. Aku beli sepasang. Ada gak yang dah lama ada macam popper Ofmer 4D Popper 65F tu.





1st Port - Wow & excited aku. Maklum baru 1st time...





Keroh sikit air kat sini. Riki cari yang clear sikit.





Aku cast sehampir macam batang kayu kecil kat dalam air tu. Retrive tak laju sangat, sedang2 jer. Agak2 tengah sedikit tiba2 rasa macam Fish on jer. Mula2 dia follow jer, pastu baru beliau memecut (beliau baru perasan tergigit mata kail kot? Hehehe...) 

Apa2 pun yes, Lesen Sebarau pertama aku! BTW, 3 belang tu beb! Koleksi Sebarau anda tidak akan lengakap tanpa 3 belang ini. So, aku kena cari yang takde belang, 1 belang & 2 belang lagi nih.






Happy sangat2 1st time dapat Lesen nie. KECIK bagi korang tapi BESAR maknanya bagi aku... Lebih dikenali dengan nama Juak @ Borneo Jungle Perch. Kalau yang 1 belang tu baru dipanggil Sebarau. Tak kira, lebih kurang jer. Dibeza belang. Hahaha...








Species: Borneo Jungle Perch / Juak / Hampala Bimaculata
Rod: Storm Mojo (MOC602ML_6-12 lb 
Reel: Shimano Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna DFC Leader, 20 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Bakau Chitala Spoon, 12g
Status: C&R





Close-up.





Nampak cetek tapi deras kuasa tolakan air nie. Hati2 wo...





Kalau dilihat sepintas lalu, kawasan camgini memang kegemaran Sebarau remaja & dewasa ambush. Tapi mungkin faktor musim hujan yang menyebakan saiz begitu sukar untuk ditemui.





2nd Port - Kami bergerak ke lokasi baru. Tak jauh dari lokasi pertama. Dalam 10 minit berkereta. Sinilah Jasman nampak banyak sebarau saiz 3 jari bermain celah2 batu beberapa hari sebelum komplot ini. Tapi hari ini takde sambutan.





Macam2 sport di cast, tapi takde miskol langsung...





Naik atas lagi pun sama gak keputusan. Mana lak diorang main nie? Hrmmmmm...





Banyak gambar aku berselfie jer nie.





3rd port - Turun semula dekat dengan old town Bau. Samapi port nie keciwa amat. Keroh sekeroh-kerohnya...





Nampak dah potensi tu. Tapi bukan rezeki today...





Next time kitaorang plan nak repeat kat sini. Khabarnya memang kasar & degil sebarau kat sini. Tu yang tak tahan dengar story Jasman.





Jam menunjukkan pukul 5.00pm. So, cukuplah dulu for now. Syukur, dapat komplot hari ini walaupun tidak dirancang & agak lewat, hanya aku & Jasman sahaja. Jasman ada kontek member lain, tapi masing2 ada komitmen so diorang tak dapat join. Lesen yang membuat aku rasa tersenyum sepanjang petang ke malam ;p






 Lure(s) / Setup of The Day...
 
Spoon kaler krom sebelah kiri tu yang aku gunakan dalam komplot ini. Hook tu aku dah tukar, pakai jenis single hook tapi aku dah tak ingat brand & saiznya. Leh refer gambar 1st kat atas...









11 November 2014

Snakehead Report (2nd week of November 2014)


Tarikh: 07/11/2014 (Jumaat) 
Lokasi: Parit Sawah Padi Kota Samarahan
Masa  : 6.15pm - 6.45pm



Wahhhh... bz memanjang aku. Dah tak ontime report blog aku nie. Bukan tu jer, sibuk dengan program kekeluargaan & ditambah kumpau memanjang di samping cuaca yang tidak mengizinkan disebelah petang yang kerap hujan.

Selalu aku cast kat port nie ada jer Abang Army yang turut cast. Yang tak best nya, dia pakai umpan Katak Ori. Memang strike jer member sebelah. Sian kat Katak Palsu nie tak kena jamah. Takpe lah Katak Palsu, dah nasib kau nak menipu jer (palsu)! Tapi ari nie takde lak geng Abang Army tu. Yes!!!!

Due to hari mendung petang nie & kilat dah start memancar2 (seram sejuk tengok, baik aku chow awal!), hanya seekor sahaja berjaya aku cast.




Sampai jer hari dah mendung & start nak gelap. Tak dapat cast lama nie.







Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R




 
Close-up.





Seekor jer kali ini. Syukurlah dapat merasa karan...





Padi yang semakin subur. Tak lama lagi payah dah nak cast kat sini. Mana nak cari port back-up untuk lepas gian petang2 balik kerja nanti, yang dekat dengan rumah...