"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 April 2015

Snakehead Report (3rd week of April 2015)


Tarikh: 19/04/2015 (Ahad) 
Lokasi: Belaga
Masa  : 6.00pm - 6.25pm



Percaya atau tidak, aku masih lagi traveling. Kalau ikutkan memang aku dah balik. Tapi arahan last minute dari Bos yang suruh aku cover sekali program di Daerah Belaga. Maka rosaklah program komplot aku dengan geng2 di Miri... Seperti Daerah Kapit, ini merupakan kali pertama aku ke Belaga. Perjalanan lebih kurang 3 jam 1/2 dari bandar Bintulu.

Kali ini aku bersama pihak SPR & stay kat Rumah Rehat Kerajaan. Bila dah rehat2 petang tu, driver (yang macam dah kena racun casting dari aku sewaktu di Bintulu), mengajak casting kat kawasan berdekatan (memang sepanjang perjalanan ada banyak spot yang berpotensi untuk cast snakehead). Agak lewat bermula, on jer lah. Lagipun tengahari esok dah balik ke Miri pulak sebelum next day nya baru balik Kuching.





34 KM lagi baru sampai Belaga. Jalan lurus tu pulak menuju ke Empangan Bakun. Kalau lah bukan kerana tugasan rasmi, mau jer menyimpang ke Bakun tu casting... Dulu2 kalau nak ke Belaga nie diorang pakai jalan balak atau bot ekspres. Sekarang nie dah bertar tapi tak cantik jalannya. Kena drive plan2 sebab kawasan bukit-bukau & gaung beb!





Hah, sine lah kitaorang stay.





Sedikit sejarah FYI...





Nielah spot 1 yang berdekatan.





Cam berpotensi jer spot 2...





Bersama abang driver pejabat SPR yang 'teracun' itu...





Gambar spot 1 tadi kat belah kiri & spot 2 belah kanan (dipisah oleh titi tu jer...).





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Gurb
Status: C&R





Close-up.





Jadilah walaupun seekor jer. Janji tak kumpau.








LURE(S) OF THE DAY


Hinomiya Soft Lure Gurb













19 April 2015

Snakehead Report (2nd week of April 2015)


Tarikh: 12/04/2015 (Ahad) 
Lokasi: Kapit
Masa  : 4.45pm - 6.00pm



Kali ini aku traveling ke Bahagian Kapit atas urusan kerja. Cam biasa aku tengok jadual kerja, "Memang memerlukan aku membawa set casting...", kataku dalam hati. Kihkihkih...
Memandangkan ini merupakan pertama kali aku ke Bahagian Kapit & setelah bertanya dengan Pakcik Google, nampak gak lah 1 port yang tak berapa nak jauh kat tempat aku menginap. 

Sempat jugak aku try tanya dgn member2 FB tentang port kat sini untuk mendapat sedikit info yang aku perlukan.
Selepas perjalanan bot ekspress selama 3 jam dari Sibu akhirnya sampai juga di Kapit. Agak awal sedikit sebab Bos aku nak gi awal, so aku follow jer. 

Sementara menunggu hari petang sedikit tetiba hujan turun dengan lebat. Pulak?!!! Adoiyaiii... nampak gaya cam tak jadi jer casting. Dah le lepas function esok terus balik semula ke Sibu...
Aku tunggu punya tunggu, akhirnya jam 4.45pm hujan pun berhenti. Apa lagi, set dah aku kemas awal2, so terjah jer lah.









Aku stay kat Hotel Meligai tu. Lokasi sasaran kat dalam bulatan...










Panggau Danau... Itulah nama port nie. Macam kolam yang ada taman awam gitulah lebih kurang...




Boleh tahan gak port nie.





Hrmmm... nice view walaupun ada gak sampah2 terutama kat tebing2.




Best gak view tempat nie. Memang banyak spesis ikan Tilapia gak aku tengok.





Tak lama aku cast, satu sambaran kasar... Yes, snakehead pertama aku di Kapit (paling besar dalam trip nie).





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kearu
Status: C&R





Close-up. Telan habis katak aku...





2nd Catch. Saiz biasa2 jer...




Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.




Kali ini aku mencuba cast kat bawah tiang2 pondok yang banyak tu. Ada gak rupanya yang bersembunyi kat situ.





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.




Lagi sekali sambutan disebalik tiang2...






Species: Haruan @ Common Snakehead (4th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.




My last catch. Sambaran dari bawah teratai kat hujung tu...





Species: Haruan @ Common Snakehead (5th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Perghhh... ganaz gak saiz kecil nie!






Cuma kat sini tulis ikan kat dalam nie tak boleh makan. Asal jangan larangan memancing sudah!






06 April 2015

Casting Land Base_Belungei, Lundu 01/2015


Tarikh: 04/04/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Belungei, Lundu
Masa  : 06.00am - 1.45pm



Wahhhhh... Lama lak aku kumpau! Sebab tu takde report. So sorry sebab buat korang tertunggu2. Kali ini misi aku mencari lauk "Grade A" tercapai. Walaupun tak sekasar mana, tapi puas hati lah sebab tak kumpau.

Lokasi pilihan aku kali ini ke Belungei, Lundu. Perjalanan hampir 2 jam dari Kota Samarahan. Lama sangat rasanya aku dah tak terjah kat sini. Memandang member aku si Bujang tak dapat join, so cam biasa aku solo cast.

Bujang memberitahu aku bahawa jalan sekarang nie dah bertar terus sampai kat kilang memproses obor2. Bestnya... Takde lagi extra berjalan kaki 30 minit ke spot. Tapi memandangkan kesilapan aku sendiri, sesat pulak aku sebab aku jalan terus ikut sepanjang jalan bertar (sepatutnya aku belok ke kanan ikut tempat biasa yang ada landmark Rumah Burung Walit tu). Tapi akhirnya setelah dapat menghubungi sorang lagi member aku yang tinggal kat Kampung Pandan, baru aku paham. 




Sampai2 dah surut jauh. Ini semua gara2 aku sesat! Aishhhhhh... Rugi masa yang berharga. Sayang woo datang jauh2. Hrmmmmm...





Hrmmmm.... Ruginya!





Setelah beberapa kali miskol & rabut, strike yang pertama, Baby MJ (Mangrove Jack) pembuka tirai.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch 2.5" 3D Eye Shad
Status: Aku bagi kat sorang budak kampung yang turut memancing kat situ





Close-up. Perfect hook-up.
 




Lebih kurang selepas 30 minit aku casting, ada gak kawan aku datang. Rupa2nya si Bujang telah contect Mul memaklumkan kat dia yang aku casting kat Belungei pagi nie. Tu dia, walaupun demam, sanggup gak dia turun cast. Nak hilang boring katanya...





Yessssss! Officially my 1st WILD Barramundi. Sekian lama aku mendambarkan wild Barra. Syukur alhamdulillah, walaupun saiz masih kecik.
 




Species: Selunsong / Siakap (Barramundi) (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Grub
Status: Tapau buat dinner...





Close-up. Ngam2 masa tarik sampai kat atas pasir terus terkoyak kat hujung mulutnya. Nasib baik tak jatuh kat air masa tu. Kalau tak melepas weiiii...





Sekali lagi Barra sudi menyambar lure. Gembira bagi aku & sedih bagi Barra sebab beliau bakal jadi lauk jugak. Kihkih...






Species: Selunsong / Siakap (Barramundi) (3rd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Grub
Status: Tapau buat dinner...





Close-up. Sama kes macam tadi gak. Terkoyak kat hujung mulut & jatuh atas pasir. Rupanya masih lembut kulit kat mulut Barra saiz camgini. Baru aku tahu... Patutlah banyak kejadian bila Barra melompat buat aksi akrobatik asyik terlepas jer...
 




Strike terakhir, lagi sekali baby MJ.





Species: Mangrove Jack (MJ) / Siakap Merah (4th Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Berkley_PowerBait Power Grub
Status: C&R





Close-Up. Perfect hook-up.




Agak2 air dah surut sangat & jam pun dah hampir pukul 2.00pm, so cukuplah dulu setakat nie. Lagipun sambaran dah kurang. Semenjak aku cast di Belungei nie pada trip2 yang lepas, trip kali ini yang paling sukses. Banyak miskol & rabut. Tu yang membuat aku rasa puas hati sangat kerana sambutan dari sang penghuninya. Next time nak repeat lagi...






LURE(S) OF THE DAY


SureCatch, Surebite_2.5" 3D EYE SHAD





Berkley_PowerBait Power Grub, Christmas Lights