"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Okuma "Nemesis" (4-10 lb). Show all posts
Showing posts with label Okuma "Nemesis" (4-10 lb). Show all posts

17 September 2015

Snakehead Report (2nd week of September 2015)


Tarikh: 13/09/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 4.00pm - 6.00pm



Trip Saltwater lone ranger aku kali ini kumpau. Sejak awal pagi lagi aku dah ke beberapa tempat yang aku biasa cast seperti di Riveria. Bila kumpau kat Riveria aku cast kat Tambak Pending, pun kumpau. Kemudian kat Tambak Bako, kumpau lagi. Last port kat Sungai Rengit, hoh takde rejeki, kumpau untuk sekian kalinya.

So, sebagai pengubat kumpau, aku main freshwater lak layan snakehead. Misi aku kali ini, aku nak tapau sekor buat sup! 






Lokasi pertama. Air semakin kering tapi tumbuhan (pa nama tu, tah!) makin banyak.





Setiap "opening" tu biasanya tempat snakehead suka ambush. Opening sebelah kiri sekali tempat beliau bersembunyi! 1st cast rabut. Lama gak pujuk, kemudian baru strike!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Saiz yang belum cukup sesuai untuk buat sup, so aku C&R. Kemudian aku berpindah kat tempat lain lak lepas takde lagi miskol dari penghuni lain kat sini.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Hoh, yang nie dari kawasan kangkung yang air nya agak cetek mengejar lure aku dengan ganas.





Lokasi ke-2. Pun aku rasa saiz yang perlu di C&R jugak... Takpe, cari kat tempat lain lak.





Lokasi ke-3. Semakin cetek air nie sebab dah lama tak hujan.





Potensi kawasan ambush yang banyak walaupun air jernih, namun tiada sambutan pada mulanya. Tetiba satu serangan berserta gelombang dari sebelah kanan kat hujung2 tu yang rabut pada mulanya. Kemudian aku pujuk lagi & kali ke-3 baru strike!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Tapau @ Take away





Close-up.





Good size. Akhirnya saiz ngam untuk ditapau & dijadikan sup. Alhamdulillah...





Lepas tiada lagi strike lain, aku gi tengok kat tempat kejadian. Rupa2nya beliau bawak kat bawah akar tu. Patutlah payah gak aku tarik keluar masa strike. Kena lak rod setting light! Misi mencari lauk buat sup tercapai. Cukuplah dulu. TAPAU IKUT KEPERLUAN, BUKAN IKUT PERASAAN! Ingat tu...





LURE(S) OF THE DAY



Orange Head.








07 September 2015

Snakehead Report (1st week of September 2015)


Tarikh: 02/09/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 6.45pm



Malam tadi & awal paginya hujan yang sangat lebat. Otomatik aku teringat kat snakehead di kawasan yang aku rabut saiz kasar 2 hari lepas. Tertanya2 gak aku bagaimana keadaan beliau? Sihat ke? Tak lemas ke? Maklumlah air besar sangat.

Tak boleh jadi nie. Plan aku nak cast jap balik kerja nanti untuk memastikan situasi terkawal (ceh...ceh...ceh!). Member aku si Sarip berminat untuk turut serta dalam operasi merisik kubu musuh nie. Senjata dah disedia, hanya berbekal 45 minit lebih kurang Ops dimulakan...





Beberapa tempat dah dicast. Ada gak rabut & sambaran kecil. Air dah semakin naik nampaknya.





Atas sikit dari tempat aku cast, tetiba kedengaran suara si Sarip bersorak kegumbiraan. Perghhhhh, beliau strike saiz kasar berskala 49cm & aku percaya inilah megatron tu yang aku rabut 2 hari lepas. Tahniah Sarip! - (C&R).





Jelas keceriaan terpancar "...pada syurga di wajah mu, tiada tanda kau berdosa... Kau menahan segala siksa, di hati hanya berdoa...", Aishhhhh... termenyanyi le pulak! Lama dah tak dapat saiz camgini kata beliau. Aku turut tumpang gembira & tumpang berselfie.





Ada "bebola" baby snakehead kat teratai tu. Anak si mama tadi. Masa Sarip cast kat situ masih ada sambaran tak hook-up. Agaknya si abah nya pulak?! Pastu tiada lagi sambaran.





Kemudian turn aku lak strike tak jauh dari tempat Sarip. Setelah beberapa kali rabut, naik gak seekor saiz Gila-Gila Remaja. Yes, word of the day: "Aku Tak Kumpau!!!"





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Seekor nie jer aku dapat. Bolehlah buat ilang gian 45 minit...









LURE(S) OF THE DAY


Si kepala oren berjasa kali ini...










01 September 2015

Snakehead Report (6th week of August 2015)


Tarikh: 31/08/2015 (Isnin) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 5.15pm - 6.45pm



Kalau diikut, hari Sabtu, Ahad & Isnin bila aku cek Tide & Current, memang mables sangat kondisi air time nie. Aku dah plan nak ke Belungei, Lundu dalam misi membalas dendam. Apakan daya, kita mampu merancang, tapi Tuhan menentukan. Last day nak hujung minggu tu (hari Jumaat), anak ke-2 aku lak kurang sihat (demam & ulser). Bye2 my plan!
*Menangis dalam hati*.

Mertua aku lak ada urusan di Semenanjung, takkan aku nak biar mem sorang2 jaga si kecik tu. Maka, aku kensel xtvt casting hujung minggu tersebut. Hari Sabtu, Ahad masih tiada perubahan tahap kesihatannya. Hari Isnin, baru ada nampak perubahan sikit. Namun aku hanya cast melepas gian kat port dekat2 jer dalam waktu yang singkat di sebelah petang. Apa lagi, layan snakehead jerlah jawapnya...





Hujan lebat malam & pagi sebelumnya menyebabkan air agak tinggi. Kawasan parit nie baru jer lepas digali dalam 2 3 minggu lepas. Rumput, samai, teratai baru nak tumbuh balik. Baru sekali cast, ada "Ombak Rindu" tetiba memecut dari kiri mengejar jf yang aku retrive dengan kelajuan cahaya!





Tanpa menekan brake, bammmm! Beliau terus menyondol jf (jump frog) aku & dengan selamba biawak aku hook-up terus tanpa membiarkan  2 3 saat. Kalau pakai jenis soft froggy tu kena biar 2 3 saat dulu sebelum menghook-up. Kali ini aku gunakan jf, tak perlu menunggu. Terus hook-up bila dah diterkam gitu. Naissssssss... Saiz best layan (40 cm).





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Siam Spoon_TT Lure
Status: C&R





Close-up. Hanya seekor nie jer yang dapat. Rabut seekor saiz yang lebih kasar dari nie bila aku gunakan soft froggy lure. Aku rasa kat kaki jer kena gigit. Takpe, next time bebeh...







 LURE(S) OF THE DAY

Siam Spoon_TT Lure. Lure snakehead paling otai dalam tackle box aku nie. Walaupun tak berapa nak "jump" sangat, berjasa jugak beliau.









02 March 2015

Snakehead Report (4th week of February 2015)


Tarikh: 26/02/2015 (Khamis) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 5.30pm - 6.30pm



Sudah 2 minggu berturut2 misi aku mencarik lauk Grade A gagal. Sungguh pun semalam (Ahad) hari baik, cuaca baik... Just belum tiba rejeki aku lagi. Nak cast snakehead pun tak sempat sebab aku balit lewat semalam.

So, sebagai "hidangan" tak seberapa, nie dia hasil snakehead yang aku cast pada hari sebelumnya sebagai report mingguan snakehead blog aku nie. 2 ekor jer, selamat diC&R...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close up. Darah tu bercampur dengan darah aku sikit (tangan aku kena hook time beliau meronta). Auchhhhh....!
 




Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close up.





Yang ke-2 nie da kasar sikit & memang layak lah berselfie dengan aku. Hahaha...










23 February 2015

Snakehead Report (3rd week of February 2015)


1st Reports

Tarikh: 19/02/2015 (Khamis) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 4.30pm - 6.30pm



Tiada 2nd week report bulan ini sebab aku berehat & tak casting - bermalam di rumah mak aku & set aku tak bawak. Jika aku bawak nescaya tiada maknanya aku berehat bersama family. Hahaha... hindarkan perkara yang boleh mendatangkan "ketagih"!

So, sempena cuti Tahun Baru Cina, lepas jalan2, baru aku turun meruan jap kat port biasa untuk hilangkan "kegatalan" tangan ini. Port nie air masih bertakung kat saliran parit tu. Walupun tak banyak macam time banjir, namun masih lagi sankehead saiz kasar setia menanti...







Seboleh2nya aku nak paling minimum saiz camgini. Tak kecik sangat & best fight (layan). Kalau kecik sangat ada kureng sikit feel dia. Tapi yang kecik tulah gedik sangat menyerang lure. Yang nie ambush dari bawah teratai tak jauh dari tempat aku berdiri. Terkejut jap aku!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Makin hancur dah katak SureCatch yang berjasa tu...





Walaupun nampak sempit, lokasi camginilah tempat aku mengasah accuracy teknik balingan. Yang tak best nya bila angin bertiup... Kena ejas lontaran... Tempat begini memang berpotensi sebab ada kemungkinan snakehead yang terperangkap di saat air semakin surut. Mungkin time tu beliau tengah tido nenyak tak ingat dunia...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Surut benar dah nie. Time banjir ari tu memang syok lempar kat dalam tu... Pun begitu, masih berpenghuni walaupun bukan saiz kasar.





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Tempat yang paling best. Aku cast sejauh yang boleh & dengan gediknya aku mainkan katak sehampir dengan padi tu, tiba2 gelombang besar keluar dari tepi menghampiri dengan laju berserta bunyi letupan yang merdu di halwa telinga para snakehead angler...





Inilah makhluk yang menghasilkan gelombang tu & berjaya diberkas. Good size & memberi tentangan yang hebat!





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th Catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up beliau yang kelelahan... So, jadilah 4 ekor untuk lepas gian. Yang aku tak tahan hari semakin petang makin banyak lak nyamok! Cukuplah setakat ini...












2nd Reports

Tarikh: 22/02/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 5.30pm - 6.30pm



Kalau diikutkan, misi aku minggu nie nak mencarik lauk Grade A. So, awal pagi cam biasa aku dah turun terjah main saltwater. Tapi kalau dah bukan rejeki nak buat camna... kumpau saltwater aku beb! Miskol ada tapi ikan Bulan @ Local Tarpon. Last2, pengubat kumpau yang mujarab - Layan Snakehead lah jawapnya... Hrmmmm...






Aku cast lure dari hujung tu & gerak pelahan + pause. Tak lama terus disambar dari bawah teratai dengan rakus!





Memang ganas snakehead nie, main bawak ke bawah tempat banyak teratai. Nasib baik time strike tu dah tak jauh dari aku. Maka sempatlah aku control arah pergerakannya. Sering kali tewas bila lambat bertindak di mana snakehead sempat membawa kat area teratai yang banyak hingga sangkut kat situ...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close up.





Dah mula kering gak parit nie. Kalau perati kat tengah2 tu ada boiling anak2 snakehead, terus lempar kat situ jangan bertangguh & hasilnya...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X),10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Bukan mama tapi Abang Long agaknya yang tengah jaga adik dia... Time nie jugak aku rasa cukuplah dulu sebab letih + lapar  sangat semenjak aku turun lepas subuh pagi tu. Kepanasan melampau hari nie membuat kepala aku rasa pening2 sikit. Yang penting, aku terselamat dari kumpau! Hahaha....