"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Ikan Jenahak (Tetanda @ Fingermark Bream. Show all posts
Showing posts with label Ikan Jenahak (Tetanda @ Fingermark Bream. Show all posts

16 September 2020

Jenahak @ Golden Snapper #1/2020

 

Tarikh  : 13.09.2020 (Ahad)
Masa   : 6.15am - 4.45pm
Lokasi: Riveria (Kuching-Kota Samarahan Expressway)

 

Huh, sebelum alarm berbunyi aku dah bangun. Otomatik pulak walaupun masih terasa mengantuk. Dalam keadaan mamai, baru nak terpikir port cast pagi nie. Hrmmm... Aku kemas2 seadanya & terus terjah ke Riveria dulu sebelum menuju ke Tambak Bako & Tambak Pending.

Sampai jer kat sini hari nampak suam2 jer. Tak panas tak hujan. Tapi sedikit mendunglah... Apapun, berdasar pemerhatian aku, sedikit kemeriahan boiling tarpon & bandang kelihatan. Tanpa membuang masa, aku warm-up dengan lure top water cam biasa terlebih dahulu.



Suasana yang mendamaikan.

 


Kebanyakannya balingan lure tak sampai ke sasaran sebab jauh di sana boiling2nya.

 


Bila lure top water tak ada sambutan, aku guna lure sinking pulak. Tahun nie memang aku lebih suka menggunakan lure sinking. Banyak stok lure yang aku oder dari shopee jenis sinking, cun dengan permainan ultralight sebab lure tu kecik2 belaka.

Entah kali ke berapa aku baling lure sekitar boiling tarpon & bandang. Aku steady retrived & satu sambaran kasar mengejutkan aku. Aku hooked-up rod dengan pantas tapi seperti rabut. Aku karau laju & ternyata pemangsa masa ada sangkut kat situ.

Bermulah aksi tarik menarik yang mendebarkan. Mutah tali aku keluar dipecut beliau. Pada mulanya aku sangkakan tarpon, tapi tiada tanda2 lompatan. Bandang kasar agaknya? Fikir ku lagi... Bila agak lama fight rusing jugak aku tiada aksi lompatan. Apapun, aku terus layan sehingga beliau kepenatan.

 


Baru jelas kelihatan, Jenahak beb! Masyaallah.... langsung aku tak sangka! Terus aku capai tangguk & perlahan2 aku "pandu lalu" beliau menuju kejayaan. Alhamdulillah... Setelah asyik kumpau kat sini, tertulis jugak rezeki aku pagi ini.

 


Huh, saiz yang padu. Patutlah jantung aku berdegup kencang melihat tali keluar dari reel kecik saiz 500 yang aku gunakan. Yang buat aku risau pecutan menuju ke tunggul kayu & sedikit kawasan berbatu dalam tu yang boleh memutuskan tali. Itulah, kalau dah rezeki dariNya...

 


Species: Jenahak @ Golden Snapper (47cm)
Rod      : Seahawk_Flexis Lite, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Senses_Savior 50s

 


Fuh... seram jugak sangkut kat hujung bibir jer tu. Nasib tak koyak abis.

 


47cm. Anggaran aku dalam 1.5kg nie. Mana pulak aku simpan timbang dulu? Hilang ke apa tah! Kena beli balik nie... Bila dah tengah hari, aku rest dulu untuk lunch. Aku sambung misi kat Tambak Bako, tapi tiada berhasil. 

Sebelum pulang, aku singgah sekali lagi kat Riveria nie tapi port target dah ada beberapa orang membottom kat situ. Aku main kat hujung jer sekejap. Bila hari semakin mendung, aku putuskan untuk stop dahulu. Cukuplah dengan rezeki yang ada untuk hari nie.

 

 

 

 

 Lure(s) Of The Day

Sinking lure. Hook aku tukar guna single hook tapi tak ingat saiz. 6 rasanya...





10 April 2017

Casting Land Base


Tarikh  : 09/04/2017 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kuching
Masa  : 07.30am - 5.00pm




Pagi nie terpaksa hantar anak aku ke sekolah kerana ada program khas yang akan bermula jam 7.30 pagi. Maka lambatlah aku start cast hari nie, something that I hate! Time is everything for weekend angler like me.

Sampai kat port "wajib" - Riveria, aku tengok ada sorang bro tengah membottom. Aku tegur2lah tanya dah dapat ke belom. Belom katanya. Bro nie aku selalu jumpa dia kat sini hari Ahad. Selalu dia yang datang awal.

Dah pukul 10 pagi pun takde miskol dari penghuni dasar. Akhirnya aku buat keputusan tukar tempat menuju ke Tambak Bako. Kat Tambak Bako nie beberapa kali miskol yang tidak berhasil dengan sebarang strike. Belum lagi rejeki aku kat sini. Kemudian aku berpindah tempat lagi...




Port kali ini dikenali oleh caster tempatan sebagai Rengit - Sungai Rengit. Rengit nie kalau tak silap aku sama dengan Agas. Menatang yang kecik2 suka gigit tu... Memang asyik menggaru jer kalau cast kat sini. Tak kira tengah hari pun ia ada jugak! Kelihatan masterji2 otai tengah casting. Meriah pulak kali ini.





Aku sampai kat sini air dah mula nak pasang. Sebelum tu nampaklah jugak "sesuatu" mengejar udang hingga mereka mengeluarkan hikmat belari atas air. Sah kat bawah tu ada predator... Aku cast sejauh yang boleh & aku karau pelan2...





Setelah mengulang proses tersebut untuk kali ke seratus belas, baru terasa sambaran yang tak ganas. "Hrmmm... baby!", kata aku dalam hati. Semakin dekat memang sah baby. Mulanya aku ingatkan baby MJ, bila dah semakin dekat baru nampak tahi lalat manis kat hujung badan. Baby Tetanda rupanya.





Species : Tetanda @ Fingermark Bream
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tomman_Tali Hantu (mono), 20 lb 
Lure     : Viper_Soft Shad Minnow
Status  : C&R





Kecik2 pun ganas! Lure saiz 7cm pun dibedal. Sayang bukan saiz Mak Bapak. Hanya seekor nie jer yang strike untuk hari ini. Jadilah buat report blog...




 


 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku mencuba lure Viper Soft Shad Minnow. Saiz & renangannya boleh tahan. Dapat dirasa getaran ketika diretrived. Cuma berat tu kalau tambah sikit lagi cantik untuk mempercepat tahap singking. Seekor dah terkorban sebab sangkut. Ngapa diorang tak cuba buat weedless jugak erk? Sekurang2nya dapatlah juga diguna untuk kawasan yang banyak halangan. Nampak gayanya mahu dimodifikasi nie. Biar aku buat prototype sendiri nanti. Hehehe...


  







 

15 September 2014

Riveria Strike 3


Tarikh: 13/09/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.45am - 12.00pm



Inilah namanya rejeki. Tiada apa2 yang mampu diucapkan melainkan syukur Alhamdulillah. Pagi yang indah ini, aku strike lagi...

Sampai jer kat port, dah ada Uncle & Aunty membottom kat situ. Kemudian datang lagi sorang bro yang nampak gayanya macam caster.



Port Riveria mula meriah...



Uncle membottom dengan umpan ikan & udang hidup.



 
Agak lama sikit sebelum aku strike. Kalau sebelum tu seblum jam 7.00am dah strike, kali ini jam 8.00am lebih baru aku strike. Lokasinya pulak ikan tu menyambar agak jauh dari tebing (sebelum nie dekat2 sepanjang tebing).

Menjadi betul Soft Plastic (SP) kat sini. Sentapan manja2 dari sang penghuni aku "twitch"kan sedikit (seolah2 sp tu hidup) & terus ikan tu mula memecut membawa lari sp. Time inilah baru aku hook-up kuat2. Yes, strike beb!

Tiada aksi akrobatik masa aku fight, terus aku tersenyum - Tetanda (Jenahak) nie bukan Selunsong. Perghhhhh... layan fight & anggaran aku memang 1kg lebih nie. Semakin dekat, memang nampak "tanda" biasa tu. 

Part nak mendaratkan beliau kena hati2 sebab beliau asyik nak melarikan diri kat rumput air liar yang boleh menyebabkan sangkut. Setelah kepenatan, baru beliau surrender & terus aku lip grip. Syukur alhamdulillah, masih lagi "jodoh"ku dengan spesis ini.




 
Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream (1.6kg, 50cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man "MinowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: Tapau buat lauk ;)





Another pose.






Good size, 50cm.







1.6kg. Kali ke-2 aku dapat saiz & berat yang sama.






Kali nie kat tengah2 tu aku strike.





Bro nie yang tolong snap picture aku. Lupa lak nama beliau. TQ bro.





Tambah 2 orang lagi caster yang datang...




Setelah agak lama tiada sambaran, baik aku lunch dulu. Lapar pulak perut. Sambil2 lunch tu tenangkan diri menghayati keindahan ciptaanNya...
Makan makan jugak. Tapi jangan lupa, mata kena scan keliling & telinga kena standby mengesan sebarang bunyi. Hehe...




Weapon always standby in ON mode. Mana tau tetiba ada "letupan"...






Selepas lunch di bawah pokok, aku sambung balik 2nd half. Belum lama selepas itu, member aku si Kelvin Jazz datang melawat. Beliau tak dapat join kali ini sebab terlibat dengan perbarisan Birthday TYT Sarawak.

Tengah asyik berborak tu tetiba 1st time drag aku "menangis" zreeeettttttttt... ditarik sang penghuni. Aku mencari "peluang" sesaat beliau stop memecut. Bila saja dapat peluang tu terus aku hook-up kuat2. Lagi sekali beliau membuat pecutan yang benar2 membuat jantung aku berdegup kencang! Drag memang aku tak nak ketat sangat (boleh meletup tali putus kalau ketat2 tatkala ikan memecut! Biar loose sedikit). 

Sambil melayan tarikan sikit sekali aku ketat drag pelan2. Ibu jari aku aku pulak support menahan spool yang masih bergerak. Panas rasa ibu jari aku. Memang lentur kaw2 mojo aku tu. Kelvin terus mengeluar handphone beliau untuk merakam detik2 cemas tu & tetiba keadaan menjadi tenang & sunyi...

Rabut! Rupa2nya perambut 30lb aku tu putus. Perghhhhhhh... Bukan "tertulis" rejeki yang nie. Apa2pun memang sah ada Megatron kat dalam tu... 





Sebelum balik, snap view dari sini lak. Sempat cast sekali tadi tapi sangkut lak sp aku... Hoh!
 





Lure(s) / Setup of The Day...

Z-Man "MinnowZ" (Pearl/Blue Glimmer) size: 3" + Zerek Weighted Worm Hook + Bell Singker + VMC DYNA Snap














08 September 2014

Riveria Strike 2


Tarikh: 06/09/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.30am - 11.15am



What?... Again???!!! OhMaiGot...! Aku sendiri pun tak percaya. dalam minggu yang sama aku strike lagi ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream kat lokasi yang sama. Bukan sekali, tapi 2 (seekor semakin besar & berat dari tangkapan hari Isnin yang lepas & seekor lagi masih baby).






Awal pulak aku sampai kali ini. Before 6.30am... Rehat jap bagi hari terang sikit.




Agak2 dah terang sedikit baru aku start cast. Ada beberapa kali gak terdengar "letupan" dari sang penghuni yang tengah breakfast... Pernah tak korang alami bila nampak "letupan" ikan nak makan lalu korang cepat2 lempar lure kat lokasi kejadian & time tu jugaklah birdnest! Pernah kan?

Tulah yang aku alami masa tu... Pastu aku agak2 jer lah menggunakan teori domino (entah pa2 entah teori aku nie), main blind cast jer aku lempar lure, retrive pelan2 & "Zeeeeettttt..." bunyi tali aku keluar dari bc

Apa lagi, terus aku "hook-up" balik bagi membalas serangan beliau (hah, ingat pulak aku teknik nie. Yelah tak nak macam kes Selunsong yang terlepas tempohari...). Strike akhirnya beb!




Strike sebelum jam 7.00am!... Nampak dah tanda "fingermark" kat hujung badan tu. Time nie beliau dah start lemah sikit selepas memberi tentangan hebat. Kejap2 memecut pakai turbo. Kejap2 pakai Nos. Layan baik punyaaaa...





1st catch - Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream (2.9kg, 61cm) 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl)
Status: Tapau @ Take away





Close-up. Tercungap2 beliau kelelahan...





2.9kg! Wahhhhh... Lentur habis rod masa fight. Bergegar tangan aku masa angkat time nie. Syok fight woo!





Muka ada sinyummmmmmm... Best fight setakat nie. Alhamdulillah... Sungguh unSANGKArable! Agak2nya berapa banyak ikan nie kat dalam tu? Ada lagi kah saiz yang tahap Megatron?...





2nd strike! Baby le pulak...





2nd catch - Ikan Tetanda (Jenahak) @ Fingermark Bream 
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Sufix 832, 15 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon) 
Lure: Z-man "MinnowZ" (Pearl)
Status: C&R





So, yang masih baby nie aku C&Rkan. Biar beliau membesar untuk fight yang akan datang.




Kali nie aku tak cast sorang2. Ada kenalan dari FB yang nak join aku. Aku ok jer. Tapi beliau tak sempat menyaksikan aku fight ikan tu yang tak disangka strike awal. 

Kat besi penghadang (gambar bawah) nie kena hati2 gak terutamanya bila ikan semakin dekat. Bukan apa, kalau tak berhati-hati, boleh putus tali kena besi tu sebab besi tu ada yang karat.




Member tengah kosenteret!





With Kelvin Jazz, kenalan FB.





Lebih kurang jam 11.10am camtu, tiada lagi sambaran & "letupan". Berbeza suasana kali ini. Tempoh hari selepas hari hujan memang meriah penghuni dasar buat parti. Sana sini boleh dengar "letupan". Mungkinkah kat sini memang happening selepas hujan???  So, tu jer 1/2 day cast aku kali ini (Kelvin terpaksa balik awal sebab ada sedara yang datang berkunjung).





Cam biasa, bila sampai rumah aku sukat balik - 61cm.





Itulah yang dikatakan rejeki... When, Where, How, kita tak tahu. As long as kita berusaha, Insyaallah ada ganjarannya... Kalau sebelum ini semasa aku tambah cuti Hari Raya yang lepas, 5 hari berturut-turut aku kumpau (tersiksa fizikal & batin beb!), tapi kali ini beroleh pulak hasil yang lumayan. Dalam minggu yang sama pulak tu. Syukur alhamdulillah...

Bukan nak menyombong atau riak. Sebagai peringatan & motivasi kepada aku sendiri jugak kerana hal yang melibatkan rejeki nie kita tak boleh nak ramal. Point yang aku nak bagitahu, terus berusaha mencoba walaupun resultnya sering mengeciwa. Lagipun this is just hobby beb, untuk mengisi masa lapang...






Lure(s) / Setup of The Day...


Z-Man "MinnowZ" (Pearl) size: 3" + Zerek Weighted Worm Hook + Bell Singker + VMC DYNA Snap