"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Battle. Show all posts
Showing posts with label Battle. Show all posts

02 December 2013

Battle of Snakehead 2013

Tarikh : 01.12.2013 (Ahad)
Masa  : 0800am - 1130am
Lokasi: Kolam Bandar Baru Samariang


Buat julung kalinya 1 pertandingan khas untuk ikan Haruan @ Belao - Battle of Snakehead 2013 diadakan pada tahun ini. Pelbagi kategori jugak dipertandingkan. Walaupun aku gagal masok ranking Top 10 disebabkan snakehead yang aku dapat berjaya meloloskan diri dari net kerana kecuaian aku sendiri yang tidak memeriksa net tersebut yang terdapat lubang besar. Apa2 pun keseronokan dapat berjumpa member2 baru yang sama2 meminati snakehead - priceless! Di akhir majlis, penganjur memaklumkan bahawa acara begini akan dijadikan acara tahunan! Yes....!



















 1 of sponsor - Tackle Fever.












 Spot pilihan aku.




Snakehead
Rod: Storm "Mojo" (MOC602ML_6-12 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 15 lb
Leader: Ichiban 60% Flurocarbon, 20 lb
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Inilah snakehead yang aku dapat tu. Walaupun dapat digambar untuk bukti tetapi beliau berjaya melarikan diri setelah diletak ke dalam net. 2 ekor aku dapat sebenarnya, tetapi yang 1st tu kecik jer. So aku lepaskan & terlupa diambil gambar sebab excited sangat dengan battle nie...




 
Sambaran kasar yang rabut menyebabkan aku tak berubah spot hingga masa pertandingan tamat.









Overall, tahniah kepada pemenang, penganjur & peserta kali ini. Insyaallah, jumpa lagi next year Snakehead Battle.








19 August 2013

Battle Casting @ Kampung Jaya Bakti, Kuching

17.08.2013, Sabtu - Satu pertandingan "Battle Casting" dari rakan2 FB diadakan di Kampung Jaya Bakti, Kuching. Battle ini sekadar suka2 & komplot balik dengan kawan2 yang sudah agak lama tidak casting bersama. Walaupun bermula di Kampung Jaya Bakti, cabang sungainya yang bersambung dengan beberapa sungai lain yang agak pemes bagi caster2 otai, tetapi tidak bagi aku yang baru pertama kali casting kat spot nie. Kesempatan ini aku gunakan untuk meneroka kawasan boatbase baru...



 Pintu gerbang yang osemmm..., Welcome to Kampung Jaya Bakti.



Berjudi??? Noooo....! Inilah hadiah yang dikolek dari setiap ahli. Yuran yang dikenakan adalah RM10 seorang (winner take all - Bagi menggantikan lure/tali/hook/sinker atau apa2 jua yang "terkorban"). Sewa bot, minyak bot pulak lain cerita.



 Caster yang terlibat untuk battle kali ini. Tak ramai yang join, 8 orang jer...



Hanya 2 buah bot (4 caster each) digunakan. Bot kayu yang agak besar tetapi bagi aku secara peribadinya bot begini tidak sesuai untuk casting. Aku lebih suka menggunakan bot seperti bot fiber yang boleh muat 2 3 orang jer. Selesa sikit bergerak & ambil lure jika sangkut ke apa ke... Apa2 pun, bersyukur gak sebab ada bot.



Posing lah dulu sebelum bertolak.



This is my crew...



Casting spot...
 


 Aku tidak kumpau! Hahaha... Ikan Tetanda comel - CP&R.



Seriusnya...



Sendiri snap...



Another crew...



Close-up...



Ini lah winner, Enck Kama with his MJ.



 Again, with Kerapu.


Keseluruhan trip battle kali ini kurang memberansangkan walaupun spot2 yang diterjah merupakan spot "panas" yang sentiasa berhasil lumayan. Entah mengapa kali ini "penghuninya" menghilang entah ke mana. Masih berziarah raya kot? Team aku berhasil dengan ikan Tetanda, MJ, Kerapu & Sumpit. Manakala team satu lagi kumpau kali ini... Till next battle!




28 December 2012

Battle Sampadi 2012

Tarikh: Sabtu, 10/11/2012
Lokasi: Sampadi, Lundu


Satu pertanding casting “Battle Sampadi 2012” telah diadakan di kalangan member-member casting sekitar Kuching. Tidak banyak hasil yang diperolehi pada hari tersebut kerana “spot-spot” yang hangat telah diletak jaring oleh penduduk tempatan…  Aku sendiri hanya memperolehi Kerapu kecil. Walau bagaimanapun ianya adalah “lesen” Kerapu yang aku idamkan & melayakan aku di tempat yang ke-4. 

Peringatan untuk diriku sendiri, always bring "tanggok". Aku & partnerku berputih mata melihat Alu-Alu yang berjaya melarikan diri walaupun berjaya ditangkap, nasib tidak menyebelahi apabila hendak ditarik ke dalam bot, beliau meronta kuat hingga terlepas dari hook. Seekor lagi berjaya menapau lure stormku - beliau memutus tali pancingku dengan gigi beliau!


Gabungan muka lama & baru...


  Caster yang telibat untuk battle kali ini



Freestyle pose.

Berlepassss...


 My partner, Nizam & Captain today...


Life jacket pinjam. Musti beli jugak nanti...

Alhamdulillah.  Lesen Kerapu Kiut, tomel, kawaiii.... Naisss...!


Kerapu comel yang melayakakn aku di tempat yang ke-4


Line up hero pada battle kali ini, Left - Right;
4th - Me, 1st Samuel Chieng, 2nd - Rifky, 3rd - Bobby