"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

30 December 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #9/2019



Tarikh  : 22/12/2019 (Ahad)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 3.00pm - 6.00pm



Semalam anak aku berkhatan. So, kesempatan hari nie aku gunakan untuk mencari snakehead sebagi ubat. Seharian hujan sejak dari awal pagi lagi. Menjelang petang baru hujan berhenti.

Memandangkan hari dah “lewat”, aku target cast kawasan sekitar sahaja. Port2 lama snakehead kembali aku lawati.

Beberapa kali jugak cast, namun tiada kelibatnya. Kemungkinan air besar menyebabkan snakehead nie main jauh2. Kemudian aku masuk ke kawasan sawah padi




Rabut jugak di satu port. Aku teruskan mencari ke dalam lagi sehinggalah aku temui sawah padi ini yang ditenggelami sedikit air. Lontaran pertama, kedua & ketiga, tiada apa2 yang berlaku. Lontaran keempat sejauh yang boleh, time retrived tu tetiba disambar ganas.




Yes, fish on! Rod aku angkat tinggi sambil meretrived dengan cepat. Tiada istilah melayan” kali ini. Aku tak mahu tewas lagi sekali… Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak.




Species  : Snakehead @ Ikan haruan  
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Shimano_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : Mombok Frog




Kurus jugak aku tengok snakehead ini walaupun panjangnya agak ok. Mungkin kat sini pun susah dia nak cari makan. Apapun, rezeki anak aku. Masak suplah nanti jawapnya. Sehingga lewat petang, hanya seekor ini sahaja yang berjaya diberkas. Janji strike beb!







LURE(S) OF THE DAY