"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kuying_Teton 3-8lb. Show all posts
Showing posts with label Kuying_Teton 3-8lb. Show all posts

20 February 2017

Riveria Strike 02/2017: Tilapia


Tarikh  : 18/02/2017 (Sabtu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 3.00pm



Tersedar aku dari lamunan jam 1.00 pagi, hujan mulai lebat. Aku terus bangun & bancuh susu anak aku. Biasanya time kul 2.00 pagi otomatik beliau panggil aku dengan mata yang masih terpejam; "Bahhhhh... Nenen!". Aku pun seolah2 otomatik gak bangun jam 12am, 2am & 4am (purata setiap 2 jam setiap hari) bancuhkan susu untuk beliau. Mem aku lak, aku biarkan jer dia tido. Kalau weekdays dia biasanya bangun pukul 4.30am siapkan barang2 lain untuk keperluan sekolah anak2, sarapan & siap2 barang2 nak turun kerja pulak. Biar dia rehat cukup2. Aku memang selalu otomatik biasa dah bangun setiap 2 jam pun...

Hrmmmm... kalau hujan berterusan gini mau tak cast aku. Apa2pun tunggu jam 6.00 pagi (yang aku setkan), nengok cam mana.

"Ringgggggggg...!" Alarm aku berbunyi. Lepas bangun & kemas segala2, hujan tapi tak lebat. So, aku teruskan misi ke Riveria lagi sekali. Target utama aku nak memBulan tapi bila lepas hujan lebat cam awal pagi tadi kompom Bulan malas nak keluar...





6.30am aku dah di sini. Hujan masih lagi rintis2. Kemas lagi sikit & buat final check set casting sebelum keluar dari kereta.





Walaupun air keruh sikit, spek jenis polarized amat berguna. Dapat jugak melihat dengan terang / jernih sikit air tu... Ternampak oleh aku Tilapia jenis yang menyerang lure tempoh hari sedang "cari pasal" dengan Tilapia lain. Antara keruh & samar2, aku cast lure Cultiva sp kat tengah2 zon "panas" tu. Nampaknya beliau mula menyerang sp aku.





2, 3 kali cast, sekali lagi sp aku dibuli hingga putus ekor lagi. Sejarah minggu lepas berulang! Ini bikin amarah! Asyik kena cukai jer sp kalau camni. Tak boleh jadi... Tak boleh dibiarkan. Apa, dia ingat aku beli sp nie pakai air lior ke? Terus aku tukar lure - Ofmer Wonder 50 khidmatnya diperlukan...





Teknik yang sama aku gunakan kali ini. Aku panggil teknik nie; "Provoke & Waiting Game". Cast & kacau bagi Tilapia tu marah & menyerang lure (ini part yang aku maksudkan - provoke)! Repeat berkali2 sampai Tilapia tu hilang sabar & hilang akal (ini part yang aku maksudkan - waiting game)! Bila aku nampak lure aku dibawak lari, terus aku sentap sikit rod, maka strikelah...





Nahhhhh... Saiz kasar kali ini. Pecutan2 semasa fight tu, perghhhhhhh...!!!





Species : Tilapia (1st catch)
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Pun begitu, walaupun strike, ianya masih "foul hook" sebab sangkut kat luar mulut. Bagi kes nie kat bawah dagu. Lantaklah, janji strike. Hehehe... Mana nampak sangat kat dalam air yang samar2 jernih tu dia sambar tang mana. Asal nampak dia bawak lari lure jer, sentap terus. Apa jadi lepas tu kira belakang cerita.





Lepas tiada lagi aktiviti kat port tadi & cuma tinggal Tilapia yang jenis "baik2 belaka", aku berpindah kat port aku strike minggu lepas. Tanpa spek polarized, macam nie lah keadaan permukaan air, tak boleh nak berapa nampak sangat. Bila aku scan, kelihatan lagi sekali aktiviti "cari pasal" kat dalam tu. Terus aku guna teknik Provoke & Waiting Game lagi.





Kali nie, lagi lama waiting game... Beliau nie lain sikit. Main acah2 nak serang. Tak menyerang terus macam yang sekor tu tadi. Kat bawah dasar tu macam ada lekukan. Aku rasa sarang beliaulah... Tu yang dia jaga dari Tilapia2 lain... Bila beliau menghilang jap dari sarang tu, aku cast kat sebelah2 jer yang berdekatan (sebab nampak Tilapia2 lain kat situ, sesaja jer kacau2). Pastu bila beliau balik semula kat sarang nya tadi, aku provoke lagi. Memang lama aku memujuk hingga ke tahap beliau benar2 hilang sabar. Tetiba beliau meluru agresif sikit & terus menyambar Ofmer Wonder aku [marah nya!] Sentap sikit & strike!





Kasar & lagi besar kali ini! Memang beliau marah sangat2! Fight tengah berlangsung nie!





Yoshhhhhhh... Berjaya dinaikan selepas beliau kepenatan! Fight yang sungguh nikmat & mendebarkan! Oh indahnya donia kalau purata saiz camgini strike selalu. Alhamdulillah, syukur...





Species : Tilapia (2nd catch)
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : Tapau @ Take a way...





Kali ini aku berpuas hati sangat2! Solid hooked-up. Akhirnya baru aku merasa strike yang sebenar (dalam mulut). Ke2-2 Tilapia nie aku tapau (masa balik tu aku sedekahkan kat Penjaga anak2 aku. Lama dah tak bagi diorang ikan). Sampai 11.30 am, aku stop. Gi tempat lain kerana ada "Misi Kemanusiaan" - mencari Snakehead untuk family sahabat yang memerlukan. Tapi dapat saiz halus jer & tak sampai hati aku nak bagi. Next time aku cari lagi...








 LURE(S) OF THE DAY

Masih berjasa & cemerlang lagi sekali... Wonder yang bawah tu masih aku gunakan.















  

13 February 2017

Riveria Strike 01/2017: Tilapia


Tarikh  : 12/02/2017 (Ahad)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 5.00pm



Hujan lebat di sebelah pagi memaksa aku untuk menukar lokasi yang tidak dirancang ke Lundu kononya nak mengelak hujan. Sepanjang perjalanan ok jer. Tapi semakin menghampiri Lundu, hujan bertambah lebat. Terus aku memecut ke Belungei sambil mengharapkan hujan reda. 

Hanya sempat 10 minit cast, memang takde ampun2, hujan lebat bagai ribut melanda. Rekod terpendek aku cast di Belungei beb! [Redha...]
Maka memecut balik semula aku ke tempat asal. Terus aku ke Riveria tanpa menaruh sebarang harapan... 




Dah beberapa spot kat sini diterjah, tetiba aku terpandang spesis Tilapia yang lain sikit coraknya kat sini (time kena snap nie beliau tengah menyelam da..). Nampak jelas berbelang kat atas kepala. Kalau kita tengok dari atas kepala ikan Toman, ada corak yang beselerak tu kan?. So yang Tilapia nie bercorak jugak kat kepala tapi berbelang selari. Aku try cast pakai sp Cultiva, diserang & dibahamnya ekor. Putus lah ekor sp tersebut...





Terus aku tukar pakai hard lure untuk bereksperimen. Kali ini aku pakai Ofmer Wonder 50. Aku cuba provok lagi & memang beliau jenis menyerang! Beberapa kali gak dia gigit kat badan & bulu pada hook. Bila aku nampak dia gigit bulu hook tu terus aku sentap sikit rod lalu sangkut trible hook tu kat mulutnya. Yes, strike! Kuat beliau melawan cuba melarikan diri, best layan fight wooo...





Species : Tilapia
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : C&R





Pada mulanya aku ingatkan beliau gigit bulu beserta hook sekali, tapi bila dah dinaikan rupa2nya sangkut dari sebelah luar. Kira foul hooked gak lah nie. Sikittttt jer lagi hook tu masok dalam mulut. Aku rasa kalau saiznya besar sikit baru mulut beliau dapat bukak besar & telan sekali hook tu. Apa pun akhirnya aku jumpa spesis Tilapia yang menyerang lure.




Ilmu yang aku perolehi setelah lama memerhati pek'el Tilapia kat Riveria nie. Peratikan perbezaan kedua2 spesis nie. Walaupun yang aku dapat pada 2016 tu dah kira saiz besar & matang, jelas sekali perbezaan corak, sirip & warna bagi membezakan Tilapia mana yang jenis menyerang lure atau jenis yang makan lumut sahaja. Setakat nie jenis kaler putih atau yang ada merah2 sikit tu (2016) belum pernah menyerang lure aku. Ke kena tunggu beliau nak mengawan baru beliau marah & serang lure agaknya...







 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku pakai yang bawah sekali. Hook kat perut aku bukak. Hook kat ekor aku tambah bulu. Barulah aksinya mengila bila diretrived.









19 December 2016

Snakehead Report (3rd weeks of Disember 2016) & TEST DRIVE: Kuying Thunder


Tarikh  : 18/12/2016 (Ahad)
Lokasi : Kuching
Masa  : 07.30am - 2.00pm



Misi sebenarnya mencari Sebarau, tapi apakan daya aku kumpau Sebarau namun strike lak spesis Snakehead. Komplot kali ini untuk kali ke-2 aku bertandang kat port "Dahan". Terletak lebih kurang 1 jam dari kota Samarahan menuju area Semadang. Leh tahan gak terasa jauhnya.  

Hanya aku dan kazen aku, Shimpaku Yamadori (jangan tanya ngapa saintifik sungguh nama beliau. Karang aku sebut nama kampung dia korang gelak lak. Hahaha...), memBarau kali ini. Ini merupakan trip mencari lesen Sebarau beliau.




Nie lah port banglo utama. Dah setengah perjalanan baru aku snap pic. Kazen aku tengah beraksi...
  





Mungkin inilah antara sebabnya ngapa kawan aku panggil port nie Port Dahan... Banyak dahan2 pokok yang membentuk banglo. Kali ini kedudukan banglo telah berubah disebabkan 2 3 bulan ini hujan lebat & arus air yang kuat sehingga mengubah landskap, tidak seperti 1st time aku datang ke sini dulu. Lure Spearyu aku lontar dari hujung berdekatan tunggul besar tu. Aku retrive dengan cara jerk & pause, terus sesuatu menyerbu dengan pantas dari sebelah tepi...





Ku sangkakan Sebarau. Tapi rupanya sang Bujuk @ Forest Snakehead bersaiz kasar membaham lure aku. Maka bermulalah aksi tarik-menarik. Part nie yang aku suka kalau strike Bujuk. Ganas dari Haruan masa fight! .





Frust sedikit bukan spesis sasaran yang aku dapat kali ini. Bayangkanlah kalau Sebarau saiz camgini. Tentu sedap layan! Apa2pun syukur gak sebab tak kumpau.





Species : Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod      : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel     : Kuying_Thunder
Line     : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader : Ichiban_Fluoro, 20 lb
Lure    : OR Craft_Spearyu 60s (SP60S-PC)
Hook   : Mustad_In line Single, Ultrapoint Size 4
Status : Tapau! Aku bagi kat kazen aku





Close-up. Kemas hooked up kat sebelah dalam bibir.





Setelah habis port diterjah & sebelum balik, sekali lagi kami gi kat port aku lihat 2 ekor Sebarau saiz rempit mengejar lure aku sebelum ini. Masa nie aku dah tengah rehat2 sambil menikmati keindahan alam. Hanya kazen aku yang masih meneruskan operasi. Balingan lure beliau kat kawasan berarus tu tiba2 berhasil.





Lesen Sebarau pertama beliau! Tahniah kazen... Dah lah lesen, terus 3 belang pangkat Sarjen lagi tu. Walaupun kecik, puas hati beliau kerana berlesen sudah.



 
Sama lebih kurang dengan saiz & spesis yang aku pernah dapat lesen dulu. Sehingga sekarang, tulah jugak Sebarau yang masih belum aku "renew" lagi...




 
Beliau pakai lure micro jig dalam 5g jer. Fast retrived masa kat air berarus katanya. Jig nie gak yang selalu dia pakai masa operasi Tarpoon. Efektif gak jig nie.






C&R... Bagi oksigen dulu sebelum dilepas semula.








 LURE(S) OF THE DAY

 
Nielah lure yang aku gunakan.







 ULASAN TEST DRIVE


*Kredit pic - Daniel Lin (Kuying Malaysia). Bc yang amat sesuai untuk main UL & Finesse.





Gear yang kemas dengan drag Carbontax.

 



Pada mulanya balingan lure yang aku buat sebelum ini tidak jauh terbang. Aku saspek mesti bearing nie. So, lepas balik cast tu, aku cuci bearing untuk shallow & deep spool. Tengok, banyak grease yang menyebabkan bearing tu tak lancar & laju. Lepas dicuci, aku cast main Saltwater kat Miri masa tu, perghhhhhhhh... baru mables tengok lure terbang. Jauh lagi tu. Kena ejas betul2 dulu sehingga korang jumpa "rentak"nya barulah sedap baling.



 

Inilah set-up yang aku gunakan dalam misi kali ini. Gabungan mantap rod & bc dari jenama Kuying. Tak rugi korang beli bc Thunder nie kerana harga mampu milik serta free shallow spool. Bermakna anda dapat 2 spool (shalloow & deep) dengan harga yang berbaloi. Hanya "misteri" bunyi "nyet...nyet..." (tak kuatlah mana bunyi tu) masa dikarau tu yang masih aku lom jumpa. Kena buat full overhaul nie nak cari punca tu. Hrmmmm... Keseluruhannya memang aku berpuas hati dengan Kuying Thunder nie. Lama gak aku mencari bc yang "cukup syarat" untuk main UL.