"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

13 February 2017

Riveria Strike 01/2017: Tilapia


Tarikh  : 12/02/2017 (Ahad)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 6.30am - 5.00pm



Hujan lebat di sebelah pagi memaksa aku untuk menukar lokasi yang tidak dirancang ke Lundu kononya nak mengelak hujan. Sepanjang perjalanan ok jer. Tapi semakin menghampiri Lundu, hujan bertambah lebat. Terus aku memecut ke Belungei sambil mengharapkan hujan reda. 

Hanya sempat 10 minit cast, memang takde ampun2, hujan lebat bagai ribut melanda. Rekod terpendek aku cast di Belungei beb! [Redha...]
Maka memecut balik semula aku ke tempat asal. Terus aku ke Riveria tanpa menaruh sebarang harapan... 




Dah beberapa spot kat sini diterjah, tetiba aku terpandang spesis Tilapia yang lain sikit coraknya kat sini (time kena snap nie beliau tengah menyelam da..). Nampak jelas berbelang kat atas kepala. Kalau kita tengok dari atas kepala ikan Toman, ada corak yang beselerak tu kan?. So yang Tilapia nie bercorak jugak kat kepala tapi berbelang selari. Aku try cast pakai sp Cultiva, diserang & dibahamnya ekor. Putus lah ekor sp tersebut...





Terus aku tukar pakai hard lure untuk bereksperimen. Kali ini aku pakai Ofmer Wonder 50. Aku cuba provok lagi & memang beliau jenis menyerang! Beberapa kali gak dia gigit kat badan & bulu pada hook. Bila aku nampak dia gigit bulu hook tu terus aku sentap sikit rod lalu sangkut trible hook tu kat mulutnya. Yes, strike! Kuat beliau melawan cuba melarikan diri, best layan fight wooo...





Species : Tilapia
Rod       : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel      : Kuying_Thunder
Line      : Tri-Poseidon PE x4_8 lb
Leader :  Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure     : Ofmer_Wonder 50
Status  : C&R





Pada mulanya aku ingatkan beliau gigit bulu beserta hook sekali, tapi bila dah dinaikan rupa2nya sangkut dari sebelah luar. Kira foul hooked gak lah nie. Sikittttt jer lagi hook tu masok dalam mulut. Aku rasa kalau saiznya besar sikit baru mulut beliau dapat bukak besar & telan sekali hook tu. Apa pun akhirnya aku jumpa spesis Tilapia yang menyerang lure.




Ilmu yang aku perolehi setelah lama memerhati pek'el Tilapia kat Riveria nie. Peratikan perbezaan kedua2 spesis nie. Walaupun yang aku dapat pada 2016 tu dah kira saiz besar & matang, jelas sekali perbezaan corak, sirip & warna bagi membezakan Tilapia mana yang jenis menyerang lure atau jenis yang makan lumut sahaja. Setakat nie jenis kaler putih atau yang ada merah2 sikit tu (2016) belum pernah menyerang lure aku. Ke kena tunggu beliau nak mengawan baru beliau marah & serang lure agaknya...







 LURE(S) OF THE DAY

Kali ini aku pakai yang bawah sekali. Hook kat perut aku bukak. Hook kat ekor aku tambah bulu. Barulah aksinya mengila bila diretrived.









2 comments: