"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Seahawk Pop Hollow Frogie. Show all posts
Showing posts with label Seahawk Pop Hollow Frogie. Show all posts

03 June 2020

Ikan Puyu @ Climbing Perch #1/2020 & Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-2/2020


Tarikh  : 31.05.2020 (Ahad)
Lokasi : Ladang Sawit Kampung Empila & Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 6.00pm


Yo, gais! Assalamualaikum & salam sejahtera. Perghhhhh… lama tak buat karangan. Bukan malas, seperti yang aku war2kan dulu, sibuk urusan dunia terutamanya prihal rumah aku tu. Syukur semua dah settle. Februari lepas aku & family dah start duduk rumah sendiri. Kegembiraan yang melegakan aku setelah 7 tahun dengan macam2 dugaan & masalah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Owh, selamat tahun baru 2020 to all of you! (Dah masuk bulan Jun nie, alamak!). Macam2 berlaku tahun nie yang korang pun dah sedia maklum. Aku sebenarnya dah start cast jugak awal tahun sebelum PKP dikuatkuasakan. Tapi kumpaulah pulak. Pastu puasa & hari raya. Maka bertangguh lagi time untuk aku casting.

So, sekarang ada sedikit kelonggaran untuk aktiviti memancing. Maka dah tak tertahan menanggung kerinduan nak fight ikan, aku buatlah plan casting dekat2 jer memandangkan pergerakaan melepasi daerah masih tidak dibenarkan. Ini menyebabkan port yang nak diterjah sangat limited!

7.00am aku bertolak. Tapi kali ini aku tidak lone ranger cam biasa. Cast kali ini bertemankan Apiz. Beliau pun lagi lama dah tak cast berbanding aku. Hahaha… Port diterjah - lading sawit Kampung Empila.



Sampai kat sini gate tutuplah pulak! Adehhhhh… terpaksalah aku & Apiz cast parit depan & sekitar nie jer. Aku bawak 2 set. 1 set untuk layan snakehead & 1 lagi untuk layan ultralight @ floating jika kumpau! Hahaha…



Bila cast snakehead tiada sambutan, aku tukar layan floating pulak memandangkan banyak boiling sepat & puyu kat sini.



Dengan berumpankan roti akhirnya Berjaya jugak aku naikan seekor ikan puyu. Yes, layan buat ilang gigil berbulan2 lamanya. Kecik pun keciklah. Floating pun floatinglah. Yang penting strike beb!




Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st Catch)
Rod       : KANICEN NIX_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : SHIMANO_Sahara 500FE
Line      : SPECIAL LINE, 4 lbs
Leader : TOMMAN_Tali Hantu, 10 lbs
Lure     : Bread


Setelah lama cast kat luar pagar, disebabkan kesian tengok kami yang tidak mendapat hasil yang memuaskan, pakcik guard membenarkan kami masuk ke dalam ladang. Yes, makaseh pakcik atas budi bicara sesama insan. Akhirnya berpeluang jugak Apiz cast buat pertama kalinya kat dalam ladang nie. Adalah jugak beberapa kali rabut kat beberapa tempat. Kemudian aku cast berhampiran tebing, disambar sesuatu tapi mis lah pulak.



Aku tukar lure dari katak (yang asyik rabut jer dari tadi) ke spinner bait. Cast lagi kat tempat tadi & dengan tidak semena2, sesuatu membaham & melarikan spinner aku dengan rakus. Terus aku hook up, yes fish on babeh! Akhirnya snakehead pertama aku untuk tahun 2020!


 
Species  : Snakehead @ Ikan Haruan (2nd Catch) 
Rod       : VIPER_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : SHIMANO_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : BAKAU_Mini Cat Spinner Bait



Jarang2 aku pakai spinner bait nie. Bila lokasi port yang agak clear & kurang berhalangan, memang cun guna lure camgini jika pemangsa agak memilih.




Credit photo: Apiz. Beliau pun berjaya menaikan beberapa ekor snakehead yang katanya lebih kurang jer sama saiz. So, malaslah beliau nak snap banyak2.




Setelah bergelumang dengan panas & hujan sekejap, serta beberapa lagi port yang diterjah namun tiada lagi snakehead yang sudi menyambar. Jam pun menunjukkan pukul 3pm lebih. Kami putuskan untuk stop dulu untuk minggu nie & cuba merancang lagi untuk trip yang akan datang, insyaallah.

Masa otw balik tu, tetiba last minute aku corner motosikal teringat port lama yang dah lama gak tak diterjah. Aku kena recce dulu untuk pastikan sesuai ke tak untuk trip yang akan datang. Yalahkan, bak kata ku tadi kekangan PKP nie melimited port yang aku tahu sekitar Samarahan nie. Kalau ok, boleh on nanti...





Hrmmmm... Port sawah padi jugak nie. Tengok tu, seluas mata memandang dah jadi rumput yang memanjang! Hanya ada sedikit opening camgini untuk cast. Aku cuba namun tidak berhasil. Tiada sebarang sambaran.




Aku berpindah sedikit kat hujung belah kanan mengharungi semak & nampak satu lagi opening. Lama jugak aku cuba memujuk. Satu sambaran & kesilapan aku lambat menyentap, rabutlah jadinya. Cis! Aku teruskan lagi usaha pujuk memujuk, akhirnya ada pemangsa yang tergoda menyambar frogie yang aku persembahkan, terus aku sentap dengan kuat, maka fish on kali ini. Yihaaaaaa....




Species  : Snakehead @ Ikan Haruan (3rd Catch) 
Rod       : VIPER_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : SHIMANO_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : SEAHAWK_Pop Hollow Frogie




Huh tembus kat soket bijik mata! Saiz lebih kurang cam yang aku dapat kat ladang sawit tadi. Tapi yang nie cerah sikit kaler dia. Beza antara snakehead ladang sawit & sawah padi. Inilah hasil terakhir aku untuk hari ini. Walaupun ada 2, 3 lagi port aku usha, namun semuanya tidak sesuai disebabkan rumput & lalang yang tumbuh memanjang selain daripada port yang dah mengering...






LURE(S) OF THE DAY











26 March 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #4/2019


Tarikh  : 23/03/2019 (Sabtu)
Lokasi : Ladang Kelapa Sawit, Kampung Empila
Masa   : 3.35pm - 5.15pm



Misi Kemanusiaan... Ada rakan yang memerlukan haruan selepas operate. So, program asal untuk memancing udang minggu nie aku batalkan. Tak menjanjikan apa2, hanya, "Insyaallah..." kataku kepada beliau. 

Sebenarnya bercampur-baur perasaan aku nak casting sebab hari nie aku terpaksa OT terlebih dahulu. Sehingga selesai jam 2pm baru merempit dari opis (Kuching) menuju ke port Ladang Kelapa Sawit, Kampung Empila, Samarahan. Nak sampai kat sini sejam lebih jugak dah melayang. Maka makin singkatlah masa nak cast.




Sampai jer kat ladang nie semua port heaven yang berpotensi kekeringan bahkan boleh nampak sehingga ke dasar. Tipis peluang kalau dah camgini. Selain itu taut pun banyak dipasang oleh pekerja2 ataupun orang2 kampung berdekatan. Setelah tak berhasil di beberapa lokasi, aku kira nielah lokasi yang terakhir aku berpanas cast (terbayang2 air 100 plus dalam kepanasan begini. Dem, lupa lak nak singgah beli tadi).



 
Nie merupakan antara laluan utama parit2 kat dalam ladang nie. Dari hujung nun jauh lagi yang korang tak boleh nampak aku dah try, hanya miskol kecil. Sehinggalah aku ikut gerak hati & think like a fish, aku cast serapat dengan tumbuh-tumbuhan air tu yang pada mulanya tiada apa2 yang berlaku. Cast kali ke-2, aku landingkan lure di atas tumbuhan air tu pulak & retrieved beserta pause, main goyang2 ala 2 jari cam apps. bodoh tik tok budak2 bahenol menari tu, pun masih sama. Cast kali ke-3 ke tengah sedikit dari tumbuhan, betul2 time lure terlindung sikit dari penglihatan aku, "Bommmmmm...", satu bunyi sambaran padu membaham dengan ganas. Terus aku sentap dengan kuat - Yes, Fish on bahenol!




Agak ganas pertarungan ini. Pecutan demi pecutan dalam cubaan melarikan diri menuju ke arah tumbuhan air tadi dapat dihalang dengan kombinasi set HCG (walaupun rod PE4, namun ianya agak light weight). Setelah berjaya ditarik ke kawasan sedikit lapang barulah strike seekor mama saiz kasar. Alhamdulillah...




Species : Haruan @ Common Snakehead
Rod       : Rod Ford_Battler_Retribution 64, PE4
Reel      : Shimano_Curado K 201HG
Line      :
Tri-Poseidon, 30 lbs (with Bimini Twist)
Lure     : Seahawk_Pop Hollow Frogie




Hoh, hanya sebelah sahaja sangkut.




Specimen berskala 52 cm.




Dengan berat 1.29 kg. Lama betul dah tak dapat saiz camgini... Memadai seekor nie yang berjaya ditangkap. Syukur niat membantu rakan yang memerlukan dimakbulkan. Rezeki beliau jugak nie. Kemudian aku kemas2 barang & terus memecut pulang dengan senyuman kepuasan.









 LURE(S) OF THE DAY

Dalam rupa semakin "uzur" masih mampu memberi perkhidmatan yang cemerlang.