"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label 1st time casting. Show all posts
Showing posts with label 1st time casting. Show all posts

05 September 2017

Si Abang Renew Lesen Snakehead, Si Adek 1st Time Cast & Dapat Lesen Snakehead


Tarikh  : 31/08/2017 (Khamis)
Lokasi : Sekitar Samarahan
Masa  : 4.30pm - 6.30pm




Yo, pekaba korang! Nice to blogging semula. Maaf atas segala kesulitan hingga menyebabkan aku lama dah tak update blog. Macam2 hal berlaku selepas hari raya ari tu...

Hari ini aku menunaikan janji aku buat si abang yang sering menaggih untuk dibawak gi casting masa cuti sekolah. Lama gak aku tak bawak dia cast. Dan hari ini jugak merupakan Hari Pertama si adek cast! Memandangkan masa pendek jer, so aku bawak diorang cast dekat2…



 
Lokasi pilihan – kat parit belakang Summer Mall.

 



Dulu2 nielah antara lokasi legend dangan hasil tahap kasar2. Sekarang hrmmmmm… malas nak cakap.

 


Setelah agak lama sunyi tanpa sambaran, tetiba si abang menjerit, "Dapat Bah, dapat...". Tu dia... Dengan penuh bangga tunjuk kat adek. Pas dapat yang nie, dia malas pulak nak sambung cast. Ceh!

 


Memandangkan set yang adek gunakan dah kira uzur (tu pun diwarisi dari set lama si abang), so aku bagi set abang untuk digunakan. Terus jer si abang tak nak bagi pinjam set dia. Apa lagi aku, terus guna kuasa VETO! Huh... Terdiam dia & merelakan adek pinjam dalam keterpaksaan... Nampak gaya kena beli satu set lagi buat si adek pulak. Hrmmmm...




Masa adek mula2 cast tu dah berkali2 gak aku tangkap video (mana tahu kalau2 beliau strike), tapi dah entah berapa kali, tak jugak naik2. Malas dah aku nak ambik video... & time aku malas tu lah pulak dia strike kat lokasi belah nie! Arghhhhhhh...




Setelah berhempas-pulas fight (aku biar jer dia fight sampai ikan tu surrender kat tepi tebing), akhirnya lesen cast pertama beliau. Muka puasati...




1st lesen & renew lesen...




Aku pulak yang kumpau! Bagi can lah kat diorang... Apa2pun, nielah priceless moments bagi aku. Aku takde moments camgini bersama bapak aku. Sekarang ini era aku. Aku terpksa belajar untuk mengajar. So, aku nak diorang ada kenangan ini untuk diingati. Ilmu yang tidak seberapa dari aku moga bermanfaat buat diorang jika mereka memilih "jalan yang sama". Walaupun ada "suara2 sumbang" & tak paham bahkan tak mahu paham hobi hanyir aku, well... aku nak bagitau kat korang nie;  #SukatiKorangAkuPeduliApa #ThisIsMyEraAndThisIsMyFamily #ZamanKoUdahBerlaluIniZamanAku #MyStyleMyWay
Hahahaha... Emo pulak aku. Banyak betul pakai hashtag kali nie! Bersebab sebenarnya. Harap2 diorang tu membaca point aku kat sini!





  LURE(S) OF THE DAY

Kedua beradik tu strike pakai lure nie.








25 November 2013

My 5 Years Old Son (Luqman) 1st Time Fishing


21.11.2013, Khamis

Hari ini merupakan sejarah buat anak aku. Untuk pertama kalinya beliau aku bawak gi mancing. Walaupun kumpau, keseronokan beliau nak memancing tu yang buat aku seronok gak. Ofkos tahap kesabaran yang tinggi kena ada melayan karenah bebudak umo camgini. Banyak lagi yang aku kena ajar kat beliau nanti...





 With Luqman (my 5 years old older son) - Senyum seronok beliau nak casting for the 1st time.




Ajar kat parit kecik jer dulu cari snakehead.





 Kena banyak praktis lagi budak nie. Lontaran lure masih belum cun.




Muka slumber...





*FREESTYLE STREET FISHING*




 

28 December 2012

PENGENALAN / 1st Time Casting

Tarikh: Sabtu, 07/07/2012
Lokasi: Belungei, Lundu


Assalamualaikum & salam sejahtera. Selamat datang ke blog aku yang tak seberapa ini. Blog ini aku dedikasikan untuk hobi baruku iaitu – CASTING. Salah satu daripada cabang sukan memancing. 

1st time aku casting di Belungei, Lundu, Kuching, SARAWAK. Buat pertama kali juga aku menggunakan peralatan yang belum pernah aku gunakan iaitu RBC (Round Baitcasting). 

Memang teramat janggal menggunakan peralatan ini. Members ku yang lain casting mendapat ikan & aku asyik membetulkan “bird nest” pada RBC. Memang aku tak mengharap mendapat hasil tapi peluang ini aku gunakan untuk belajar cara melontar lure dengan betul daripada senior castingku. Terima kasih atas tunjuk ajar dan tips yang diberikan; Terubuk Sarawak, Amirul, Annuar & Dn Black.




  Perjalanan bermula...



  Jauh tu...



  Yes, dah nampak pantai dan laut...



Senior merangkap cikgu casting ku...



  Pose jap...




  Sampai sudah... Perghhh... Osemmmm! Naisss! Mablesss! UNsangkaRABLE...




  Baru nak belajar guna RBC da...