"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Sufix_Super 21 FC. Show all posts
Showing posts with label Sufix_Super 21 FC. Show all posts

06 August 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #28-29/2018


Tarikh  : 2/08/2018 (Khamis)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu | Taman Sukma
Masa   : 6.35am - 4.30pm


Hoh, kumpau aku minggu lepas! So, hari nie & esok aku bercuti. Bukan apa, untuk tempoh bertenang disebab hal kerja. Atas arahan Job Rotation, aku akan ditukarkan ke Unit Akaun pulak. Maka pasnie boleh dikatakan tiada lagi aku outstation & otomatiknya tiada lagi peluang & ruang casting "away"... Berbalik kepada story casting lak...





Selepas aku hantar anak ke sekolah, aku terus memecut ke port WAJIB diterjah seawal pagi.
 



Masa sampai tu adalah jugak boiling sana sini. Lepas pasang lure, kat tengah2 tu ada boiling yang agak jauh dari rada cast aku. Aku buat 1st cast sejauh mungkin untuk warm-up dulu... Tengah aku retrived, terasa lure aku disambar, hoh, strike rupanya. Aku terus layan fish on nie. 3 kali aksi akrobatik yang mendebar jiwa...




Akhirnya saiz kasar berjaya didaratkan. Last akrobatik atas rumput berjaya memutahkan lure tapi sudah terlambat. Syok layan wooo...




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC, 4 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)




Yang nie tak payah pakai measuring tape aku tahu tak sampai 40cm. Dekat2, dalam 36-38cm gitulah lebih kurang. Kalaulah 1st cast selalu berhasil terus kan best! Walaupun selepas itu boiling semakin berkurangan, sehingga jam 9.30am tiada lagi hasil, aku terus memecut ke Riveria pulak...




Tiada hasil di Riveria, aku singgah kat Tabuan Desa. Sampai kat situ air dah nak surut & boiling pun kecik2 jer. Kumpau lagi... Pastu pindah pulak kat Taman Sukma nie...




Besar pulak air kat sini sebab gate air tu diorang bukak kecik! Kurang asam tul... Besar camnie payah nak cast. Ditambah lagi boiling yang jarang2. Pun begitu, walau tanpa boiling aku buat blind cast jer...




Beberapa kali buat blind cast (bukan kat boiling yang memang takde), tetiba lure terasa sangkut kat sesuatu. Tapi masa aku tarik pelan2, terus dibawak laju. Hoh, fish on beb!... 2 kali akrobatik namun lure masih sangkut dengan kemas & akhirnya berjaya didaratkan.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC, 4 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 2.0)




Solid hook-up kali ini. Walaupun saiz remaja, tetap syok dilayan... Sampai petang masih tiada tanda2 gate air dibukak besar & on off on off aku ke port nie & port rumah bapak sedara aku, pun masih tiada lagi berhasil, so aku buat keputusan stop dulu & balik ambil anak balik pulak...







 LURE(S) OF THE DAY

Clouser Minnow.






 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser






Sinker.









20 April 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #6-7/2018


Tarikh  : 15/04/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 10.00am - 5.00pm



Agak lewat aku cast hari nie memandangkan hari masih hujan sejak awal pagi. Kena tunggu hujan berhenti dahulu. Bila dah reda tu, terus aku memecut kat kolam Desa Ilmu. Aku bawak 2 set kali ini. Satu set Medium (untuk membanteras Toman) & satu lagi set UL (untuk melayan Tarpon). 

sampai kat DI dah semakin sesak aku tengok disebabkan samai2, lumut yang semakin banyak & tebal. Pasti nya nanti semakin susah nak cast kalau kolam nie tak dijaga... 2 jam aku cast kat boiling anak2 Toman, namun mak bapak nya tak pedulikan lansung lure2 yang menganggu dia & keluarga bahagia mereka. Last2, aku tukar plan lak, memecut ke Taman Sukma untuk melayan Tarpon...





Masa aku sampai kat sini memang dah time air pasang. Pun begitu walaupun Tarpon main jauh2, tapi kali nie kelihatan meriah sikitlah boiling nya.





Dah beberapa kali aku cast & ada jugak sambaran yang "mis". Kemudian kat sini bila kelihatan boiling di tengah2 tu, aku cast over sikit dari kawasan boiling & mula "ngepop" perlahan2. Sampai kat tengah2 tu, satu sambaran tepat ke arah popper & hilang dari pandangan... Yes, strike kali ini! Mulalah aktiviti tarik-menarik bermula...





Sekali 2 aksi akrobatik mendebarkan, namun kali ini kompom tak rabut sebab ke-2 dua hook sangkut kat mulut & bawah dagu...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     :
Native Assasin_Boil 4.8





Sangkut atas & bawah, mana mau escape?! Hahaha... Pengalaman lepas bila menggunakan popper atau lure jenis pencil untuk main topwater, aksi tu kena buat perlahan-lahan... terutama jika jumpa boiling yang besar sikit. Kompom beliau memfollow dari bawah, tau2 jer ko tengok letupan & lure ko hilang dari pandangan! Asyikkkkkkkkk beb...!





Ada lagi berlaku sambaran mis. Mungkin kat tengah2 badan popper yang kena sambar. Pastu aku tengok boiling kat tempat lain lak. Kali ini aku tukar lure lain yang aku beli masa kat Miri tempoh hari... Boiling belah kiri yang dihadang lalang, aku cast tak berapa jauh dari kawasan boiling (sebab lure jenis pencil nie kecik & ringan sikit), retrived pelan2 beserta jerk & kali ini lebih kasar letupan topwater! Kasar nie...





Huh, yang nie liar & ganas sikit dengan aksi akrobatiknya. Bila dah nak sampai kat tebing, dia pecut balik ke tengah... "Nyettttttttt... nyettttttt..." bunyi jeritan batin drag ko yang amat syahdu & paling sedap ko dengar sepanjang hari...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     :
KYOTO_Spin Pencil





Sangkut kat atas mulut. Kalau kena kat bahagian nie best sikit sebab agak keras berbanding kawasan mulut yang lain (lembut - biasanya cepat koyak & menyebabkan rabut selalu). Inilah tangkapan aku yang terakhir. Namun sebelum balik tu aku kena buli & racing saiz yang lagi kasar! Lalang yang tumbuh meninggi tu menyelamatkan beliau time beliau membuat aksi akrobatiknya... Hoh, kalau clear skit lagi tempat tu tadi, kompom naik dah hasil yang ke-3. Takpe... Inilah yang menjadi semangat untuk aku cast lagi nanti & mengapa boleh ketagih cast Tarpon nie dengan menggunakan set ringan, UL terutamanya...







 LURE(S) OF THE DAY

Popper yang saiz ngam untuk menarpon jugak nie selain dari popper Storm Gomoku.





Hanya berat 2g & panjang 5cm, lure kurus & slim camgini memang antara kegemaran Tarpon. Cuma bila pakai clip yang ada swivel tu dia tenggelam  & kurang sikit aksi nya. Kena ikat terus tali atau pakai clip kecik jer baru cantik aksinya. Walaupun kat kotak tu tulis topwater, apa yang aku perati aksi topwaternya & sedikit menyelam. Teknik retrive yang aku gunakan sedikit laju & pause 1 ke 2 saat.







09 April 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #4/2018

Tarikh  : 01/04/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 6.45am - 3.00pm



Hari nie aku dapat cast 1/2 day jer. So, masa yang ada aku guna sebaik2nya & kena cast secepat2nya. Opkos aku mulakan cast pagi ini di Kolam Desa Ilmu, masih lagi mencari Tarpon kat situ & cam biasa, masih lagi gagal! Degil betul Tarpon kat situ.

Memandangkan air mula surut jam 9.00 pagi, tanpa berlengah aku terus memecut ke Taman Sukma target Tarpon kat situ pulak. Sampai kat situ kelihatan air masih besar...





Adoiyaiiii... nampak gaya gate air diorang tak bukak besar. Perlahan jer air keluar. Sepatutnya dah rendah parasnya.





Terpaksa berkejaran mengejar boiling Tarpon yang sekejap ke hujung, sekejap ke tengah, sekejap ke tepi... Memang burn habis lemak!





Entah dah 2, 3 kali jugak rabut. Boiling yang aku nampak kat seberang tu aku cast & retrive perlahan, terus diragut & dipecut. Kali ini aku mengawal sebaik2nya...





Alhamdulillah, baru berjaya setelah sekian lama.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail





Masa cast kat Taman Sukma nie, aku berkomplot tak dirancang bersama kazen aku. Hanya rabut beliau kali ini. Air pulak dah start pasang balik. Memang tak sempat nak jumpa air surut paras rendah. Bila dah kurang sambutan & Tarpon lak main jauh2, aku stop cast hari ini dengan seekor sahaja bagi pengubat vibrate tangan...







 LURE(S) OF THE DAY

Softbaits Paddle Tail beserta Jig Head 3g.









19 March 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #2-3/2018

Tarikh  : 18/03/2018 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 5.45am - 6.30pm



Kumpau yang lama... Bukan setakat kumpau jer, faktor cuaca yang kembali hujan lebat tak menentu, Mem OT, kemas2 rumah, antara penyumbang mengapa aku tak cast. Hari nie aku kena kejar masa. Tengah hari nanti aku ada tournament bowling dangan staf opis pulak. So, kena cepat2 cast

Lokasi pertama Tasik Desa Ilmu. Masih suram2 gelap cuaca time aku sampai. Bila dah nampak clear sikit, baru aku cast. Dalam 2 jam lebih aku cast kat situ. Hanya miskol dari sang Tarpon sahaja. Pastu aku memecut ke Taman Sukma pulak mencari karan si Tarpon...





Sampai kat sini air dah start surut. Cantik... Banyak boiling time nie. Time aku cast tu memang banyak miskol & banyak rabut hasil daripada aksi akrobatik yang mendebarkan. Lama jugak cast sebelum aku berhasil dengan tangkapan yang pertama...





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail




Bila semakin surut, semakin jelas lah terbing tu. Time nie dah masok tengah hari. Aku cast dari gigi tebing seberang tu bila melihat boiling demi boiling. Retrive sederhana laju berserta sedikit jerk...





...terus berhasil dengan Tarpon yang ke-2, setelah beberapa kali aksi akrobatik. Mujur aksi terakhir tu masih di atas tebing & lucut dari hook.





Species : Ikan Bulan @ Tarpon (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader :
Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Softbaits_Paddle Tail





Bila semakin tinggi matahari, dah semakin kurang sambaran, walupun masih banyak jugak boiling. Time camgini memang payah nak pujuk. Agaknya Tarpon nie dah kenyang barangkali... Terus aku kemas2 barang & memecut ke lokasi seterusnya untuk mencarik strike - Gelanggang bowling (hanya 2 kali jugak aku "strike" kat sini dalam 3 game. Hahaha...). Balik dari bowling tu aku sambung cast lagi kat Tasik Desa Ilmu. Pun begitu, dalam cuaca yang berangin kuat, tiada miskol dari penghuni dasar. Sejam begitu berlalu dengan kekumpauan, terus aku balik menamatkan sesi cast untuk minggu ini.








LURE(S) OF THE DAY

Softbaits Paddle Tail beserta Jig Head 3g.











10 January 2018

Toman @ Giant Snakehead #2-3/2018


Tarikh  : 05/01/2018 (Jumaat)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu, Samarahan
Masa   : 7.00am - 11.00am



Hari ke-4 aku bercuti. Setelah 2 hari bertutut-turut kumpau dalam misi mencari strike Tarpon. Bukan takde langsung sambaran, masalahnya sambaran tak cun & kes ikan mencium singker... Kalau dia mencium lure lain lak cerita. Kompom strike jawapnya! 

Dalam pada itu, viral gak FB caster2 Kuching amnya & Samarahan khasnya sekarang nie dengan kes KAKI TAPAU MELAMPAU Toman Tasik Desa Ilmu nie. Hari2 dia turun & tapau anak2 Toman tak mengira saiz. Dari yang masih kecik2 sampailah yang bujang kompom ditapau habis2an! Bila ditanya katanya untuk dimakan. Apakejadahnya dia nak mencekik semua Toman tu? Dia ingat Tasik Desa Ilmu nie besar cam Tasik Kenyir ke? Pahamlah memang ada yang nak mencarik lauk, tapi agak2lah! Takkan saiz yang besar pen maker pun nak makan. Kalau dah dalam tasik nie habis kena tapau, mana lagi nak cari port Toman dekat2 Samarahan nie? Otak tu jangan letak kat lututlah pok!

Tak payahlah aku nak up gambar motosikal & hasil tapau beliau yang member2 caster postkan kat sini. Makin tengok makin marah pulak jadinya. Cukuplah aku cakap memang banyak yang kena tapau. Dari pakai plastik biasa di hari pertama untuk menapau, bertukar ke plastik beras pulak di hari2 berikutnya! Dem!!!






Pagi yang damai tapi masih belum bertemu "saat2 keemasan" Tarpon frenzy.





Bila dah agak lama cast tanpa sebarang hasil & bertukar tempat strategik cast, nampaklah boiling anak Toman di kejauhan tu. Nak cast memang tak sampai. Biar tunggu mereka datang dekat2 sikit.





Bila dah masuk "radar", mulalah aktiviti kacau mengacau & pujuk memujuk mencari saiz rempit buat layan... Memandangkan aku menggunakan lure minnow jenis sinking, aku jerk & twitch sederhana laju. Kalau melebihi had laju yang ditetapkan nanti tak kesampaian pulak baby Toman tu nak kejar... & akhirnya ada jugak yang sudi menjamah lure yang dijamu. Yes, strike!





Tak jelas sangat apa tu kan? Baby Toman tu. Baby pun babylah... Janji strike.





Saiz yang sedap layan dengan set Ultralight. Setelah 2 hari kumpau, hilang giggil...










Species : Toman @ Giant Snakehead (1st catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Eupro_K2 LP55SK




 
Berkali2 gak cuba kacau, hanya seekor nie yang memberi kerjasama. Yang seekor nie cam terpisah jauh sikit dari kumpulan baby Toman tu. Mungkin asyik mengejar lure agaknya.





Masih lagi tiada sambutan dari sang Tarpon. Tukar lagi port cast kat sini pulak. Jumpa lagi boiling. Macam biasa, try kacau boiling yang semakin menuju ke tebing bersemak belah kiri. Kali ini aku menggunakan lure top water.





2, 3 kali gak kelibat meluru & cuba menyambar lure aku. Cast lagi kali ini aku perlahankan gerak twitch & pause jap. Memang membuahkan hasil. Sambaran kemas terasa asyik...





Nah, strike saiz lebih kurang sama dengan yang pertama tadi. Tapi yang nie besar & berat sikit plus memberi tentangan padu serta nampak terserlah ciri2 kurang ajar jika didik dengan sempurna... Ciri2 inilah yang melayakkan mereka digelar Giant Snakehead!





Species : Toman @ Giant Snakehead (2nd catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Sufix_Super 21 FC Fluorocarbon, 4 lbs
Lure     : Bossna_Sexy SXY60F






Hasil ke-2 ini merupakan penamat cast sempena cuti extra 4 hari. Syukur dapat merasa tarikannya. Misi Tarpon yang gagal, diganti misi Toman yang berjaya. Esok try lagi sebab hujung minggu - masa sebenar aku cast cam biasa. Memang degil amat Tarpon kat sini. Rekod aku masih lagi strike seekor Tarpon kat sini dalam tahun 2016 kalau tak silap.







 LURE(S) OF THE DAY