"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

24 February 2013

Lesen Pertama Belao 2013 (Haruan/ Snakehead a.k.a Channa Striatus)

Tarikh: Sabtu, 23/02/2013
Lokasi: Kuching / Kota Samarahan 

Akhirnya, minggu ke-4 barulah casting ku berhasil. Kali ini dalam misi mencari lesen Belao (haruan/ snakehead a.k.a Channa Striatus) kata orang Sarawak. Terima kasih buat Sifuk Romi Andika kerana memberi tips & meneman aku menunjukkan spot belao seterusnya mengambil 'lesen' tersebut.

Kalau diikutkan, banyak jugak sambaran ganas daripada belao tersebut, namun bukan rezeki... hanya beberapa ekor sahaja yang 'hook-up'. Pun begitu, hari ini aku mendapat 4 ekor. 2 berjaya digambar dan 2 lagi tak sempat... Hasil hari ini aku Catch & Release... Seronok gak kena karan belao nie... Till next time.





Inilah spot (dikenali sebagai Kolam Mastura, Rampangi, Kuching) pertama yang diterjah & di sini jugak 1st lesen belao ku. Gambar tak sempat diambil sebab masa beliau kat atas tanah tu hook dah terlepas. So dengan pantasnya beliau memecut dengan kelajuan cahaya ke arah gigi air. Sekelip mata beliau hilang dari pandangan! Cis, geramnya....


Yes, 2nd belao yang sempat digambar. Lokasi - parit di Jalan Santubong, Kuching. UNsangkaRABLE betul tempat nie... Selalu gak lalu area nie. Tak tahu le pulok rupanya 'Rumah Mampu Milik' diaorang...

Nielah Sensei aku kali ini, Encik Romi Andika. "Ready... 1...2..."

"3.... Yiahhhhh....!" Skill tu wooo...



Parit sekitar Kampung Plaie, Kota Samarahan. Tak jauh dari rumah mertua aku rupanya.... Buat penat jer terjah ke Kuching... kat sini banyak gak.


3rd belao. 4th belao tak sempat digambar... sama kes macam belawo yang pertama..


Boleh tahan gak saiz nie. Pakai sp lagi tu...


Parit @ Tali air rumah orang... hehehe!


Dapat lagi... Patut gak dipangil Sensei kan?kan?kan?


 Arghhh.... Malaslah dah nak cakap! Sekian...



*FREESTYLE STREET FISHING*




 

18 February 2013

Minggu Ke-3 yang Kumpau...

16/02/2013, Sabtu

Satu lagi trip yang kumpau! Dah masuk minggu ke-3, masih belum berhasil. Walau bagaimanapun, aku gunakan peluang ini untuk mengetest perfomance Calcutta 101B. Boleh tahan jugaklah prestasi beliau. Kalau bearing beliau ditukar, grenti berdesuppppp lure terbang!
Kolam belawo (haruan) juga diterjah. Mis kol memang ada tapi tak hook-up. Till next time beb!... 


Salah satu spot diterjah - Kontena...

14 February 2013

XTVT Sempena Cuti CNY...

Hmmm... Pa nak buat time2 cuti CNY gine? Nak gi casting, aku just weekend caster. Lagipun baby baru 2 minggu umo beliau. Tu le malas nak nak gi casting sebab sabtu lepas baru jer casting dari pagi sampai maghrib. Well.... baik aku tukar kaler lure jer. Ada 3 ekor lure yang perlu disalin jersey. Ambik idea dari Ofmer Bad Dog & Rapala Deep Tail Dancer - Hot Tiger... 

Lure asal yang digunakan Bakau, Abu Garcia & Storm Madflash Thunder Crank. Spray tin jer aku gunakan. Hasil taklah sebagus kalau gunakan Air Brush (yang nie aku tak reti nak guna...). Masih lagi kasar, tapi bolehlah cari makan...
  
  Operasi bermula...


 Storm Madflash Thunder Crank Gold. Belum siap lagi nie... Bakal jadi Rapala Hot Tiger...


Bakau... Belum siap sepenuhnya. Tukar kaler dari putih ke merah.


Abu Garcia... Dari kaler asal gold. Tukar kaler merahpinkputih, tambah Chicken Pox & Belang Tarong Pendekar Laut!


 Siap gak hasil spray tin yang tak seberapa. Kereta aku nie pulak dijadikan sebagai oven untuk mengeringkan spray makhluk2 puaka, dari tengahari sampai balik kerja, memandangkan cuaca yang tidak menentu yang kejap panas, kejap mendung.


Semoga para ikan tidak dapat membezakan mana yang ori & mana yang palsu. Strike melampau hendaknya!


 

09 February 2013

Season Baru, Minggu Ke-2 Yang Kumpau...

Minggu ini merupakan minggu ke-2 season baru casting ku. Dan untuk kali ke-2 nya jugak aku kumpau... Awal pagi lagi aku dah ke beberapa buah spot namun air masih surut dan hari yang pada mulanya cerah bertukar hujan...
Lepas tengah hari barulah cuaca elok, namun hasil casting "Kosong!".


Hanya mampu berserah sambil makan nasik lemak, mengharapkan agar hujan berhenti.


Spot pertama yang aku terjah dikenali sebagai "Kontena" di area Matang. Agak terkejut jugak aku melihat tempat tersebut ketika air surut. Mengharapkan spot ini "berhasil" tapi dah bukan rejeki, surut pulak... wrong time! Berikut Gambar perbezaan spot tersebut semasa air pasang dan surut.


Kontena...


 Suatu ketika dahulu, air pasang...


 Pagi tadi, air surut...


 Suatu ketika dahulu, air pasang...


 Pagi tadi, air surut...






Itu saja laporan minggu ke-2 untuk update blog ini. Diharap minggu ke-3 nanti dapat casting boatbase pulak. 

02 February 2013

New 2nd Hand Weapon

Untuk musim casting baru pada kali ini aku telah menambah 2 senjata baru yang akan aku gunakan - Shimano CALCUTTA 101B dan Abu Garcia PRO MAX 2. Kedua-dua 2nd hen.


Shimano Calcutta 101B yang secomel Nora Danish. Kihkihkih...









Abu Garcia Pro Max 2 (Telah diSWAP dengan member)








Hari ini juga merupakan season baru casting ku. 3 tempat diterjah namun hasilnya kosong! Kesempatan ini jugak aku gunakan utuk mengetest Pro Max 2. Masih terkial-kial mencari setting yang cun, pun begitu bolehlah jugak aku cast. Yang penting cuti casting ku dah berakhir. Osemmmmmmm.....!