"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Windshadow. Show all posts
Showing posts with label Windshadow. Show all posts

31 July 2023

Sebarau @ Hampala #4/2023


Tarikh  : 27.7.2023 (Khamis)
Lokasi : Port Tapah


Sekali Lagi aku ke sini gais. Hujan sekejap amat semalam & aku jangkakan Port Dahan masih terlalu jernih & surut, so peratus kumpau amat tinggi sebab kondisi begitu payah nak jumpa Sebarau "bersaiz" kat situ.

Tulah aku buat keputusan bertandang kat Port Tapah nie lagi. Sini pun sama, kalau air terlalu jernih susah nak jumpa yang bersaiz tu. Harap2 rezeki & nasib dia boring2 lepak memanjang lalu keluar merayau...




Mulanya aku dah cast kat port Dam tu tapi tiada sambutan. Kemudian aku cuba pulak belah hulu lagi sikit dari Dam tu kat kawasan bertunggul kayu/reba hujung nun... (masuk melalui jalan kampung).





Banyak spot potensi - tunggul kayu/reba kat sini. Semua aku try namun tiada sambaran jugak. Kondisi air dah kira ok dah, tak terlalu jernih sangat. Entahlah, masih belum paham sepenuhnya aku pek'el Sebarau sitok (sini)...




Berkalih lagi kat sebelah jer kat port target utama tadi. Huh, ko nampak tu? Potensi? Ganas? Ya... Tahap kerjernihan nie baru nampak "pengcukai2" di sini. Kalau air besar & keroh memang tak perasan kawasan korban lure nie.

Entah kali ke berapa aku cast (& 2,3 bijik lure terkorban dah), balingan "berani mati" di antara tunggul tu tetiba lure aku disambar!




Kali ini pertarungan hebat - lure dibawak kat tunggul kayu/reba tu, maka tersangkutlah seketika... Di sinilah rasa dup dap dup dap nak tarik ikan keluar. Risau tali putus bergesel kat dalam tu.

Setelah puas main tarik2, aku pump habisan sehingga dirasa sedikit kayu tu patah dan ikan mula bebas & akhirnya rezeki berpihak kepada aku, alhamdulillah...




Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Windshadow, 2-8 lb
Reel     : Shimano_Curado BFS XG
Line     : Seaknight, 8 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow




Solid hook up gais! Kalau dah rezeki tertulis...




Tu dia gais, saiz fighter... Syok wooo kalaulah setiap kali strike dapat minimum saiz camgin, kan best layan. Hehehe.... 

Seekor ini sahaja yang berjaya dinaikan dalam trip kali ini. Ada urusan nak ke buat petang nanti, terpaksa aku stop awal. Lagipun panas hari ini ya ampunnnnn...


 

 

 

Lure(s) Of The Day




Others











UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)








06 June 2023

Sebarau @ Hampala #1/2023


Tarikh  : 3.6.2023 (Sabtu)
Lokasi : Port Dahan (Jalan Semadang - Jambusan)


Bila semalaman tak hujan, nah hari yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba. Misi kali ini membarau dalam masa yang terhad. Sekejap pun sekejaplah, janji dapat layan stream. Awal aku turun pagi nie disebabkan lokasi jauh.

Semakin dekat nak sampai aku perati tepi2 jalan (& sebahagian jalan raya) basah! Alamak memang hujan semalam kat area nie ke?. Adehhhhh... tak sedap hati aku. Risau air besar sangat & keroh.

 

 

Sampai kat lokasi, arghhhhh... keroh. Sebarau kat sini kalau karoh sangat payah nak dapat. Entahlah...

 

 

Port diterjah kat side nie naik ke hulu. Port dekat & pendek jer... Port biasa aku layan kalau tak cukup masa... Bolehlah sekadar lepas gian celup2 lure & main basah2...
 
 
 
 
Hrmmmm... Part paling payah aku nak strike bila kena time air keroh camgini. Apa pun, setelah cast dari tempat start (kaki jembatan), tiada sebarang miskol. Sampai kat sini aku lempar lure serapat dengan tebing/dinding tu & sebaik sahaja lure aku jatuh, sekali karau terus disambar sesuatu...
 
 
 
 
Aksi dari action cam... Berkali jugak aku hooked-up kan rod (supaya mata kail solid menusuk kalbu ke dalam mulut ikan) sebab rod tu terlalu lembut. Risau lure tidak mencangkup.
 
 
 
 
Alhamdulillah, selepas aksi layan yang mendebarkan akhirnya naik jugak saiz kasar pertama kali dalam hidup aku semenjak menceburi dunia sebarau. Biasanya kalau korang follow blog aku nie korang boleh lihat rata2 sebarau yang aku dapat saiz 2 jari jer. Rasa nak jatuh sehelai air mata "kotan" (apabila terlalu /eagerness) terharu beb... Uhukkk!
 
 
 
 
Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Windshadow, 2-8 lb
Reel     : Shimano_Curado BFS XG
Line     : Seaknight, 8 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)
 
 
 
 
 
Lure solid abis masuk dalam mulut.
 
 
 
 
 
My personal best record for now. 3 belang tu gais! Kat Sarawak nie memang banyak 3 belang. Cuma nak dapat 3 belang saiz kasar tu ada payah sikit...
 
 
 
 
Setelah strike yang nie, cast lagi kat beberapa spot namun tiada berhasil. Kalau dilihat memang macam berpotensi jer, tapi tulah hanya seekor nie jer yang sesat barang kali. Masa pun dah cukup & tak berasa 2 jam lebih aku kat sini. So, till next time gais...
 
 
 
 
 
 
 
Lure(s) Of The Day
 

Aku gunakan lure dari shopee nie, kaler hijau tu. Hook aku tukar pakai jenis single hook.
 
 
 
 
 
Hook bajet jer, tapi boleh tahan jugak kuat dia...
 
 
 
 
 
 
Split Ring aku suka guna jenama TOKKOU nie.
 



 
 
Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.
 
 
 
 
 
 
 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)