"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Xpuyu_Puyu X 5005. Show all posts
Showing posts with label Xpuyu_Puyu X 5005. Show all posts

08 March 2019

Ikan Puyu @ Climbing Perch #4-5/2019


Tarikh  : 4/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 11.30am



Masih lagi ketagih mempole fishing... Hari ini aku cuma ada masa 1/2 day jer mancing. Aku gunakan masa yang ada sebaik2nya. Atas permintaan member aku yang inginkan beberapa ekor ikan Puyu untuk akuariumnya, so aku cuba menangkap ikan tersebut jika ada rezeki... 





Of cause lokasi culvert yang sama aku target. Kali ini aku membawak 2 set pole & 1 set UL untuk casting Tarpon (huh, hanya rabut jer Tarpon kat kedua-dua belah culvert nie. Geram wooo...). 1 set tu aku park kat sini.





...& 1 lagi set aku park kat bawah nie. Kalau kali pertama tu aku gunakan umpan roti (white bread), kali ke-2 aku guna sausage yang dicubit2 kecik, kali ini aku gunakan nasik pulak. Pilih nasik yang ada keras2 sikit. Jangan guna yang lembik sebab cepat hancur time ko nak sangkutkan pada hook.





Tanpa menunggu lama, pemandangan yang aku suka tengok - pelampung berdiri sekejap sebelum tenggelam dibawak lari menandakan ada pemangsa yang sedang beraksi. FYI, ada lah 2, 3 kali rabut sebelum solid hook-up nie. Ternyata saiz layan menjelma...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Rice





Mangsa pertama pagi ini. Pemerhatian aku semenjak 2 menjak mempole fishing kat sini di sebelah awal pagi memang frenzy berbanding waktu tengah hari atau petang. Aku rasakan lagi awal lagi bagus.





Letaklah umpan korang dekat2 dengan tumbuhan air tu kerana kat situlah mereka selalu ambush.





Seperti hasil ke-2 ini. Walaupun rabut berkali2, aku letak lagi umpan kat tempat yang sama & kali ini lebih cepat pelampung aku tenggelam - petanda saiz kasar mencurik umpan, tenang2 aja buat sentapan, terus fish on...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Rice







Kan! Saiz heaven... Ngapalah ko masih belum berjaya dicasting? Teknik pole fishing jugak yang ko nak. Inilah hasil yang terakhir aku perolehi dalam sisa masa yang "singkat" ini. Syukur dapat jugak aku tunaikan permintaan member aku. Pasnie kena cari lagi seekor 2 sebab seorang lagi member tengah tunggu turn. Hahaha...














06 March 2019

Unlocked License Ikan Kepar @ Java Combtail #1/2019 / Ikan Puyu @ Climbing Perch #2-3/2019


Tarikh  : 1/3/2019 (Jumaat)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 7.30am - 4.30pm



Hari ke-2 aku masih bercuti. Semalam aku kumpau. Hari nie aku turun lagi untuk mengetest sebatang lagi rod Pole Fishing yang baru aku beli. Ketagih pulak main pole fishing nie. Layan gak terutama time tengok pelampung bergerak2 tenggelam ditarik ikan!

Lokasi yang sama aku terjah. Sambil2 tu aku bawak jugak set untuk casting sebab kat culvert nie rupa2nya ada gak Tarpon!





1 set rod Pole Fishing & 1 set rod casting (UL) aku bawak kali ini.





Ada beberapa kali gak ikan memakan umpan hingga habis & rabut. Kali ini aku standby cepat2 bila melihat umpan aku kembali diusik. Bila pelampung "berdiri" sekejap & kemudian start tenggelam, aku sentap sikit rod terus fish on! Bila dah dapat, aku ingatkan ikan Sepat (setelah upload dlm FB time balik rumah, seorang rakan cakap ikan nie bukan Sepat tapi ikan Kepar @ Java Combtail. Aku google, memang betul katanya).




Species : Ikan Kepar @ Java Combtail (1st Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Sausage






1st time aku dapat spesis nie. Boleh dikatakan rare lah jugak.





Aku letakkan umpan dekat2 kawasan yang berumput air (tumbuh-tumbuhan) tu sebab aku tengok mereka amik napas & bermain polis sentri kat situ.





Tetiba pelampung aku berdiri dengan cepat & terus tenggelam dibawak lari. Wah, kasar nie & aku suspek kompom ikan Puyu. Bila fish on, agak ganas cubaannya untuk melarikan diri. Masa aku angkat, sah puyu!





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Sausage





Nah tengok, saiz tapak tangan der!





Begini cara aku - sangkutkan pada tali ditampung batu2 agar rod pole tak jatuh. Taklah jenuh ko nak pegang rod 24jam! Tak lama pastu sekali lagi pelampung aku berdiri. Aku biarkan seketika sehingga pelampung tu tenggelam baru aku sentap lembut. Yes, fish on lagi...





Tidak seganas fight yang ke-2 tadi, dia ekot jer aku tarik. Bila dah nak dinaikan baru meliar. Hoh, puyu lagi...





Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (3rd Catch)
Rod       : Xpuyu_Puyu X 5005
Hook     : Fire Eagle_Akitakitsun, size 3
Line      :
Lemax_EX Steel, 6 lbs
Lure     : Sausage





Wow, itu jer yang aku boleh cakap. Masih banyak rupanya saiz tapak tangan kat sini...




Bila dah tengah hari, aku rest dulu tunaikan kewajipan. Ikan2 nie kau bawak gi sekali. Selepas selesai semua aku sambung balik. Hanya rabut jer sehingga petang & bila dah kurang sambutan, aku putuskan untuk stop dahulu. Nak amik anak balik sekolah pasnie. Syukur dengan 3 ekor strike! 





Sebelum balik rumah, sempat aku memecut ke kedai beli botol plastik untuk DIY akuarium. Nantilah bila claim dah masok, baru aku belikan akuarium plastik tu.







UPDATED:
2/3/2019 - Seekor ikan Puyu tu mati sebab gaduh dengan tank mate dia. Mungkin tak selesa sebab tempat jadi sempit agaknya. Takpe, aku siang yang mati tu & masok dalam peti ais. Nanti aku nak try masak goreng (FYI, aku lom pernah makan ikan Puyu nie. Tak tahu lagi camna rasanya nanti).