"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Storm Trickster (4-10 lb). Show all posts
Showing posts with label Storm Trickster (4-10 lb). Show all posts

01 December 2015

Boat Base 2/2015 - Kampung Sekambal, Lundu


Tarikh: 29/11/2015 (Ahad) 
Lokasi: Kampung Sekambal, Lundu
Masa  : 6.00am - 3.45pm



Short report untuk blog aku kali ini. Bukan apa, boleh dikatakan trip kumpau. Pasal tulah tak banyak gambar. Asyik cast jer mencari strike hingga terlupa untuk mengambil gambar. Ber4 dalam trip nie; aku, Louis, Bob & Mul.

Di tambah hujan lebat sebelum subuh lagi yang tak berhenti-henti seolah-olah petanda trip kali ini bakal gagal. Apa boleh buat, "bencer" jaklah (kata orang Sarawak - dari perkataan 'adventure'; hentam saja lah lebih kurang maknanya).





Bob & Louis... Peratikan tahap kekaruhan air + hujan tak berhenti + air sejuk. Memang agak lewat bermula menunggu hujan teduh.





Aku & Mul





Hanya kami jer yang turun casting. Port banglo mewah dah jauh surut. Beberapa saki-baki spot (dalam trip boat base lepas) diterjah jugak, diorang ada merasa miskol2 kecil. Aku pulak memang langsung takde merasa. Dari air surut sampai balas pasang, memang takde strike langsung kali ini. Setelah agak lama cast yang kumpau, kami putuskan untuk balik. Dan kat simpang terakhir, berdekatan spot yang mula2 kami cast, sempat lagi baling buat kali terakhir konon... last cast, baru aku merasa strike yang tersangat comel.





Species: Baby GT
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_Shady 60F
Status: C&R





Tak padan dengan saiz... Ganas gak baby GT nie. Kalaulah mak bapak beliau yang strike tadi... Inilah satu2nya ikan yang strike dalam trip nie. Syukurlah tak kumpau. Hehehe... Next time repeat lagi. To be continue...







 LURE(S) OF THE DAY

Lure dari jenama Ofmer - Shady 60F kaler Pearl Chartreuse.








 

05 October 2015

Snakehead Report (1st week of October 2015) - TEST DRIVE: SENSES_Saviors 50s


Tarikh: 04/10/2015 (Ahad) 
Lokasi: Bau, Sarawak
Masa  : 11.30am - 2.30pm


*TEST DRIVE*



Kali ini satu lagi brand lure aku nak test drive. SENSES - Saviors 50s, dengan mensasarkan ikan Sebarau sebagai bahan ujikaji. Plan yang pada mulanya tak jadi sebab aku mintak tolong member aku - Louis, untuk cek kondisi air sesuai ke tak. Hari sabtu tu dia kata air sangat keruh & besar. So, kensel lah plan aku dengan dia nak membarau...

Nak dijadikan cerita, masa aku cast kat riveria, selepas 4 jam kumpau & tiada miskol, tetiba aku teringat last trip bersama Louis & Chia tempoh hari. Bila kat port Louis air keruh, ada port lain yang mungkin tak berapa keruh. So, terus aku kemas2 barang & pecut lone ranger ke Bau. Malas lak aku nak sound kat Louis takut dia ada plan lain (Port nie korang tak payah tanya - Amanah member supaya dirahsiakan). Sorry guys. Hanya aku boleh kata kat area Bau...





Takleh tahan rasa nak test lure nie setelah diracun bertubi2 dari geng fb. Terbeli gak aku 2 bijik (iye ker "ter" beli?). Treble hook asal aku tukar pakai single hook - VMC (last pic). Aku ikut "petua" dari member yang "meracun" aku pakai Saviors 50s nie - kat perut pakai hook #4 & kat ekor pakai hook #2.





Cuma aku dapat test kat 2 lokasi sahaja. Sebab plan aku pun malas nak cast lama2 memandangkan kondisi air yang belum osem ke tahap maksima. Lokasi pertama aku kumpau & tiada miskol. Yang nie lokasi ke-2. Air bergerak perlahan & kaler gelap kehijauan.
1st lure aku test kaler Fire Tiger, namun setelah beberap kali cast, takde sambutan. Kemudian aku tukar kaler lak pakai 2nd lure kaler White Tiger. 3, 4 kali cast gitu, aku lihat ada susuk yang tak jelas memfollow lure aku sekerat jalan. Kemudian aku repeat baling balik ke laluan yang sama.






Kali ini aku biar lure tenggelam lama sikit, karau sedang2 laju + twitch sikit & tiba2, 1 sambaran manja beberapa saat yang bertukar jadi ganas setelah aku sentap rod. Yes, strike bebeh! Aku dah tersenyum mengharap Sebarau kasar menyambar lure aku. Kemudian... masa beliau memecut naik ke permukaan, baru namapak - Bujuk rupanya. Tak kesah lah, Bujuk pun Bujuklah.. Janji strike & tak kumpau!





Species: Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius), 42cm
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_Saviors 50s
Status: C&R





Close-up. 42cm dan berat agak2 dalam 800g gitu. Larian jarak dekat yang padu & bahaya. hanya seekor ini sahaja yang berjaya dinaikan walaupun rabut seekor lagi kat port yang berdekatan. Syukur...





LURE(S) OF THE DAY

Tidak mengecewakan! Memang terbaik aksi SENSES Saviors 50s nie. Strike kali ini aku gunakan kaler White Tiger. Berat 6.5g tapi mampu terbang jauh (duet bersama Daiwa Alphas 103L) dalam kelas lure 50cm. Rasa "ringan yang berat", padat bagi aku. Lebih osem pergerakan jika guna BC yang punyai ratio 6 ke atas. Kalau dana dah cukup, aku nak tambah lagi lure nie. Hehe...




VMC (inline hook) single hook yang menjadi pilihan aku, #4 & #2.










24 August 2015

Snakehead Report (4th week of August 2015)


Tarikh: 23/08/2015 (Ahad) 
Lokasi: Riveria & Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 06.00am - 6.30pm



Misi utama aku kali ini nak cari "lauk Grade A" kat a few port yang aku google sejak hari Rabu di sekitar Asajaya / Sadong Jaya, Samarahan. Namun tiada rezeki. Miskol pun takde dari spesis Grade A ini.

So, cam biasa, sebagai pengubat kekeciwaan, aku plan nak cari snakehead spesis Baram ("lesen" yang masih belum aku dapat), pun masih belom bertemu 'jodah' gak aku dengan spesis ini... Layan jerlah report snakehead nie.





Adoiyaiiii... Rupanya air masih surut! Feri takleh jalan. Tapi semalam aku tengok Tide & Current sepatutnya time nie air dah pasang. Kat bawah tu memang ada bot kayu yang boleh bawak motosikal kalau time feri takleh nak jalan. Tapi aku rasa seram bila keadaan masih gelap...





Seberang tu "short-cut" kalau compare ikut jalan darat. Really saving time. Setelah 10 minit menunggu, aku buat keputusan tukar plan menuju ke Riveria cer try cast situ. Time nie aku guna jentera pengempur baru yang masih belum cukup running lagi - Modenas MR1. Baru jer 200+ KM. Dah le jalan darat jauh, koman2 pun dapat bawak 60km/h jer. Siksa beb!





Aku tengok kat Riveria nie macam dah nak pupus jer ikan Grade A. Yang banyak kat sini spesis Tilapia & Koi. Aku cast kat spot berumput yang berdekatan dengan gigi air tu & tiba2 1 sambaran manja2 jer aku dapat. Aku dapat feeling haruan nie...




Nah... betul sangkaan aku. Lain yang dihajat lain lak yang dapat. Layan...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man_"MinnowZ"
Status: C&R





Rakus! Lure besar pun diminat.






Kemudian aku bertukar tempat... Masa retrive nak cast lure balik & sebelum sempat lure diangkat, 1 ambush dari koner membaham ganas lure aku. Seekor haruan bersaiz kasar lak kali ini kelihatan (kerana dah berhampiran terbing & air lak jernih).





Perghhhh... Masih ada gak saiz 'Abang Sado' camgini kat Riveria. Osemmmm!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Z-man_"MinnowZ"
Status: C&R





Close-up.





Setelah jam 9.15am gitu & air sungai dah pasang, aku putuskan kembali ke misi asal mencari lauk Grade A. So, aku patah balik, bila air dah pasang baru feri dapat jalan. Jauh gak solo cast aku bermotosikal kali ini.  

Semua tempat yang aku google tu dah aku terjah. Dari 1 tempat ke 1 tempat. dari 1 gate air ke 1 gate air. Dari time air masih pasang hingga ke air dah surut, belom tertulis rejeki untuk aku. Inilah lumrah dalam dunia hanyir...                                             
                                                                                                             





So, otw nak balik, aku pakai jalan darat. Memang jauh tapi aku masih ada misi lain. Parit2 & port2 snakehead aku terjah. Street Fishing style... 





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Dalam pemerhatian aku kan, biasanya kalau snakehead kaler hitam camgini, lebih agresif dari yang kaler cerah. Wallahualam...





Beralih lak kat parit sebelah, depan tu jer satu sambaran ganas membawa lari lure aku ke bawah. Memang beliau boleh nampak aku berdiri, tapi langsung tidak dipeduli!





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Kuat melawan beliau nie.






Perjalanan diteruskan. Destinasi Heavy Cover lak jadi pilihan.





Best kalau jumpa kawasan heavy cover yang bercampur sedikit kawasan lapang camni.





2 kali sambaran kat sini. Yang pertama tu mis. Yang ke-2 tu baru hook-up. Dapat seekor bakal mama...





Species: Haruan @ Common Snakehead (5th catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Camnie rupa beliau setelah diclear... Ada lagi beberapa spot yang aku terjah, Namun rabut & kebanyakan saiz comel2 jer. Cukuplah dulu setakat nie. Try again next time, insyaallah...






LURE(S) OF THE DAY

 





Untuk misi kali ini aku gunakan kaler hitam oren.









03 August 2015

Snakehead Report (5th week of July 2015)


Tarikh: 29/07/2015 (Rabu) 
Lokasi: Bau, Kuching
Masa  : 8.30am - 1.30pm




Apa khabar korang? I'm backkkkkkkkkk... Fuh, vibrate tangan yang tidak dapat ditahan lagi. Walaupun aku cuti panjang (aku start cuti lepas Hari Raya), namun beberapa trip casting aku rabut, miskol sahaja. Macam hilang rentak lak sebab lama sangat cuti.

Kali ini misi membarau. Lama dah aku tak memburu spesis nie. Hanya masa cast aku 1/2 day jer untuk kali ini. Bersama 2 orang lagi masterji2 iaitu Masterji Louis (as a guide & owner Port nie) & masterji Chia. 

1st time aku cast kat tempat baru, tapi sayang cabang sungai yang berhubung port nie airnya telah keruh (walaupun petang semalam Louis informed aku air jernih), mungkin malam semalam hujan lebat. Tiada sebarau yang berjaya dinaikan kat port nie.

2nd port lak, syukur air jernih. Walau bagaimanapun, hanya miskol jer yang kitorang dapat. Nampaknya sombong lak sebarau kali ini, tapi sang Bujuk lak yang sudi melayan. Strike seekor aku untuk laporan blog kali ini.






2nd port nie. Yang port 1st tak ingat lak nak snap pics.





Nun betul2 kat bawah kayu yang dekat dengan tebing tu kejadian strike itu berlaku...





Seekor jer pengubat vibrate tangan & penyelamat kumpau dalam trip kali ini. Syukur alhamdulillah...





Species: Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Sufix, 20 lb
Lure: Bakau_Chitala Spoon, 12g
Status: C&R





Close-up.





Bagi beliau ambik napas dengan betul dulu & posing sebelum diC&R...





Sebaik sahaja lip grip dibukak, terus mengeluarkan turbo!





With Masterji Chia & Masterji Louis, we all keletihan!




Walaupun misi kali ini tidak berhasil seperti yang diharapkan & lure aku lak banyak terkorban, namun kepuasan dapat cast fresh water camgini bagi aku berbaloi gak. Lumrah pemancing, ada masa strike, ada masa kumpau. Apa2 pun, hero kalah dulu. Siap ko nanti Sebarau!. I'll be backkkkkk...!






 LURE(S) OF THE DAY

Bakau Chitala Spoon 12g kaler krom yang strike tu.












16 June 2015

Snakehead Report (2nd week of Jun 2015) - OFF SEASON FISHING...


Tarikh: 14/06/2015 (Ahad) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 3.00pm - 5.30pm




Selepas balik dari program Hari Keluarga opis aku, hanya ada sedikit waktu untuk aku casting & last casting sebelum Off Season memandangkan minggu depan umat Islam akan memulakan ibadah puasa. So seperti tahun2 sebelumnya jugak, sepanjang bulan puasa nanti aku tak casting.

Misi last ini untuk merasa sentapan penghuni Grade A Riveria, tapi bukan rezeki, snakehead pulak yang sudi. Takpa, janji strike!





Setelah agak lama cast kat kawasan yang luas, aku try kat satu kawasan macam lopak. Mana tauk kan, baby barra menyambar nanti. Tapi sambaran pantas rupanya dari snakehead!



 

Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Zman_"MinowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: C&R





Close-up.





Catch & Release. Sempat gak member aku snap pic nie.





Sekali lagi aku main kat kawasan lopak mencari baby barra & sekali lagi snakehead menyambut panggilan aku da...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Zman_"MinowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: C&R





Ngapa ada kecederaan sebegitu eh? Banyak gak aku jumpa snakehead yang mempunyai kecederaan yang sama. Merempit & melanggar tunggul dalam air agaknya...





Aku teruskan cast kat kawasan berhampiran tepi rumput, pun terus diragut snakehead. Takpe, layan jer.





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Zman_"MinowZ" (Pearl/ Blue Glimmer)
Status: C&R





Close-up. Rakusnya!





2 orang masta sedang beraksi






Aku dah "seram" & standby nak check-out bila time cuaca camgine. Lebih2 lagi bila dah nampak "flash". Diorang nie hermmmm...





 LURE(S) OF THE DAY





Ok guys, itu merupakan tangkapan aku yang terakhir. Aku 'rehat' dulu sepanjang bulan puasa nie & insyaallah sambung balik selepas Hari Raya nanti. Memang bulan puasa merupakan aku punya "OFF SEASON". Thank you sebab sudi singgah & for every Muslim who follow my blog, wherever you are; 

"Salam Ramadhan & Selamat Hari Raya Aidilfitri".