"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

05 October 2015

Snakehead Report (1st week of October 2015) - TEST DRIVE: SENSES_Saviors 50s


Tarikh: 04/10/2015 (Ahad) 
Lokasi: Bau, Sarawak
Masa  : 11.30am - 2.30pm


*TEST DRIVE*



Kali ini satu lagi brand lure aku nak test drive. SENSES - Saviors 50s, dengan mensasarkan ikan Sebarau sebagai bahan ujikaji. Plan yang pada mulanya tak jadi sebab aku mintak tolong member aku - Louis, untuk cek kondisi air sesuai ke tak. Hari sabtu tu dia kata air sangat keruh & besar. So, kensel lah plan aku dengan dia nak membarau...

Nak dijadikan cerita, masa aku cast kat riveria, selepas 4 jam kumpau & tiada miskol, tetiba aku teringat last trip bersama Louis & Chia tempoh hari. Bila kat port Louis air keruh, ada port lain yang mungkin tak berapa keruh. So, terus aku kemas2 barang & pecut lone ranger ke Bau. Malas lak aku nak sound kat Louis takut dia ada plan lain (Port nie korang tak payah tanya - Amanah member supaya dirahsiakan). Sorry guys. Hanya aku boleh kata kat area Bau...





Takleh tahan rasa nak test lure nie setelah diracun bertubi2 dari geng fb. Terbeli gak aku 2 bijik (iye ker "ter" beli?). Treble hook asal aku tukar pakai single hook - VMC (last pic). Aku ikut "petua" dari member yang "meracun" aku pakai Saviors 50s nie - kat perut pakai hook #4 & kat ekor pakai hook #2.





Cuma aku dapat test kat 2 lokasi sahaja. Sebab plan aku pun malas nak cast lama2 memandangkan kondisi air yang belum osem ke tahap maksima. Lokasi pertama aku kumpau & tiada miskol. Yang nie lokasi ke-2. Air bergerak perlahan & kaler gelap kehijauan.
1st lure aku test kaler Fire Tiger, namun setelah beberap kali cast, takde sambutan. Kemudian aku tukar kaler lak pakai 2nd lure kaler White Tiger. 3, 4 kali cast gitu, aku lihat ada susuk yang tak jelas memfollow lure aku sekerat jalan. Kemudian aku repeat baling balik ke laluan yang sama.






Kali ini aku biar lure tenggelam lama sikit, karau sedang2 laju + twitch sikit & tiba2, 1 sambaran manja beberapa saat yang bertukar jadi ganas setelah aku sentap rod. Yes, strike bebeh! Aku dah tersenyum mengharap Sebarau kasar menyambar lure aku. Kemudian... masa beliau memecut naik ke permukaan, baru namapak - Bujuk rupanya. Tak kesah lah, Bujuk pun Bujuklah.. Janji strike & tak kumpau!





Species: Bujuk @ Forest Snakehead (Channa Lucius), 42cm
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line (4X), 18 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_Saviors 50s
Status: C&R





Close-up. 42cm dan berat agak2 dalam 800g gitu. Larian jarak dekat yang padu & bahaya. hanya seekor ini sahaja yang berjaya dinaikan walaupun rabut seekor lagi kat port yang berdekatan. Syukur...





LURE(S) OF THE DAY

Tidak mengecewakan! Memang terbaik aksi SENSES Saviors 50s nie. Strike kali ini aku gunakan kaler White Tiger. Berat 6.5g tapi mampu terbang jauh (duet bersama Daiwa Alphas 103L) dalam kelas lure 50cm. Rasa "ringan yang berat", padat bagi aku. Lebih osem pergerakan jika guna BC yang punyai ratio 6 ke atas. Kalau dana dah cukup, aku nak tambah lagi lure nie. Hehe...




VMC (inline hook) single hook yang menjadi pilihan aku, #4 & #2.










No comments:

Post a Comment