"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

01 October 2015

Snakehead Report (5th week of September 2015)


Tarikh: 30/09/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 6.45pm



Short cast hari nie agak lewat bermula. Lepas balik kerja & selesai semua urusan pukul 6pm baru dapat turun. Dari rumah nak ke port dah 10 minit gitu. Tu belum start cast lagi. Kena cari spot snakehead lagi... Cast punya cast, 6.30pm lebih kurang dah Maghrib. 15 minit jer cast???

Macam tulah masa yang aku ada bila short cast. Purata 30 minit lah. Semalam jer aku terjah port yang lama dah aku tak terjah & jauh sikit dari port biasa aku cast. Nak buat camna, tempat kerja jauh dari rumah, jalan jem lagi. Hrmmmm...

Pasal tulah MASA amat bermakna bagi aku & pasal tu jugaklah kalau korang peratikan masa aku turun hardcore cast, lepas Subuh aku dah turun lone ranger & balik time Maghrib. 2 kali seminggu jer aku cast (biasanya hari Rabu - short cast & hari Ahad - hardcore cast). Bukan apa taknak hari2, komitmen kat keluarga gak kena ada. Bertuahlah korang yang dapat cast hari2...

*Gambar tak berapa clear kali ini sebab hari dah nak gelap. Aku edit untuk bagi terang sikit imej. Kalau ikut tak berapa nak nampaklah...*





Memang lama sangat aku dah tak ke sini. Agak jauh sedikit dari rumah & lokasi port biasa aku cast. Dulu kat sini antara port yang "gemilang" jugaklah. Tapi bila aku sampai kebanyakan parit dah dilitupi rumput yang tegak berdiri. Kalau ada masa panjang sikit, aku nak try round abis kat kampung nie cari port yang berpotensi.





Port nie sebenarnya aku tak perasan. Leka asyik perati parit kiri kanan, terlepas lak port nie. Hanya sebelum balik tu (last cast) aku terpandang port nie & kat sinilah 1 strike berlaku yang turut memakan masa aku nak naikan kerana snakehead melarikan diri bawah rumput tebal!





Aku ingatkan kasar sangat saiznya. Maklumlah masa tarik beliau keluar dari bawah rumput berat semacam. Dari hari bercahaya sikit sampai dah nak hilang cahaya baru dapat dinaikkan. Itupun aku kena guna kayu panjang untuk tarik rumput tebal tu.





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Shimano_Caenan 101
Line: Omga_Aka 15 lb mono
Leader: -
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Sorry for this low quality image. Janji strike. Hahaha...








 LURE(S) OF THE DAY


Khidmat si putih masih lagi cemerlang.











No comments:

Post a Comment