"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label SHIMANO_Metanium XG. Show all posts
Showing posts with label SHIMANO_Metanium XG. Show all posts

09 July 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #25/2018


Tarikh  : 08/07/2018 (Ahad)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.15am - 6.30pm


 
Dalam kesamaran sang mentari baru nak menyinari alam, seawal 6.15 pagi aku dah tercegat di tasik Desa Ilmu. Baik cuaca pagi ini. Aku peratikan boiling2 yang agak "ok" berbanding minggu2 lepas...




Suasana time kebiasaan aku start cast di Tasik Desa Ilmu... Walaupun cahaya mentari baru nak bersinar, rengit (agas)/nyamuk masih banyak jugak berkeliaran.




Ada sedikit kemeriahan boiling Tarpon di sana sini. Part paling aku geram, time aku dah cast & tengah retived, time tulah si "sirip besar" (spesis yang masih belum diketahui. Ada kemungkinan Bandang @ Ladyfish) tu muncul tak berapa jauh. Haishhhh... Selalu jadi camgini tau! Bila aku dah ready nak cast, sekali lagi "sirip besar" muncul berdekatan jugak, terus aku cast & time tu jugaklah birdnest! Arghhhhhhh... ketahian apakah ini?! Geram wei....!!! Bila dah agak lama cast kurang berhasil, satu boiling kelihatan tak berapa jauh dari tempat aku berdiri nie, dengan cepat aku cast ke situ & retrived laju2. Macam takde respon jer... tetiba lure aku disambar rakus! Yes, fish on...




Pada mulanya dalam samar2 aku ingatkan Toman bujang rempit yang menyambar & memecut laju. Kemudian semakin dekat barulah aksi akrobatik keluar! Perghhhhhhh... kasar jugak kali nie. Aku layan dengan tenang pun lagi sekali beliau membuat aksi akrobatik. Namun akhirnya, berjaya jugak dijinakan! Wohooo... nice catch!




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : Ichiban, 20 lbs
Leader :
Tri-Poseidon, 10 lbs
Lure     :
Clouser (+ sinker size 3.0)




Yes, 43cm kali ini! Lebih 3cm dari hasil minggu lepas. Takpe, slow & steady insyaallah tercapai jugak target 50cm & ke atas nanti...




Sampai pukul 10.30am camtu tida lagi hasil & boiling2 pun semakin menghilang. Kemudian aku plan nak sambung ke Taman Sukma nanti selepas berehat  kepanasan... Bila aku sampai kat Taman Sukma, besar pulak air! Lama aku lepak kat bawah pokok perati boiling namun boleh dikatakan tiada langsung! Nampak gayanya aku kena patah balik ke Tasik Desa Ilmu... Sebelum tu sempat lagi singgah ke port Tarpon di Tabuan Desa, surut pulak! Hrmmm... Sekali lagi aku sampai kat Tasik Desa Ilmu untuk separuh masa ke-2. Lama lah jugak cast namun tiada boiling yang meriah sampai ke petang. Kalau dulu dah lewat petang banyak jugak boiling. Memang aku perati di sebelah awal pagi lagi meriah kat sini. Bila dah jam 6.30pm, aku putuskan untuk stop setelah 12 jam melayan hobi aku nie. Syukurlah dengan hasil kasar walaupun seekor.








  LURE(S) OF THE DAY

Clouser




Sinker








 Ragging Baitfly/Spinfly @ Setup untuk Clouser








26 December 2017

Taman Sukma Strike 01/2017: Tarpon & Unlocked License Ikan Betutu @ Ketutu @ Marble Goby


Tarikh  : 24/12/2017 (Ahad)
Lokasi : Taman Sukma, Kuching
Masa   : 6.15am - 1.30pm



Macam biasa aku mulakan cast seawal pagi di Tasik Desa Ilmu dalam misi mencari Tarpon. Kali ini aku menggunakan lure minnow baru tapi malangnya hanya 2 kali Tarpon hampir2 menyambar. Semakin dekat dengan kejayaan walaupun kumpau. Dah nampak potensi lure tu. Lepas 3 jam lebih kurang & tiada lagi sambutan, aku menukar ke lokasi baru - Taman Sukma, Kuching.




Selalunya aku "pass" jer Taman Sukma nie. Tapi hari nie memang aku dah plan mencuba layan kat sini. Seingat aku nie kali ke-2 aku cast kat sini. 1st time dulu segala rumput meninggi bagai kat tebing & dalam sungai nie. Beberapa minggu lepas, kazen aku bagitau kawasan nie dah diclear. Tulah pasal aku biarkan bagi "tempoh bertenang" sikit...





FYI, rumah bapak saudara & kazen aku tak jauh kat hujung2 tu. Memang tepi sungai. "Arum bulak" (kata orang Sarawak) korang boleh baling lure terus dari tingkap dapur. Hahaha... Bestkan rumah tepi sungai.





Lure jenis minnow, popper dicuba namun tiada efek. Pastu try pakai clouser ada kelihatan kelibat menyambar namun asyik miss jer & ada lagi kes singker dicium. Tukar lagi lure & kali ini aku menggunakan sp Cultiva Ring Kick Tail pulak. Baru beberapa kali cast, terus strike seekor saiz kasar. Perghhhhh...! Untuk mengelak kesilapan rabut masa strike, hujung rod terus aku rendahkan & tali aku pastikan sentiasa tegang otomatik. Hanya sekali 2 aksi akrobatik dibuat. Ngam2 naik kat tebing beliau meronta & terus terlepas dari hook. Nasib baik dah atas darat. Selamat...





Species : Tarpon @ Ikan Bulan (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau buat lauk




Akhirnya walaupun masih gagal memujuk Tarpon tasik Desa Ilmu, Tarpon Sukma pula yang memberi kerjasama.





Masa aku solo cast, ada gak caster yang datang & cast kat sini. Apa lagi, terus jadi cameraman aku. TQ bro. Hahaha...





Air dah mula surut. Kali ini aku cast sedekat dengan tebing seberang tu. Aku biarkan lure jatuh sampai ke dasar. Aku retrive berterusan tanpa jerk secara perlahan & terus disentap sesuatu. Yes, strike lagi. Pada mulanya aku sangkakan Tarpon jugak, otomatik aku rendahkan hujung rod. Semakin dekat tiada pulak aksi akrobatik. Kemudian nampak kelibat hitam2 gitu. Hoh, ikan DBKU nie kata hati aku. FYI kat sini ikan DBKU (Dewan Bandaraya Kuching Utara) tu adalah istilah bagi ikan yang selalu sedut makanan kat dasar akuarium tu. Ala yang bentuk macam kapal angkasa tu. Ikan Sapu-sapu ke apa nama dia...





Bila dah semakin dekat & jelas, barulah kelihatan ikan yang sebenar. Betutu @ Ketutu @ Marble Goby! Wahhhhh... Lesen nie. 1st time aku dapat spesis nie. Gembira sangat2 beb!





Species : Marble Goby @ Ikan Betutu @ Ikan Ketutu (2nd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau buat lauk





Macam2 gak nama ikan nie. Kalau kat sini dipanggil Betutu. Kat Semenanjung dipanggil Ketutu. Ada gak yang panggil Ikan Ubi / Haruan Bodoh. Arghhhh lantaklan nama beliau. Janji aku dah ada lesen! Hahaha...





Time nie hari hujan on off on off tapi taklah lebat sangat. Nampaknya dah kurang sikit Tarpon bermain di permukaan. Mungkin faktor hujan mempengaruhi keaktifannya bermain atau mencari makan???. Bila nampak Tarpon membuat boiling, terus aku cast lure ke depan sikit. Retrive & jerk berulang2 & kali ini disentap lagi...





Yes, strike ke-3. Sebelum beliau membuat aksi akrobatik, hujung rod aku terus rendahkan. Kali ini bekali2 gak aksi akrobatik dibuat. Jangan dilayan sangat sebab mulut saiz camgini lembut & cepat koyak. Secepat yang boleh try bawak ke darat.





Species : Tarpon @ Ikan Bulan (3rd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau buat lauk





Lagi sekali kes lucut sampai kat darat. Kan dah cakap tadi mulut dia lembut & cepat koyak. Nasib baik tak lucut time dia buat aksi akrobatik tu...




Inilah tangkapan aku yang terakhir. Aku terpaksa menghentikan cast lebih awal. Hanya setengah hari jer aku cast kali ini disebabkan dah berapa ratus kali aku menguap tak cukup tido. 3 jam lebih jer aku tidur semalam sebab jahit beg koyak & terlayan rancangan Running Man! Tambah2 lagi hujan on off on off tu. Dalam perjalanan balik pun menguap berkali2 lagi... Sampai di rumah, sempat lagi aku siang ikan2 nie terlebih dahulu. Aku plan esok jer masak buat lunch. Pastu aku tido sebab dah low batt sangat! Dapat tido sejam lebih kurang, barulah segar balik.






 LURE(S) OF THE DAY










22 December 2017

Snakehead Report (3rd weeks of December 2017)


Tarikh  : 16/12/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 6.00am - 4.00pm



Masih lagi kumpau Tarpon Desa Ilmu... Degil sungguh Tarpon kat sini. Hanya sempat merasa "patukan" yang aku rasa Tarpon tu cium singker & bukannya kat lure ketika aku menggunakan clouser... Last2, jadi misi Snakehead balik. Layan jer lah...




Seawal 6.00am aku dah berada di sini. Walaupun cuaca agak bagus, namun boiling Tarpon agak kurang.





Anak2 Toman bermain. Time nie aku pakai lure clouser. Seronok tengok anak2 Toman yang semakin bujang mengejar clouser. Tapi miss jer sambarannya. Masa nie aku target Tarpon, so aku abaikan Toman kat sini. Bila hari semakin terang, tak jauh kat sinilah boiling Tarpon yang aku rasa hanya mencium singker yang aku gunakan pastu senyap kembali... Habis dah tasik nie aku pusing namun tiada seekor Tarpon yang berjaya dinaikan. Misi seterusnya - layan Snakehead kat sawah padi...





Sebenarnya masa cast kat Tasik Desa Ilmu tu terserempak dengan Hafiz. So sama2lah kita orang komplot. Dia nak main Snakehead kat sini. Sampai jer kat port, cantik air camgini. Cast kat hujung rumput tu, terus disambar tapi rabut. Mula aktiviti memujuk...





Kali ke-2 cast, masih rabut jugak. Then cast kali ke-3, barulah berjaya dinaikan. Degil betul...





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : Bagi kat Pakcik





Telan jangan tak telan!





Snakehead yang aku dapat nie aku bagi kat pakcik tu. Dia yang mengusahakan sawah padi tempat aku cast nie. Sebelum dia meracun tu, dia tengah duduk tengok aku cast & masa aku bagi kat dia Snakehead tu, dia tanya, aku tak makan ke? Dengan penuh kompiden aku jawap selamba biawak - aku carik yang besar lagi! Perghhhhhh... Eksen ko Jah!





Masih lagi di tempat yang sama, kali ini aku cast selari dengan tebing belah kiri di hujung teratai tu. Sesuatu meluru pantas...





...dan akhirnya terstrike lebih kurang saiz yang tadi jugak.





Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : Bagi kat Pakcik





Bagi lagi kat pakcik tadi jugak. Pakcik tu terima dengan "gelen" yang terbuka...





Lagi di kawasan yang sama, sebelah dari port yang mula2 tadi. Bila ada sambaran yang miss, aku tukar teknik retrive. Kali ini aku retive & jerk sekali dua & pause dalam 3, 4 saat. Ulang proses...





... maka tergodalah "stalker" kat bawah air tu. Strike ke-3!





Species : Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : Bagi kat Pakcik





Ditelan kemas & aku bagi kat pakcik jugak (hrmmm... bilalah agaknya nak dapat saiz "lauk" bagi aku nie?). Lama jugak layan kat sini di tengah2 kepanasan melampau. Hafiz lak rabut memanjang katanya. Memandangkan dia nak meghadiri kenduri, so di stop cast. Tinggallah aku solo cast cam rutin biasa. Tukar tempat lain lak...





Sebenarnya dah khatam semua port aku gi & cast, namun rabut memanjang. Time nie jam dah nak pukul 4.00pm. OTW nak balik, aku repeat kat port2 yang aku rabut tu. Al-kisahnya, lure Eupro aku akhirnya sangkut & putus di lokasi yang agak payah jugak untuk membuat operasi menyelamat. So, aku pakai mana yang ada. Sekali cast...





... & terus strike Snakehead yang ke-4.





Species : Haruan @ Common Snakehead (4th catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : C&R





Kemas mencakup di hujung mulut. Yang nie selamat diC&R.





Sebelum menamatkan misi, memang nie port yang terakhir aku nak cast. Rasa macam takde harapan nak dapat saiz lauk idaman. Cast tengah2, ada sambaran kecil tapi miss. Bekali2 gak pujuk namun tiada lagi kelibatnya di situ. Kemudian aku cast nun di hujung keladi air tu, tetiba letupan kasar menelan lure aku. Terus aku sentap kuat sikit.





Akhirnya saiz lauk idaman berjaya dinaikan. Yes, alhamdulillah...





Species : Haruan @ Common Snakehead (5th catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : Tapau





Good size. Rezeki di minit2 terakhir masa kecederaan... Bila difikir2 balik, mungkin berkongsi rezeki dengan pakcik tadi akhirnya turn rezeki aku pulak. Subahanallah...  #SyukurSelalu.





Cukuplah seekor tu. Tak perlu nak tamat sangat. Lagipun family kat rumah tu bukan makan pun. Aku sorang gak yang membelasah nanti. Sebelum sampai rumah, aku gi kedai & membelasah air tin nie. Memang hari panas sangat. Rasa cam hydrate. So, kena pump balik energy. Ini bukan sponsor atau  iklan berbayar tau! 







LURE(S) OF THE DAY