"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

16 October 2017

Snakehead Report (2nd weeks of October 2017), Desa Ilmu Strike 01/2017 - TEST DRIVE: Drave Guerrero 90 Lure


Tarikh  : 12/10/2017 (Khamis)
Lokasi : Desa Ilmu, Kota Samarahan
Masa   : 6.45am - 10.00am



2 3 menjak kebelakangan nie kecoh balik happening Toman bawak anak nya jejalan pusing2 kat kolam Desa Ilmu. Dah ada pun caster yang menaikan serta lepas diphotography, diorang C&R. Respek aku kat diorang. Diorang nie sememangnya tahu populasi Toman kat sini semakin sedikit disebabkan sebilangan pemancing yang asyik menapau jer kejadahnya. Mereka nie berfikir menggunakan "perut", bukannya otak! Bukan nak kata aku nie antiTapau, aku pun tapau jugak cari lauk... Tapi agak2lah, tengok lokasi & populasi... Dahlah kolam nie bukan besar sangat cam kat Prima tu. Ini jer port yang dekat bagi caster sekitar Kota Samarahan nak fight Toman. Kalau dah pupus cam mana? Terpaksa gi lagi port yang jauh2! 

Back to the story, kebetulannya Mem outstation. Mak mertua pun outstation. So, terpaksalah aku apply cuti nak jaga budak 2 orang tu (kebetulan & terpaksalah sangat! Hehehe...). 3 hari aku amik cuti. Pagi hari pertama tu lure aku hanya dicium sahaja. Dan kenalan baru lak yang strike Toman. Aku tolong melipgripkan jer. Bila member dah dapat, aku tukar lokasi dulu sebab nak bagi tempoh bertenang kat Toman2 situ.

Aku ke Riveria & Tambak Bako - kumpau seperti yang dirancangkan! Agak2 dalam kul 2 lebih tu aku kembali ke kolam Desa Ilmu. Kejar balik boiling, namun hampa, tak diendah terus lure aku, walaupun aku tukar2 lure dari jenis pencil, sp, popper. Agaknya beliau masih fobia. Balik jerlah esok masih ada...





Hari ke-2... Tak lena tido semalam teringat Toman member. So, lepas hantar anak2 aku ke sekolah & rumah penjaga, aku ke sini lagi untuk menyambung misi. Time nie dah kali ke berapa aku tawaf kolam tu mengejar boiling. Bila dicast taknak sambar. Lari lagi...





Kejar lagi sampai kat sasaran & cast, tukar2 lure, pun taknak sambar. Kelibat beliau amik napas memang boleh nampak, tapi kuat betul iman beliau dari godaan... Pastu lari lagi... Kejar lagi!





Entah dah berapa kilo lemak aku cair & peluh aku melilih, last2 aku park kat bawah pokok buluh sambil memerhati boiling kat tengah2 pulau tu. Dah cam sniper lak aku skodeng musuh... Lama gak beliau main kat sini. Takpe, peluang untuk aku berehat sambil recover balik energy.





Mulanya aku lihat boiling tu menuju ke teluk yang ke-2 tu, so aku kejar semula, cast & masih tiada sambutan. Agak lama aku memujuk dengan bertukar2 lure lagi, masih tiada perubahan. Kemudian beliau lari lagi macam nak menuju ke pulau tu balik. Pastu beliau menukar arah. Aku follow cam budak2 main sorok2 & kejar2.





... sehingga boiling tu main kat teluk belah nie pulak (gambar zoom). Kat sini kaw2 aku pujuk & kepong kawasan agar beliau tak lari jauh lagi. Penat nak kejar wei!!! Pencil, buzzbait, JF aku guna berulang2. Last2 aku maintain pakai pencil merangkap popper. Bila boiling tu macam nak keluar dari kawasan yang aku kepong, aku kacau lagi bagi dia masuk balik & main kat teluk tu sahaja. Jahatnya! Hahaha...





Entah kali ke belas ratus berapa cast & semua teknik walk-the-dog, jumping, popping dikeluar (yang mana satu tah!), barulah lure Drave Guerrero aku disambar ganas! Hilang jugak sabar beliau akhirnya. Yes baby, fish on! Mulalah aksi fight sambil snap pic (payah wo nak snap & fight at the same time!).





Nampak dah kelibat beliau setelah beliau main sembunyi2 dalam samai tebal kat bawah2 tu. Punyalah lama nak pujuk beliau keluar dari samai! Bila dah dekat ke darat, beliau mengeluarkan turbo memecut laju. Perghhh, masih bertenaga!





Drag aku tak nak lock 100%. Memang bagi loose sikit. Kemudian barulah tenaga beliau berkurangan & mula bertenang.





Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga aku jinakan! Berbaloi penat lelah cair lemak lilih peluh main kejar2 pusing kolam dengan beliau. Puasati tak terkata beb! Spesis corak kaler hijau hitam dah dalam senarai. Nak cari yang corak kaler gold hitam lak. Peberet aku kaler tu... 





Species : Toman @ Giant Snakehead 
Rod       : Eupro_Channa Killer, PE3
Reel      : Ajiking_Boxster
Line      : Yo-zuri_Hybrid, 25 lb (mono)
Lure     : Drave_Guerrero 90
Status  : C&R





Hoh, ngam2 sama panjang dengan measurement tape - 70cm.





Tu dia, terkaman dari sisi hujung mulut, mencakup kemas treble hook lure Drave Guerrero 90. Beraksi mantap juga gabungan rod Eupro Channa Killer PE3 & bc Ajiking Boxster tu. Barulah dapat diuji sepenuh ketika aksi fight & menarik keluar Toman dari samai tebal. Berbaloi dimiliki dengan harga mampu milik.





Rasa tercabut tangan kiri nak angkat sambil tangan kanan snap pic. Sempat disnap 3.45kg.




Selepas puas snap2 pic, belai2 manja, aku C&R semula dekat dengan boiling anak2 nya. Lepas beliau berenang menuju ke anak2nya, baru aku teringat lupa nak snap pic masa diC&R. Arghhhhhhhh... hampeh betul! Terlebih excited hingga lupa nak snap moment penting tu. Tak lengkap pulak rasa koleksi pic... 

Takpa, yang penting bagi aku, aku dah buat part aku, C&R bagi spesis yang kurang nie di lokasi yang terhad... Setahun lebih aku menunggu, last aku dapat kat sini saiz baru2 nak up (klik sini untuk kenangan mengusik jiwa tu), sebelum dapat saiz fight camgini. Masih ada berbaki 1 hari lagi cuti, so aku gunakan untuk betul2 "cuti" beb. Belakang dah rasa macam apa sejak 2 hari menghayun set heavy. Macam nak tumbuh jer sayap! 






ULASAN TEST DRIVE:
 LURE(S) OF THE DAY

Baru hanyir... Cedera jugak beliau dihentam sang mama. Apa yang boleh aku katakan, lure Drave ini boleh beraksi walk-the-dog bila dikarau sedang2, boleh membuat aksi ala2 jumping bila dikarau & jerk cepat serta boleh beraksi ngepop (popping) bila dijerk pelan2. 3 in 1 action. Memang berbaloi dimiliki. Rasa cam nak angkat saiz besar lak pasnie. Hrmmmmm... Good job Guerrero!





09 October 2017

Snakehead Report (1st week of October 2017) - TEST DRIVE: Rod EUPRO Channa Killer PE3 & AJIKING Boxster


Tarikh  : 07/10/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 6.00am - 5.00pm



Lama tak update? Apa lagi, sebab sumpahan kumpau berpanjanganlah... 3 minggu kumpau & minggu ke-4 aku tidak cast sebab kerja - outsatation. So, minggu nie masuk minggu ke-5 semenjak kumpau tempohari.

Pagi ini cam biasa aku ke Riveria. Hanya dicium manja jer lure aku. Lama gak aku kat situ. Memandangkan aku cast 1/2 day jer (sebab Mem nak pakai kereta), so menjelang tengah hari, aku pecut ke Samarahan jer main snakehead.

Masa tengah cast, mem message - dia tak jadi nak pakai kereta (pulak! - rosak lagi program asal nak pecut ke Belungei). Geram sangat aku hari nie, masa strike seekor saiz layan, time aku sentap tu, boleh pulak tali mainline putus (meletup)! Terkorban lagi untuk kali ke-2 lure kesayangan aku (SureCatch tiny frog). Dah 2 kali kes camgini berlaku. Kali ini memang sah sesah sah nya tali tu LANGSUNG TAK BAGUS! Bawah nanti aku review tali durjana tersebut. Siap kau!
*Tengah amarah amat nie!!!

Balik ke rumah aku rehat jap (melabor - dahlah sakit hati, sakit pulak perut), pastu aku tukar set. Kali ini aku keluarkan set Heavy Cover. Stat motosikal terus memecut ke Empila, untuk separuh masa ke-2!




Sampai kat Empila, banyak dah pokok sawit membesar. Parit pun semakin sempit ditumbuhi rumput lalang. Boleh dikatakan dah tak berjaga tempat tu. Pun begitu parit-parit yang besar masih ada gak penghuni. Beberapa kali rabut saiz yang comel2, semasa aku gunakan lure z-man. Kemudian aku tengok ada seekor frogy yang khas untuk aku menoman sebenarnya dalam tackle box. So aku hentam sajalah memandangkan tu jer frogy yang ada. Beberapa kali gak letupan rabut kat sini. Kali ini masa aku main perlahan, satu lagi sambaran & terus aku sentap sekuat hati sepenuh jiwa raga...





Syukur, alhamdulillah... setelah lama sumpahan kumpau, strike juga seekor.





Species : Haruan @ Common Snakehead 
Rod       : Eupro_Channa Killer, PE3
Reel      : Ajiking_Boxster
Line      : Yo-zuri_Hybrid, 25 lb (mono)
Lure     : Seahawk_Pop Hollow Frogie
Status  : Tapau @ Take Away buat sup...





Baru hanyir jugak lure aku nie. Hahaha... Dengan saiz 5.6cm & berat 12.5g, bagi aku sesuai jugak untuk permainan heavy. Kalau aku gunakan tali braided berbanding mono, mungkin dapat baling jauh lagi lure nie.





Tak terasa dari pukul 2.30pm - 5.00pm. Memandangkan hari dah nak ribut, aku buat keputusan untuk balik jer. Biarpun kali ini hanya berhasil dengan seekor strike, I'll be back dengan stok lure kesayangan nanti. Tak puas sebenarnya datang jauh2 dapat cast 1/2 day jer. Kena 1 whole day jugak.








ULASAN TEST DRIVE:
 
(Credit photo: Internet). Rod idaman buat aku main heavy cover. Ganding dengan lure yang berat memang sesuai sangat nie. Walaupun belum diuji sepenuhnya dengan saiz megatron, namun part "berumbak" (Royal Rumble) tu memang tak bagi can lah. Suka sangat woo...





Baitcast bajet yang cun gak main kasar! Taklah terlampau berat bagi aku. Hanya banyak birdnest sebab aku guna tali mono. Bila dah makin lama cast, korang akan jumpa tune yang betul sekaligus mengurangkan birdnest.





Tali mono yang aku gandingkan dengan set heavy. Ada berat sikit tapi spring (keanjalan) tali yang tak berspring sangat tu aku suka. Aku tak suka pakai tali yang kuat sangat spring nya. Macam rasa tak jitu, tak mantap & tak padat time disentap.





Huh, nie dia tali DURJANA yang aku MENYAMPAH SANGAT tu! Cepat sangat berbulu & mudah meletup! Sorry to say beb, out of my list forever... Dah aku buang pun tali nie. Tak berbaloi. Tak boleh nak sentap kuat sikit, kena sentap manja2 cam pondan! Tak ubah seperti drama kat tv yang heronya acah2 sado romatik menyampah! Marah bena aku wei... Mau taknya marah, bila 2 kali lure kesayangan yang masih baru terkorban!






LURE(S) OF THE DAY

5.6cm (55mm), 12.5g - lure nie aku dapat masa menang peraduan dulu. Klik sini untuk kenangan mengusik jiwa tu...