"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Team Seahawk Bass 103L. Show all posts
Showing posts with label Team Seahawk Bass 103L. Show all posts

17 September 2015

Snakehead Report (2nd week of September 2015)


Tarikh: 13/09/2015 (Ahad) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 4.00pm - 6.00pm



Trip Saltwater lone ranger aku kali ini kumpau. Sejak awal pagi lagi aku dah ke beberapa tempat yang aku biasa cast seperti di Riveria. Bila kumpau kat Riveria aku cast kat Tambak Pending, pun kumpau. Kemudian kat Tambak Bako, kumpau lagi. Last port kat Sungai Rengit, hoh takde rejeki, kumpau untuk sekian kalinya.

So, sebagai pengubat kumpau, aku main freshwater lak layan snakehead. Misi aku kali ini, aku nak tapau sekor buat sup! 






Lokasi pertama. Air semakin kering tapi tumbuhan (pa nama tu, tah!) makin banyak.





Setiap "opening" tu biasanya tempat snakehead suka ambush. Opening sebelah kiri sekali tempat beliau bersembunyi! 1st cast rabut. Lama gak pujuk, kemudian baru strike!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Saiz yang belum cukup sesuai untuk buat sup, so aku C&R. Kemudian aku berpindah kat tempat lain lak lepas takde lagi miskol dari penghuni lain kat sini.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Hoh, yang nie dari kawasan kangkung yang air nya agak cetek mengejar lure aku dengan ganas.





Lokasi ke-2. Pun aku rasa saiz yang perlu di C&R jugak... Takpe, cari kat tempat lain lak.





Lokasi ke-3. Semakin cetek air nie sebab dah lama tak hujan.





Potensi kawasan ambush yang banyak walaupun air jernih, namun tiada sambutan pada mulanya. Tetiba satu serangan berserta gelombang dari sebelah kanan kat hujung2 tu yang rabut pada mulanya. Kemudian aku pujuk lagi & kali ke-3 baru strike!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Tapau @ Take away





Close-up.





Good size. Akhirnya saiz ngam untuk ditapau & dijadikan sup. Alhamdulillah...





Lepas tiada lagi strike lain, aku gi tengok kat tempat kejadian. Rupa2nya beliau bawak kat bawah akar tu. Patutlah payah gak aku tarik keluar masa strike. Kena lak rod setting light! Misi mencari lauk buat sup tercapai. Cukuplah dulu. TAPAU IKUT KEPERLUAN, BUKAN IKUT PERASAAN! Ingat tu...





LURE(S) OF THE DAY



Orange Head.








07 September 2015

Snakehead Report (1st week of September 2015)


Tarikh: 02/09/2015 (Rabu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 6.45pm



Malam tadi & awal paginya hujan yang sangat lebat. Otomatik aku teringat kat snakehead di kawasan yang aku rabut saiz kasar 2 hari lepas. Tertanya2 gak aku bagaimana keadaan beliau? Sihat ke? Tak lemas ke? Maklumlah air besar sangat.

Tak boleh jadi nie. Plan aku nak cast jap balik kerja nanti untuk memastikan situasi terkawal (ceh...ceh...ceh!). Member aku si Sarip berminat untuk turut serta dalam operasi merisik kubu musuh nie. Senjata dah disedia, hanya berbekal 45 minit lebih kurang Ops dimulakan...





Beberapa tempat dah dicast. Ada gak rabut & sambaran kecil. Air dah semakin naik nampaknya.





Atas sikit dari tempat aku cast, tetiba kedengaran suara si Sarip bersorak kegumbiraan. Perghhhhh, beliau strike saiz kasar berskala 49cm & aku percaya inilah megatron tu yang aku rabut 2 hari lepas. Tahniah Sarip! - (C&R).





Jelas keceriaan terpancar "...pada syurga di wajah mu, tiada tanda kau berdosa... Kau menahan segala siksa, di hati hanya berdoa...", Aishhhhh... termenyanyi le pulak! Lama dah tak dapat saiz camgini kata beliau. Aku turut tumpang gembira & tumpang berselfie.





Ada "bebola" baby snakehead kat teratai tu. Anak si mama tadi. Masa Sarip cast kat situ masih ada sambaran tak hook-up. Agaknya si abah nya pulak?! Pastu tiada lagi sambaran.





Kemudian turn aku lak strike tak jauh dari tempat Sarip. Setelah beberapa kali rabut, naik gak seekor saiz Gila-Gila Remaja. Yes, word of the day: "Aku Tak Kumpau!!!"





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Seekor nie jer aku dapat. Bolehlah buat ilang gian 45 minit...









LURE(S) OF THE DAY


Si kepala oren berjasa kali ini...










01 September 2015

Snakehead Report (6th week of August 2015)


Tarikh: 31/08/2015 (Isnin) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 5.15pm - 6.45pm



Kalau diikut, hari Sabtu, Ahad & Isnin bila aku cek Tide & Current, memang mables sangat kondisi air time nie. Aku dah plan nak ke Belungei, Lundu dalam misi membalas dendam. Apakan daya, kita mampu merancang, tapi Tuhan menentukan. Last day nak hujung minggu tu (hari Jumaat), anak ke-2 aku lak kurang sihat (demam & ulser). Bye2 my plan!
*Menangis dalam hati*.

Mertua aku lak ada urusan di Semenanjung, takkan aku nak biar mem sorang2 jaga si kecik tu. Maka, aku kensel xtvt casting hujung minggu tersebut. Hari Sabtu, Ahad masih tiada perubahan tahap kesihatannya. Hari Isnin, baru ada nampak perubahan sikit. Namun aku hanya cast melepas gian kat port dekat2 jer dalam waktu yang singkat di sebelah petang. Apa lagi, layan snakehead jerlah jawapnya...





Hujan lebat malam & pagi sebelumnya menyebabkan air agak tinggi. Kawasan parit nie baru jer lepas digali dalam 2 3 minggu lepas. Rumput, samai, teratai baru nak tumbuh balik. Baru sekali cast, ada "Ombak Rindu" tetiba memecut dari kiri mengejar jf yang aku retrive dengan kelajuan cahaya!





Tanpa menekan brake, bammmm! Beliau terus menyondol jf (jump frog) aku & dengan selamba biawak aku hook-up terus tanpa membiarkan  2 3 saat. Kalau pakai jenis soft froggy tu kena biar 2 3 saat dulu sebelum menghook-up. Kali ini aku gunakan jf, tak perlu menunggu. Terus hook-up bila dah diterkam gitu. Naissssssss... Saiz best layan (40 cm).





Species: Haruan @ Common Snakehead 
Rod: Okuma_Nemesis (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Siam Spoon_TT Lure
Status: C&R





Close-up. Hanya seekor nie jer yang dapat. Rabut seekor saiz yang lebih kasar dari nie bila aku gunakan soft froggy lure. Aku rasa kat kaki jer kena gigit. Takpe, next time bebeh...







 LURE(S) OF THE DAY

Siam Spoon_TT Lure. Lure snakehead paling otai dalam tackle box aku nie. Walaupun tak berapa nak "jump" sangat, berjasa jugak beliau.









17 August 2015

Snakehead Report (3rd week of August 2015)


Tarikh: 15/08/2015 (Sabtu) 
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 3.45pm - 6.30pm



Aku sambung casting dari pagi, dari Belungei ke Riveria. Kumpau di Riveria & sebelum balik aku nak layan snakehead dulu. Aku target nak tapau seekor sebab dah lama tak makan snakehead. Lagipun "Ilmu Penunduk Snakehead" mensyaratkan aku mesti makan seekor agar ilmu tersebut terus mantap! Cehhhhhh... kurafat sungguh bunyinya. Banyaklah aku punya ilmu! Puhahaha....






Lama dah aku tak main kat port nie. Heavy cover sangat jadinya. Ada sedikit kawasan yang clear camgini yang wajib ditry.





Fuhyooooo... Sepanjang tu heavy cover. Sepanjang tu gak aku try dengan set ala2 heavy sikit. A few sambaran kecil yang tidak strike kat sini.





Kat sini sambaran sang Mama sekadar "menghalau" lure aku. Aku kat begitu sebab dalam 1 serangan 2 kali beliau cuba 'acah2' jer nak sambar walaupun aku dah pause jap & twitch lagi. Rupa2nya ada anak2 beliau main kat situ. Aku terus mencuba lagi & lagi, tiba2, 1 sambaran manja melarikan lure aku kat bawah tu.





Strike seekor bukan mama tadi. Mungkin anak sulong beliau yang turut bermain dengan adik2nya. Hrmmmmm... yelah tu!






Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up.





Aku redah lagi kat port lain. Aku perati port nie dah clear sangat. Kurang tempat/ sarang/ teratai/ samai bagi snakehead nak ambush. Pun begitu strike lagi saiz cam yang 1st tadi.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Kurus snakehead nie tak cukup makan.
  




Port ke-3... Ada sedikit potensi kawasan ambush snakehead kat port nie.





Walaupun air nampak tak dalam, kalau jatuh tu mau paras pinggang gak tenggelam. So hati2...






Aku cast berhampiran kawasan yang sedikit bersamai di tepi2 tebing seberang tu & 1 sambaran kasar dari tangkapan ku yang terdahulu berlaku. Good size untuk ditapau akhirnya!





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Tapau for Dinner





Solid hook-up. Dua2 hook sangkut kat mulut. Mana mau lari?!

  




Hanya yang berpengalaman tau spot yang berpotensi. Cehwah, nak riak ke??? Taklah... Ada strike sebenarnya. Heheha...





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch)
Rod: Viper_Sting (8-17 lb) 
Reel: Team Seahawk_Bass 103L
Line: Kirin_20 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 30 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up..





Memandangkan awan mendung & gelap dah muncul, aku putuskan untuk stop dulu. Cukuplah misi menghilangkan vibrate setelah agak lama tidak hardcore cast. Penat memang penat. Ada sedikit kekurangan stamina yang aku rasa. Maklumlah, lama sangat 'berehat'. Lagi pun port nie kena biarkan kembali seperti asal, mungkin 3 minggu - sebulan gitu. Barulah saiz kasar2 kembali ke pangkal jalan... So, until next week jumpa lagi. Insyaallah...







LURE(S) OF THE DAY
Harga lama tu (gambar dari arkib). Payah dah nak dapat harga tu lagi.









11 November 2014

Snakehead Report (2nd week of November 2014)


Tarikh: 07/11/2014 (Jumaat) 
Lokasi: Parit Sawah Padi Kota Samarahan
Masa  : 6.15pm - 6.45pm



Wahhhh... bz memanjang aku. Dah tak ontime report blog aku nie. Bukan tu jer, sibuk dengan program kekeluargaan & ditambah kumpau memanjang di samping cuaca yang tidak mengizinkan disebelah petang yang kerap hujan.

Selalu aku cast kat port nie ada jer Abang Army yang turut cast. Yang tak best nya, dia pakai umpan Katak Ori. Memang strike jer member sebelah. Sian kat Katak Palsu nie tak kena jamah. Takpe lah Katak Palsu, dah nasib kau nak menipu jer (palsu)! Tapi ari nie takde lak geng Abang Army tu. Yes!!!!

Due to hari mendung petang nie & kilat dah start memancar2 (seram sejuk tengok, baik aku chow awal!), hanya seekor sahaja berjaya aku cast.




Sampai jer hari dah mendung & start nak gelap. Tak dapat cast lama nie.







Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Okuma "Nemesis" (4-10 lb) 
Reel: Team Seahawk "Bass" 103
Line: Kirin, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch Tiny Frog "SureBite"
Status: C&R




 
Close-up.





Seekor jer kali ini. Syukurlah dapat merasa karan...





Padi yang semakin subur. Tak lama lagi payah dah nak cast kat sini. Mana nak cari port back-up untuk lepas gian petang2 balik kerja nanti, yang dekat dengan rumah...