"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Delta Weston. Show all posts
Showing posts with label Delta Weston. Show all posts

20 June 2014

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.2 (PART 2)

Tarikh: 02/06/2014 (Isnin) 
Lokasi: Weston
Masa  : 5.50am - 5.45pm



DAY 2
Misi diteruskan tapi kali ini teknik membottom + casting. Membottom? Hrmmmm... Walaupun jiwa & raga aku lebih ke arah casting, kena try gak lah "asas" yang membawa aku ke dunia pancing nie. Lagipun dah lama sangat aku tinggalkan membottom nie sejak beralih ke casting. 

Start kosong baliklah jawapnya ilmu membottom aku tu. Nasib baik ada Mahaguru yang meberi tunjuk ajar yang memegang gelaran Dewa Lautan. Perghhhhh... Nama saintifiknya Bang Kamal Kumpun. Memang layak dapat gelaran tu sebab.... followlah this story & you will know why...




Lepas menjemput Dewa Lautan, perjalanan ke Weston bermula...






Untuk kali ke-2nya (tahun lepas kali pertama) aku terlepas merasa Nasi Lemak yang paling umphhhh...! kat sini sebab dah sold-out!






Sampai kat cowboy town Weston & membeli sedikit bekalan.






Tulah bot baru Bro Samoi. Selesa amat untuk aktiviti mancing.






Bergerak mencari udang hidup untuk dijadikan umpan.






Close-up wajah ensem Dewa Lautan merangkap kapten bot kali ini.






Yes ada umpan. Pilih2 dulu. Diorang nie main mintak jer. Lagipun diorang tu memang kenal dengan Dewa Lautan.







Mangsa ke-2. Mintak lagi sebab tak cukup. Hahaha...




So, selepas umpan cukup, kami pun terus menuju ke lokasi yang dikenalpasti oleh Dewa Lautan. Selepas semua siap, apa lagi, labuh lah!











Inilah ikan target utama misi membottom. Dewa Lautan gak yang dapat. Sebelum tu ada beberapa lagi spisis yang beliau dapat.






Aku masih lagi kumpau. Nie pulak hasil tangkapan Bro Samoi.






Hrmmm... Apa yang korang lihat nie sikit jer sebab aku dah tak larat nak snap gambar. Nanti korang tengok keseluruhan hasil trip nie...





Setelah agak lama membottom (& aku lak puas mengantok - pasal nie lah aku tak berapa nak suka xtvt selain casting. Bila duduk saja tanpa banyak bergerak & dibuai laut, memang cepat giler aku mengantok wei...), jam 3.00pm barulah xtvt casting. Barulah segar balik mata aku, otomatik!




Hasil casting aku. Saiz camnie jer banyak yang tinggal...






Lagi2 kerapu. Ada gak 2 3 ekor lagi yang saiz kecik2 telah aku C&Rkan...






Air semakin surut. Apa lagi, chow lah...





Dari pukul 3.00pm hingga 4.45pm jer casting?... Apa sangat yang nak dapat dalam masa 1 jam 45 minit... Lagipun air yang cun dah terlepas. Sayang woo tak dapat casting sepenuhnya kat Weston nie, sedangkan kat sinilah antara tempat peberet aku casting (terkenang sambaran yang tak putus2 tahun lepas kat Weston nie). Akhirnya misi tamat  jam 5.45pm.




Mengapa aku katakan Bang Kamal nie memang layak digelar "Dewa Lautan"? Tu nampak hasil keseluruhan dalam box? Boleh dikatakan 95% beliau yang dapat sensorang! Lagi balance 5% tu combine aku & bro Samoi. So, Lu pikir lah sendiri...











12 June 2013

Komplot UNsangkaRABLE - SABAH VOL.1 (PART 3)


02/06/2013 - DAY 3

Hari ini ujian sebenar bagi acara casting boatbase. Setelah berehat sehari, now is the time to practise what i have learned... (wahhhhh... tetiba biru mata hitamku!). Spot yang dipilih kali ini di Delta Weston, antara lokasi Ikan Tembaring @ Kanai a.k.a Borneo BlackBass or Stacy AF...

Cam biasa, seawal 4.30am dah bangun tido & bersiap-siap ala kadar untuk misi kali ini. 2 buah bot akan turun hari ini dengan 5 orang caster yang hensem2 belaka (tapi 2 telah berpunya.... Sorry! ;p). "Jom, kita kasi gegar sama Weston!"


4 km lagi tinggal. Naissss.....


Welkam to Pekan Weston bebeh!


Wahhhh... old town eh. Osemmmm!


2 bot yang digunakan parking di rumah seorang lagi caster yang tidak dapat ikut bersama  kerana demam. "Next time Ustad kita komplot sama2 yer. Moga cepat sembuh!"


Pose jap... Muka yang masih mamai tu! Bengkak rasa mata tak cukup tido.


Kemas2 weapons.


Jamal & Baim mengisi masa lapang dengan bermain osom!


Pendi & Bro Samoi membersih apa2 yang patut.


Tempat parking yang sempit tapi takde bayar parking kupon.


Hmmm... Kalau terjun dari tingkap nie terus masok dalam bot!


Aku yang masih "di alam fana cinta". Bot 1: with Bro Samoi.


Bot 2: Pendi, Jamal & Baim.


Lets go...


Sebahagian daripada rumah penduduk. Bestkan duduk sini. Boleh cast terus dari ruang tamu sambil layan tetamu. Takpun dari kitchen sambil memasak maggi...


Guna shortcut.


Belakang tu laut. Kalau hari clear boleh nampak Pulau Labuan dari sini.


Setelah berbot kona sana kona sini masok keluar sungai akhirnya sampai di sekitar muara sungai tah pa nama dia aku tak ingat, terus mecast. Aku rasakan tahap castingku ada meningkat sedikitttttttttttt jer. Well, keep on learning dengan otai slowly. Itu yang penting.


Yes, sambaran awal pertama yang kasar jugak & menyelamatkan aku daripada memegang tittle kumpau. Kerapu Minyak pertama.


Another pose. Hehehe...


TDD 7 Fire Tiger yang aku baru gunakan tu patah pulak masa dalam bot ketika lepas dari mulut Kerapu Minyak tu (lure lama nie aku jumpa masa rescue lure aku sangkut di Kuching once upon a time). Sayang wooo killer tu!

Dah nama masih amatur, beberapa kali gak aku rabut tak solid hook-up. Sekali tu masa strike, tali braided awa-shima 30lbs pulak putus! Bukan besar pun Ikan Kerapu Minyak yang hook-up tu (nampak masa ikan tu naik ke permukaan) but tali tu yang macam rapuh pulak tak tahan shock agaknya. Maka tapaulah sekali lure storm aku. Dahlah takde tali spare. So dengan baik hatinya Bro Samoi pinjamkan aku CQ51 beliau. Mula2 tu kekok sikit pakai RBC mahal nie, pastu oklah pulak. Lazat!


Hasil pertama dari Bro Samoi setelah bertukar spot. Ikan GT. Wow, mablessss...!


 Ada lah jugak beberapa ekor Ikan Kerapu Minyak yang Bro Samoi dapat (memang betul2 lihai otai nie. Beliau jer yang selalu dapat!), cam biasa beliau malas nak bergambar. Mana2 saiz yang bawah umor pulak diC&R. Berita dari bot 2 pun sama jugak. Banyak sambaran dari sang Kerapu Minyak.

"Tringgggggggg... Lunch time!" Spot yang teduh dicari untuk main masak2 kali ini. Telah menjadi kebiasaan group Bro Samoi nie, kalau gi casting, grenti lunch ikan yang fresh! Untuk menu masakan kali ini pulak GT & Kerapu Kari.


Jamal tengah memberi tunjuk ajar kepada Pendi cara2 untuk mengupas bawang dengan teknik yang betul sambil merenung manja.


Baim yang mengetap bibir cuba mencabut tali pusat ikan.


Bro Samoi dah standby alat2 untuk main masak2. Hanya menunggu kerja si Pendi & Baim yang lambat cam siput. Ke lagi lambat dari siput???


Aku pulak standby 100plus kat Baim yang keletihan mencabut setiap sisik ikan satu persatu.


"Spoiler ikan nie kena buang. Kalau tidak nanti laju dia berenang dalam periuk masa dimasak." kata Baim dengan bijaknya.


Laaa... masih kupas bawang ko Pendi? Bawang betul!!!


Setelah hampir 18 jam si Baim & Pendi menyediakan bahan & ikan, barulah acara main masak2 dimulakan.


Dengan ayuganasnya Bro Samoi memberi tumpuan terhadap masakan beliau ala2 MasterChef Selebriti gitwu...


Jamal yang tetiba hilang akal cuba mengcasting Ikan Sardin dalam tin untuk menambah juadah lunch.


Gay Gaya seorang caster yang sungguh "PRO" menghayun rod! PROsak...


Setelah makan2 dengan Abu Lahapnya & kekenyangan, kami pun rest sekejap sambil2 menunggu si Pendi yang tengah "melepas" kerana keracunan bawang yang beliau kupas sendiri.... agaknyalah. Selesai semua urusan, kami meneruskan misi ke spot yang lain pulak.


Dah nama otai, seekor MJ yang agak kasar jadi mangsa kali ini. Weldan bro! Sebelum strike yang ini "menjerit" bc beliau ditarik MJ yang lebih besar. Tapi MJ tersebut berjaya melarikan diri dengan jayanya.


Penangan dari lure Ofmer & akhirnya aku memecah kebuntuan diri sendiri dengan tangkapan Kerapu Minyak agak kasar yang ke-2. Phieeewww....


Lagi sekali Kerapu Minyak ke-3 tewas dengan lenggokan ayu sang Yo-Zuri.


Dalam asyik bercasting nie sempat juga Bro Samoi memberi tips & membetulkan beberapa kesilapan yang aku buat ketika casting. Thanks bro atas ilmu yang diberikan! Sangat berguna bagi newbie cam aku nie.


Mungkin berkat beliau tidak lokek dengan tips & ilmu, rejeki MJ paling besar dalam trip kali ini menjadi milik beliau. Gojessssssss!


Another view.


Close-up.


Kesan daripada tips & teknik casting dari Bro Samoi tunjukkan, aku merasakan jauh bezanya peningkatan teknik casting aku kali ini. Birdnest sedikit jer. Lure ke atas pokok jugak jauh berkurangan. Accuracy and distance semakin osemmmmm....! Tak risau lagi nak cast di celah2 kangkang akar bakau dan...


...akhirnya berhasil dengan Kerapu Minyak yang ke-4 & paling besar aku dapat.


Another camera trick view. Hahaha...


Memandangkan hari semakin petang, maka misi kali ini diStop for now. Aku sungguh berpuas hati dengan hasil kali ini kerana kesemua Kerapu Minyak yang aku dapat agak kasar2 saiznya. Tak pernah semenjak aku menceburi dunia casting ini aku mendapat hasil dengan saiz begitu (mode: hampir menitis air mata kegembiran sambil menaip nie).

Bot ke-2 jugak berhasil dengan lumayan. Saiz C&R pun diaorang tapau. Kejam sungguh! Patutlah hasilnya lebih banyak dari aku & Bro Samoi. Main tipu ah...


Hasil daripada aku & Bro Samoi.


Hasil daripada Jamal, Pendi & Baim.


Jumlah keseluruhan.


Yang paling penting bagi aku dalam trip kali ini, dapat knowledge, skills, experience & the most inportant new friends...



bersambung...