"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Kopodim. Show all posts
Showing posts with label Kopodim. Show all posts

30 April 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 02

Tarikh: Sabtu, 27/04/2013
Lokasi: Sekitar Kuching


Misi kali ini agak banyak jugak spot yang aku terjah. Tapi aku memperuntukan dalam sejam 2 jer untuk casting di setiap spot. Ada spot yang dah lama aku tak pergi. Walaupun air pasang pada sebelah petang, namun jam 7.30 am lagi aku dah keluar.

Masih lagi belum berhasil mendapat lesen Selunsong. Hanya seekor Ikan Todak sahaja yang diperolehi (lebih baik daripada kumpau!). Harap korang tak bosan baca blog aku nie sebab jarang2 dapat hasil. Sabar ya. Sama2 kita berdoa agar kita selalu strike mantap seadanya...

Bagi yang rajin baca blog aku ini, terima kasih diucapkan. Semoga korang pun dapat manfaat (sperti spot baru misalnya) dari blog ini.


Spot 1 - Sekitar Kopodim. Time nie air dah mula surut. Sayang wooo..

 Perghhhh... spot berpotensi kat celah2 kangkang pokok paya bakau tu...


 Spot 2 - 1st Jambatan nak ke FAC, Matang


 Lama dah aku tak cast kat sini. Terkejut sekejap aku bila MJ kuar dari sarangnya. Betul2 depan mata. Lure pulak aku tikam jauh. Arghhh... melepas peluang!



 Spot 3 - Jambatan No.3 sebelum ke Telaga Air.


 Tengok mahligai MJ nie. Bayangkan kalau air cun. Perghhhh...!


 Kalau surut sangat macam nie memang jarang ada "mis kol". Kena tunggu penuh sampai batu tu tenggelam.


 Spot 4 - Feri Rambungan


 Geram aku tengok bawah jambatan tu. Tapi bunyi feri bising sangat. Dari tempat aku berdiri nie agak jauh. Kena berjalan dekat sikit kalau nak.


 Spot 5 - Last Jambatan U turn FAC


 Dulu bawah nie ada jambatan / platform melintang di tengah-tengah. Senang nak cast. Tapi sekarang dah takde.


 Spot 6 - Kontena. "Banglo" yang mula ditenggelami air.


 Hanya ini hasil yang aku perolehi - Ikan Todak. Hanya menggunakan Berkely Grub 3" putih.


 Daripada kumpau le kan... Mables prestasi Amenista aku nie. Tak melawan beliau. Rela & pasrah jer... Agak besar gak Ikan Todak nie... - C&R


 New friend - Abil


 Si Hakim


 Spot 7 - Salak Kubur


Belum lagi kelihatan tanda2 kehadiran Selunsong.


 Spot 8 - Ofkos spot Selunsong Bandar Baru Semariang.


Kawasan "panas" Selunsong depan tu.


Di spot Bandar Baru nie lure si Hakim hampir2 disambar Selunsong. Agak besar jugaklah kalau melihat percikan air masa tu. Belum rejeki beliau jugak.

So, that's all for now. Till next time.... "NEVER GIVE UP!"

06 April 2013

Kumpau Memanjang.....

Sabtu, 06/04/2013

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang tu jugak!... Casting kali ini sekitar Kuching sahaja. Agak lewat sedikit aku turun kali ini. Kebiasaan nya jam 6.30am. Namun kali ini pukul 8.30am baru start turun. Spot pertama di Kontena. Apa punya salah baca pasang-surut air da... sekali sampai kat spot tu, surut dah... Baru nak pasang! Aisehhhh....



 Spot Kontena... air baru nak pasang... 


 Banglo Mampu Milik tu wooo... Cast jer lah sedas dua... - no luck today.


Sebelum ke spot seterusnya (e-Mart), di simpang Kopodim aku terjah juga. Lama dah aku tengok jer spot nie tiap kali lalu. Namun kali ini singgahlah pulak. Manalah tau kan ada belao (haruan / snakehead)? Tapi takde 'mis kol' langsung... Rupa jer menarik. Agaknya penghuninya masih tido kot??? Lepas tu aku ke spot e-Mart. Hasilnya pun sama gak... K.O.S.O.N.G.


Leh tahan spot nie... but takde 'mis kol' dari penghuninya...

 
 Sama gak takde penghuni...


 Senyap jer...



Nie satu lagi spot yang dah lama sangat aku tak terjah, Tambak Bako. Tenang jer airnya, setenang lure aku tak dijamah... hampeh 'tul. Lebih kurang 15 minit aku kat situ sebelum berpindah ke spot harapan terakhir iaitu Tambak Pending. Kat spot nie pun hasilnya tetap sama, dah bukan rejeki aku kali ini. Dan dalam pukul 3 lebih, hujan lebat melanda... Sabar jer lah...


 Tambak Bako yang tenang...


 Tambak Pending pun tenang gak kali ini...


 Kelebihan Tambak Pending... Tempat rehat (cam stesen bas) dengan view sungai...


 Hujan lebat yang memaksa aku 'Log-Out' awal... 

 Nahhh... sebelum balik rumah pekena Char Kuey Tiaw Kerang by Encik Amirul, panas-panas di kala kesejukan melanda. Tangkap lilih wooo...


 Char Kuey Tiaw Kerang - Penang Corner @ Warung 2000, Kota Samarahan.


18 March 2013

Land Base Casting - Sekitar Kuching

Tarikh: Ahad, 17/03/2013
Lokasi: Sekitar Kuching 

Casting kali ini bersama Amirul & 80-80 di area berhampiran Kopodim. Lokasi sebenar tak tahu le pulak namanya. Jalan tersebut belum siap sepenuhnya & ada guard yang jaga pintu masuk. Mujurlah si 80-80 dikenali oleh para guard tersebut, so bolehlah masuk. 

Tapi aku tengok guard tu jeling semacam jer kat aku. 1st time dia tengok kereta aku bersama diorang kot? Masa balik pun camtu gak. Walaupun aku siap angkat tangan dengan senyuman lagi, masam mencuka muka dier. Tak mesra alam & tarak perasaan langsung! Android kot???? 


 Pemandangan spot kiri kanan yang berpotensi


 Sebelah kiri nie pun banyak gak spot



 Trip kali nie hanya Encik Amirul yang dapat Kerapu. Aku dan 80-80 - kumpau seadanya. Pun begitu, dengan baik hatinya, beliau menSouveniorkan kerapu tersebut kepada aku sebab....


 ...sebab sebagai upah kerana menggunakan kasut Phua Chu Kang kaler hitam aku untuk mengambil lure killer beliau yang sangkut... Tq ;p


 Berkorban apa saja... demi lure yang terchinta...


 "Hoh, strike kat ketiak Encik Amirul..." wow!


Selepas kejadian tersebut, Amirul & 80-80 pun pulang ke rumah masing-masing. Hanya 1/2 hari jer kita orang casting kat situ. Misi perseorangan aku belum berakhir. Aku teruskan dengan matlamat mencari lesen toman di area belakang e-Mart. 

Penyeksaan berpanas tetap tidak berhasil. Walaupun pelbagai jenis lure aku gunakan, mis kol pun takde! Bak kata pakcik yang lalu kat situ tengok aku casting; "Ikan dah sekolah"... Hahaha... belawak le pulak pakcik nie. Aku tengah berpanas nie pakcik, karang tak pasal-pasal ada gak yang terjun dari jembatan nie... (kataku dalam hatilah...).


Pemandangan dari atas jembatan... Menurut pakcik tu, kat dalam nie ada spesis Haruan, Toman, Kaloi, Patin, Lampam & Sultan (bukan Sultan Sulu aaaa...)


Memandangkan air start nak pasang, aku teruskan lagi misi ke lokasi peberet aku - Tambak Pending. Belum lama aku kat situ, nampak kelibat selunsung melompat dalam jarak 20m (agak-agak) dari tempat aku berdiri. "Opocot mak selunsung! Terkojut aku". Dah le time tu aku tengah tukar lure... Arghhhh... melepas! 

Dah bukan rejeki aku, sp (soft plastic) lure yang aku gunakan, jadi kudung tak berekor (umpama ulat beluncas) diratah spesis apa entah! Kalaulah beliau gigit sp dari kepala, kompom menyesal seumur hidup beliau! Hoh, pulang dengan kekumpauan kali ini...


 "Komon fish... please strike bebeh..."


Gambar mangsa (bawah) dari sp berekor kachak, bertukar jadi ulat beluncas! Ngapa kau tak gigit dari kapala huh?



Aku dah tahu Crime Scence, nanti kalau da masa akan aku siasat balik sapa punya kerja mencacatkan lure aku...
That's all for now...