"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 March 2013

Land Base Casting - Sekitar Kuching

Tarikh: Ahad, 17/03/2013
Lokasi: Sekitar Kuching 

Casting kali ini bersama Amirul & 80-80 di area berhampiran Kopodim. Lokasi sebenar tak tahu le pulak namanya. Jalan tersebut belum siap sepenuhnya & ada guard yang jaga pintu masuk. Mujurlah si 80-80 dikenali oleh para guard tersebut, so bolehlah masuk. 

Tapi aku tengok guard tu jeling semacam jer kat aku. 1st time dia tengok kereta aku bersama diorang kot? Masa balik pun camtu gak. Walaupun aku siap angkat tangan dengan senyuman lagi, masam mencuka muka dier. Tak mesra alam & tarak perasaan langsung! Android kot???? 


 Pemandangan spot kiri kanan yang berpotensi


 Sebelah kiri nie pun banyak gak spot



 Trip kali nie hanya Encik Amirul yang dapat Kerapu. Aku dan 80-80 - kumpau seadanya. Pun begitu, dengan baik hatinya, beliau menSouveniorkan kerapu tersebut kepada aku sebab....


 ...sebab sebagai upah kerana menggunakan kasut Phua Chu Kang kaler hitam aku untuk mengambil lure killer beliau yang sangkut... Tq ;p


 Berkorban apa saja... demi lure yang terchinta...


 "Hoh, strike kat ketiak Encik Amirul..." wow!


Selepas kejadian tersebut, Amirul & 80-80 pun pulang ke rumah masing-masing. Hanya 1/2 hari jer kita orang casting kat situ. Misi perseorangan aku belum berakhir. Aku teruskan dengan matlamat mencari lesen toman di area belakang e-Mart. 

Penyeksaan berpanas tetap tidak berhasil. Walaupun pelbagai jenis lure aku gunakan, mis kol pun takde! Bak kata pakcik yang lalu kat situ tengok aku casting; "Ikan dah sekolah"... Hahaha... belawak le pulak pakcik nie. Aku tengah berpanas nie pakcik, karang tak pasal-pasal ada gak yang terjun dari jembatan nie... (kataku dalam hatilah...).


Pemandangan dari atas jembatan... Menurut pakcik tu, kat dalam nie ada spesis Haruan, Toman, Kaloi, Patin, Lampam & Sultan (bukan Sultan Sulu aaaa...)


Memandangkan air start nak pasang, aku teruskan lagi misi ke lokasi peberet aku - Tambak Pending. Belum lama aku kat situ, nampak kelibat selunsung melompat dalam jarak 20m (agak-agak) dari tempat aku berdiri. "Opocot mak selunsung! Terkojut aku". Dah le time tu aku tengah tukar lure... Arghhhh... melepas! 

Dah bukan rejeki aku, sp (soft plastic) lure yang aku gunakan, jadi kudung tak berekor (umpama ulat beluncas) diratah spesis apa entah! Kalaulah beliau gigit sp dari kepala, kompom menyesal seumur hidup beliau! Hoh, pulang dengan kekumpauan kali ini...


 "Komon fish... please strike bebeh..."


Gambar mangsa (bawah) dari sp berekor kachak, bertukar jadi ulat beluncas! Ngapa kau tak gigit dari kapala huh?



Aku dah tahu Crime Scence, nanti kalau da masa akan aku siasat balik sapa punya kerja mencacatkan lure aku...
That's all for now...




6 comments:

  1. Replies
    1. Mun dr pending nak nuju ke bako, nya belah kanan sblm Sarawak Energy... Copy paste kordinat tok rah google search;

      1.564268, 110.395371

      Delete
  2. Bang Pijan.. sine gik best mancing selain tambak pending ya. port ngail tepi2 jk eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya rah jln baru dkt Bandar baru Semariang nak nuju ke kopodim, matang...

      Delete
  3. Belakang emart rah sine bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try google Taman Sri Matang, Kuching. Dekat roundbout nak masok ke taman ya ada jematan. Di bah ya lah...

      Delete