"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 February 2022

Sebarau @ Hampala #1/2022

Tarikh  : 29.01.2022 (Sabtu)
Lokasi: Port Dahan (Semadang-Jambusan)


Assalamualaikum & salam sejahtera gais. Dari hari khamis menunggu dan mengharapkan agar tidak hujan di hujung minggu. Alhamdulillah, hari jumaat pun tidak hujan, so hari nie aku bersama Lano terjah layan stream...

Kalau diikutkan aku nak bawak dia main kat port aku, tapi sampai kat situ air keroh pulak. Hujan di hulu agaknya. So kitaorang pindah tempat menuju ke Port Dahan. Berdebar-depar gak nak sampai takut air keroh jugak.

 

 

Fuh, nasib baik air kat sini ok. Jernih bercampur keroh sedikit jer. Boleh nampak dasar. Aku layan dulu kat sini. Ada satu kali tu letupan kasar miss menyambar lure aku. Perghhhhh... boleh nampak si pelaku, besar! Bukan rezeki beb...



Tu hah, si Lano sedang cuba menghanyir bc terbaru beliau - Curado BFS  jugak! Hehehe... Stedy bossku.

 

 

 

Terkadang tak paham aku warna gambar yang disnap, yang nie nampak bright sikit. Kalau ikut sebenar taklah sampai macam tu... Nun lure ku hantar dekat kawasan ranting2 sebelah kiri tu & baru retrived sekejap terus diragut sesuatu...

 

 

 

Lokasi yang sama seperti di atas. Macam nie kaler sepatutnya... Kita sambung balik, yes strike aku kali ini. Setelah beberapa kali miss di awal2 cast, akhirnya berjaya jugak didaratkan.

 

 

Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Custom 246C, 2-6 lb
Reel     : Shimano_Curado BFS XG
Line     : Seaknight, 8 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm,5g)

 

 

Saiz baby. Pun begitu, janji strike beb! Puas hati aku (walaupun hanya seekor ini sahaja hasil dalam trip kali ini). Awal2 lagi Lano cakap kalau dapat sebarau, dia nak tapau buat penghias akuarium beliau. Sebab tu dia bawak sekali pump oksigen.

 

 

 

Air tak deras & surut kali ini. Cuma rezeki tak menyebelahi sangat. Lano pun hanya merasa beberapa kali miskol jugak.

 

 

 

Yang nie kalau air besar lagi berpotensi sebagai tempat ambush. Ulang balik menuju ke starting point, tiada lagi sambaran. Tak terasa 1/2 day berlalu. Lano berpuas hati dapat test Curado BFS beliau & tapau hidup sebarau yang aku dapat tadi.

So, dipendekan cerita, kitaorang stop setakat ini sahaja untuk kali ini. Owh by the way action cam aku datang balik masalah seperti 1st day tu - over brightness! Aku tak perasan sehinggalah time nak videokan hasil strike tadi untuk close-up. Dem, takde material untuk youtube da. Arghhhhhh...!!!!

Dan satu lagi perkara, rasanya bermula hujang minggu depan (sabtu & ahad, Feb-Mac) aku terpaksa korbankan waktu cast hujung minggu disebabkan tugas rasmi. Sedih gais! Dah tu masok bulan April puasa. Time tu kan off season untuk aku cast & sambung lagi hari raya... ohmaigot...! Hrmmmm.. sabar jerlah...

 

 

 

  Lure(s) Of The Day

 Yang tengah tu aku pakai kali ini.

 

 

 Extra

 

Semua hook aku tukar pakai single hook nie. Boleh tahan jugak weiii...

 

 

 

Split ring pun tukar tau, aku guna yang nie.