"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

28 November 2016

Snakehead Report (4th weeks of November 2016) & TEST DRIVE: DRAVE Bearing Version 3


Tarikh  : 22/11/2016 (Selasa)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 11.30am - 4.30pm



Yo korang... Pekabar? Miss me? Opkos I miss U ols too, miss casting, miss the fish & miss blogging so much! (Menitis lak air mata jantan aku... Muahhhhh... cikit!). 4 bulan tanpa casting yang cukup menyiksan zahir & batin aku. Walaupun tak cast, setiap hari bukak FB, racun tahap santau jer yang aku dapat. Arghhhhhhhhhh....!

FYI, aku tak cast bukan berpantang ke apa, cuma bz nak menyiapkan rumah. Tak sabar nak duduk rumah sendiri beb! That's why hujung minggu aku gunakkan untuk membantu kawan aku menyiapkan rumah aku. Kami berdua jer yang buat. Aku bayar upah, beli barang & bertindak sebagai pembantu beliau. So sekarang nie dah macam 70% siap. Semoga dipermudahkan... Bermakna aku masih belum normal 100% cast cam biasa. Masih lagi on off gak sehingga semuanya selesai nanti.

Alright, story aku kali ini aku mulakan dengan "sehelai" message yang aku terima pada suatu hari bertarikh 27.07.2016 (time aku dalam mode off casting dah)...



FYI, sebelum nie aku pernah oder bearing dari DRAVE (Brand Tempatan nie - Made in Malaysia) untuk CQ51 aku. Version 2. Dah agak lama pakai, tetiba aku dapat message nie. Aku ingatkan diorang salah message ke apa ke. Rupa2nya tak. Memang diorang bagi FREE bearing Version 3 kepada buyer2 lepas. Hoh, "Gila" diorang nie bagi free camtu jer (Gila tahap mengagumkan! I Liked & please buat selalu. Hehehe...).



So, bagi menghargai usaha mereka nie & tanda sokongan, aku bagitahu diorang nanti aku test & review prestasi Bearing Ver.3 nie cam mana. 
Inilah masanya... (sorry DRAVE sebab 4 bulan tunggu baru aku buat review). 


  

Memandangkan aku cuti hari ini, so aku ambik kesempatan cast selepas segala urusan Majlis Penyampaian Hadiah anak aku selesai. Aku nak cuti 4 hari sebenarnya, tapi Bos tak approved sebab Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang! Hanya 1 hari jer Bos bagi. Haishhhhhhhhhh....! Sedeh! Agak lewat aku bermula cast. Dah nak tengah hari. Lokasi pertama, Riveria. Gaya kena ada tau! Biar kumpau, asal menang Gaya! (Apa yang aku carut nie????... Efek lama dah tak cast kot?!)




Sampai jer kat Riveria, dah ada caster... Aik, korang tak kerja ke? Aku cuba amati diorang, mana tahu kot2 kenal... Hoh, tak kenal lah pulak. Ke diorang nie kenalan dalam FB jer yang belum pernah bersua... So kalau korang yang punya kereta tu baca blog aku nie, sila angkat tangan! (Macam lah nampak ;p)


  

Aku rasalah kan... Caster2 lain yang dapat Bearing DRAVE ver.3 nie pastinya menguji dengan setup light, medium atau heavy diorang. So aku nak try dengan setup yang ringan sikit. Mampu ke tak menangani tahap "Ultralight Finesse" (ULF). Setup yang aku gunakan rod Ultralight, Kuying Teton 2-4 lb, tali braided Special Line x4 4 lb digandingkan dengan RBC Shimano Calcutta Conquest 51 & lure + jighead dibawah 4 gram nie!
 

  

Suasana yang nyaman, tenang & damai dengan bayu menghembus sepoi2 bahasa, terasa sesuai sangat buat scene mengajar Mira Filzah casting, melontar & retrive lure togather2 time nie aku kat belakang beliau sambil pegang rod bersama2 (alah macam scene romantik pasang kekasih tu)... Nantikan akan datang di Slot Dahlia TV3 - "Suami Ku Caster Parit..." (Hoh, melampau! Back to reality Pijan!!!....)  Wokeh, Setelah membuat beberapa penyelarasan, beberapa kali lontaran, akhirnya aku temui setting yang aku kira dah cun. Berdesup lure dibawah 4 gram terbang agak jauh juga! Berdasarkan indicator pada tali aku tu (warna tali yang berbeza2 setiap 10m), terjauh aku dapat cast dalam lingkungan 40m (4 warna)! Perghhhhh... Not bad for lure under 4 gram!


    

Pastu aku beralih kat sebelah nie lak. Cast yang aku buat berjaya melapasi jarak yang selari dengan besi penghadang tu! Pun begitu, walaupun prestasi bearing nie memuaskan, penghuni dasar lak yang tak mahu berkerjasa sama! 2 jam aku cast kat pelbagai spot yang berpotensi sekitar kolam nie & tetap kumpau bergaya!. Nampak banyak gak ikan Talapia berenang2  dengan sombong & angkuh kat dalam tu. Langsung tak dijamahnya lure... Terus aku pindah tempat lak. Kolam Desa Ilmu sebagai lokasi pilihan ke-2.

  


Sampai di Desa Ilmu, berbeza lak suasan dari Riveria. Hari agak panas dan berangin kuat. Terbayang lak Juhi Chawla berlari mengangkat selendang mengelilingi kolam dengan lagu hidustan sebagai background & sempat tengok bajunya bertukar2 7 kaler, baru habis pusing kolam & terus pengsan keletihan! Juhi Chawla? OMG! Of couse i'm her fans sejak zaman sekolah doh!
 

  

Faktor angin yang agak kuat & sering bertentangan ketika aku cast menyukarkan aku untuk mensasarkan lure ke lokasi yang tepat. Dahlah lontaran tak cun, dekat & birdnest aje. Memang rasa tak bestlah kena time camgini. So aku buat keputusan betukar lokasi lagi. Walaupun sekejap jer aku test kat sini, aku plan nak ke sini lagi bila dah lewat petang sikit untuk mensasarkan tarpoon.


  

Lokasi ke-3, Port sawah padi berdekatan Kampung Baru, a.k.a Port Teratai Layu di Tasek Madu! Sampai jer kat sini aku perati parit kiri kanan tu baru lepas dikorek. Pulakkkk...! Mungkin dah sebulan. Paras air pun masih rendah. Walaupun beberapa bulan kebelakangan nie hujan lebat jer kat Kota Samarahan, namun masih belum dapat "membanjirkan' kawasan sawah padi ini. Hrmmmm... Alang2 dah sampai, cast jerlah...


  

Ada beberapa kali gak "ganguan" dari snakehead level Budak Baru Nak Up Jadi Artis. Namun takde hook-up. Aku teruskan cast kat "persimpangan" parit tu, terus diragut pantas. Dapat aku rasakan beliau bukan tahap Sado ataupun Abang Long Kawasan, namun pecutan kencangnya ke kiri kanan tu yang buat layan...

   


Alhamdulillah, pengubat "vibrate" tahap Dewa Perkinson lepas 4 bulan tak cast! Lure yang aku gunakan kat sini berbentuk seperti Gurb dari jenama Hinomiya.




Species  : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod        : Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel       : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line       : Special Line x4_4 lb
Leader   : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure      :  Hinomiya_Worms
Jighead : Owner_Weedless Head
Status   : C&R



  
Close-up: Sekali dah sampai rumah baru nampak rumput tu interframe. Ape dah!




Kalau diikutkan, lokasi sebegini memang tak sesuai gunakan set-up kategori Ultralight, sebab teratai, rumput-rumpai & samai yang menyukarkan & memudaratkan rod yang ringan. Seperti terjadi kat sini, strike dari sang Snakehead terus menuju di bawah teratai yang berumput tu.

 


Agak lama aku main tarik-tali dengan beliau. Dahlah hari panas giler! Kena tarik & pujuk pelan2. Tahap kesabaran diuji sepenuhnya. Kalau ikutkan hati & imejinasi mau jer aku terjun dalam tu & bagi sedas Tendangan Tanpa Bayang kat kepala beliau! Hoh. Tulah sapa suruh pakai set ULF. Ngapa lah aku lupa bawak set backup!!!! Hrmmmm... Akhirnya dapat gak ditarik keluar selepas aku gunakan tangan menarik perambut. Sik padan dengan kecik kau tok jang!




Species  : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod        : Kuying _Teton, 2-4 lb
Reel       : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line       : Special Line x4_4 lb
Leader   : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb
Lure      :  Hinomiya_Worms
Jighead : Owner_Weedless Head
Status   : C&R




Close-up: Baru nampak muka beliau yang suci berseri walaupun cam nak cari gaduh jer!




Agak jauh gak aku bejalan & cast kat kedu-dua belah parit kiri kanan tu, tetiba awan mendung berarak laju. Sesekali keluar "flash". Di kejauhan & semakin menghampiri hujan lebat. Nampaknya terpaksa aku stop awal. Kensel plan aku nak ke Kolam Desa Ilmu semula. Apa pun, walau tiada sambaran yang ganas & hasil yang kasar, misi utama aku dengan masa yang singkat ini dianggap berjaya.






 LURE(S) OF THE DAY
 








 ULASAN TEST DRIVE

Hah, nie dia Bearing DRAVE Version 3 tu. Masa menggunakan bearing nie, aku masukkan terus ke dalam CQ51 tanpa perlu mencuci / merendam bearing (buang minyak bearing jika ada). Biasanya aku kalau try bearing & didapati prestasinya kureng memuaskan, aku cuci bearing tu dengan minyak Zippo jer. Tapi bearing DRAVE ver.3 nie dah ok. So, tak perlulah aku nak cuci / rendam terlebih dahulu. Keseluruhannya memang aku berpuashati sebab lure di bawah 4 gram mampu dicast sejauh 40m! (CQ51 aku tu dah diservis jugak sebelum digunakan). Secara puratanya lingkungan menghampiri 40m tu yang aku suka. Masa aku cast kat area sawah padi tu, aku dapati ada keluar bunyi "zinggggg..." gak pada CQ51 ketika aku membuat cast (tapi tidak lah sehalus bunyi "zinggggg..." CQDC). Masa kat Riveria takde lak. Mungkin time tu masih "virgin" lagi agaknya :p. So, memang berbaloi korang cuba bearing keluaran tempatan nie. Tak rugi korang beli.



Akhir kata, aku ingin mengucapkan Terima Kasih buat pihak DRAVE kerana sudi memberi secara percuma bearing nie & memberi peluang kepada aku untuk mengujinya... Maap kiranya ujian lapang & ulasan aku nie tidak seperti mereka yang profesional & "berteknikal". Almaklumlah, aku cuma Caster Level Parit sahaja... Aku lebih gemar dengan cara aku sendiri & santai (Rujuk bahagian DISCLAIMER kat atas tu - bawah gambar background blog nie) Pis yo!




Psssstttt...! Perasan tak baju yang aku pakai? Juga keluaran DRAVE. Bukan sponser baju tu tau! Beli dengan duit sendiri lah! Sesaje rasa bersemangat lak nak pakai untuk Test Drive kali ini. Macam cun lak tema hari ini. Hehehe... Selain daripada baju, DRAVE gak mengeluarkan Handle, Knob untuk BC & terkini masih lagi dalam prototype - Lure & Tali Braided. Web diorang coming soon... So kalau korang nak tengok2 ke, beli ke, silalah bukak FB & search for DRAVE.











Tarikh  : 26/11/2016 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa  : 06.30am - 5.00pm



Kalau diikutkan, hari nie aku takde plan nak cast sebenarnya. Tetapi, memandangkan kawan aku yang buat rumah tu tak dapat buat dulu kerana masih ada kerja lain, so asyik terfikir aku sama ada nak cast ke tidak...

Hrmmmm... cast jerlah. Lokasi pertama Riveria cam biasa. Lokasi lain selepas tu ikut ke mana kaki aku melangkah. Takde plan, blur lak aku nak pikir. Kesempatan cast kali ini jugak aku gunakan untuk Test Drive bc baru aku brand KUNYING - Thunder. Tapi aku tak dapat nak review dulu sebab ujian lapang aku masih belum selesai. MayB update blog akan datang baru aku buat full review. Sabar yek...




Tenang jer pagi nie. Tiada kedengaran bunyi letupan cam biasa. Mungkin dah semakin berkurangan agaknya penghuni tempat nie.





Komplot kali ini disertai oleh Zam & rakan beliau.






Kawan Zam. Lupa lak aku tanya nama beliau. Hehehe...





Macam biasa, ikan Talapia jer yang banyak & sombong cam biasa. Setelah agak lama cast, kumpau dengan jaya nya seperti yang aku rancangkan! (Puhahahaha.... Mode geram nie).





Pastu, Zam mengajak berpindah tempat. Port kali ini kat Tambak Pending. Lama gak dah aku tak cast kat sini. Time sampai nie air dah mula nak pasang. Pun kami kumpau dengan cemerlang! Zam terpaksa balik awal sebab ada urusan. Aku lak rasa pening2 & berdenyut kat kepala. Lapar melampau. Aku turun pagi tadi hanya sempat minum air kosong jer. Mistake! Tak boleh jadinya. Kena "reload" perut dulu. Balik semula ke Kota Samarahan perkena Nasik Ayam Lemond sedas!





Lepas kenyang & aku rasa kepala dah tak berdenyut lagi, aku teruskan misi solo ke kolam Desa Ilmu lak (sambil2 mencari Juhi Chawla...). Habis satu kolam aku pusing, namun kumpau juga jawapnya. Last choice, Snakehead area sawah padi. Area Kampung Pelaie aku terjah kali ini. Inilah antara tempat terawal aku mengasah bakat casting Snakehead. Kat belah kanan lak padi semakin membesar. Beberapa kali lontaran masih belum bersambut. Sehinggalah aku cast jauh ke hujung...





Tetiba, satu ambush mengejut keluar dari sisi parit membaham ganas lure aku. Cantiklah, kompom kasar nie! Terus aktiviti melayan bermula. Pecutan demi pecutan sang Snakehead coba meloloskan diri. Namun aku biarkan drag Kuying Thunder (aku tak kunci ketat) melayan beliau sehingga beliau kepenatan, otomatik...





Hah, penat dah ke Encik Haruan? Jinak pun kau akhirnya. Macam2 helah nak main sembunyi2 kat dalam rumput konon...





Good size! 49cm (ada aku sukat). Lama dah tak dapat saiz camgine. Selepas habis 1/2 day baru strike seekor. Walaupun air parit nie cetek, masih ada gak saiz kasar bersembunyi.





Species  : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod        : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel       : Kuying_Thunder
Line       : Special Line x4_8 lb
Leader   : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure      : Ricklure_3.5cm, 5g
Status   : C&R




Close-up: Ditelan habis lure aku. Lapar agaknya.





Masa terus berlalu... Kemudian datanglah 3 orang budak cast kat situ. Riang gumbira diorang cuti sekolah. Boleh hari2 turun cast. Jeles sekejap lak aku! Dulu, kebanyakan budak2 kat sini pakai joran buluh atau batang pokok (apa nama, lupa lak aku) jer pancing. Kadang2 tu main taut jer (masih diamalkan). Kali ini mereka dah mula terima perubahan. Pakai rod yang lengkap (walaupun aku perati rod yang diorang pakai nie cam rod untuk pancing udang!). Teknik casting tu dah mula dipraktis. Lure lak diorang guna katak hidup! Dem... lure ori tu!





Sambil2 bertegur-sapa & chit-chat, aku cast sedekat yang boleh dengan rumput2 tepi tebing tu. Terus sambaran yang tidak kemas terjadi (aku rasa Snakehead tu gigit kat spinning blade). Aku cast lagi sekali, jauh sikit dari lokasi tadi (aku menganggarkan jarak Snakehead tu lari & bersembunyi)... Tepat sekali firasat aku, sekali lagi sambaran manja2 mencolek lure aku. Strike kali ini & layan cam biasa dulu...





Saiz bujang terlajak. Aku panggil salah seorang budak tu tadi untuk tolong snap gambar aku. Kemudian aku bagi Snakehead nie sebagai upah. Hehehe... Win2 situation.





Species  : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod        : Kuying _Teton, 3-8 lb
Reel       : Kuying_Thunder
Line       : Special Line x4_8 lb
Leader   : Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 16 lb
Lure      : Ricklure_3.5cm, 5g
Status   : Aku bagi kat budak photographer





Close-up: Mesti ko rasa menyesalkan? Ingatlah, Realiti Tidak Selalunya Indah... Banyaknya kepalsuan yang ditabur bagi mengaburi pertimbangan. Bila silap memilih, beginilah natijahnya... Itulah asam garam kehidupan di Bumi Malaysia, The Boleh Land ini... (Sempat!!! Ko tujukan kat siapa Pijan oiii?).



Setelah agak lama cast sepanjang parit nie, aku berpindah tempat lak. Balik semula ke kolam Desa Ilmu (di mana kau Juhi Chawla?). Namun tiada miskol langsung. Rasanya cukuplah dulu untuk kali ini. Penat melampau...






 LURE(S) OF THE DAY

Ricklure_3.5cm, 5g