"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

22 June 2020

Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) #01-03/2020


Tarikh  : 21.06.2020 (Ahad)
Masa   : 5.40am – 3.00pm

Lokasi: Belungei, Lundu

 

Atas permintaan kawan yang baru berjinak2 dengan casting setelah “diracun” bertubi2 oleh aku dan Bujang, maka minggu nie kami beraksi di Belungei, Lundu. Set casting pertama beliau akan beraksi.

Aku dah Apiz bertolak jam 5.40am. Memandangkan Abang menggunakan jalan yang lain, kami plan akan bertemu Bujang di pasar Lundu nanti. Kami target air surut untuk lebih kurang jam 7.30am.



Left to right; Abang, aku, Bujang & Apiz. Lewat sedikit aku dan Apiz sampai memandangkan jalan (Pan Borneo under construction) yang agak teruk & suasana awal pagi berkabus.






Bujang memaklumkan semalam hujan, so keruh lah air surut sekarang nie. Cast utama kat lokasi berbatu, mendapat sambutan dari saiz2 halus tapi tidak berjaya didaratkan! Lama jugak kami cast tanpa sebarang hasil. Hanya gigit2 manja sahaja dar penghuni dasar.






Akhirnya dengan tidak semena2, Abang berjaya mendaratkan ikan pertama beliau dengan kaedah casting. Walaupun saiz baby, inilah sumber motivasi kepada beliau. Kepuasan tak terhingga. Tahniah!



Maka hanyirlah sudah set baru beliau.



Tak jauh dari lokasi Abang strike tadi, aku lemparkan lure kat tengah nie yang ada batu kat dasar tu. Terus sesuatu menyambar. Yes, fish on. Aku layan kenikmatan ini dengan set UL yang lama tak beraksi.




Alhamdulillah, strike jugak akhirnya. Pun saiz baby jugak namun nikmat amat dilayan bersama set UL. Lantaran itu terasa fight saiz kasar gak. Hehehe...




Species: Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) (1st Catch)
Rod      : KANICEN NIX_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : SHIMANO_Sahara 500FE
Line     : SPECIAL LINE, 4 lbs
Leader: TOMMAN_Tali Hantu, 15 lbs
Lure    : OR CRAFT_Spearyu



Photo Credit Apiz: Bila port utama dah lama tiada sambutan, kami memutuskan untuk mencuba di lokasi sebelah dalam. Kat sini pun tiada sambutan. Apakah faktor hujan semalam mempengaruhi selera penghuni dasar kat sini? Kemudian Bujang mencadankan kami mencuba kat Kampung Pugu - port yang belum pernah aku sampai.



Masa otw nak ke kereta, kami lihat air belum pasang sepenuhnya (sepatutnya dah tinggi air pasang nie. Mungkin disebabkan air pasang surut yang perlahan) dan ciri2 air kat "Gold Coast" kelihatan. Kami ambil kesempatan untuk mencuba semula kat lokasi mula2 tadi.




Air jernih hijau biru, rasa nak bernang beb!... Aku cast kat kawasan banglo batu dengan berlurekan sinking pencil, terus dirembat sesuat. Yes, fish on bebeh!





Species: Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) (2nd Catch)
Rod      : KANICEN NIX_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : SHIMANO_Sahara 500FE
Line     : SPECIAL LINE, 4 lbs
Leader: TOMMAN_Tali Hantu, 15 lbs
Lure    : EUPRO_K2 LP55SK



Tak ada gambar aku bersama ikan disebabkan mengejar masa air semakin pasang. Aku ulang lagi cast tak jauh dari lokasi yan sama & sekali lagi disambar. Kali ini sedikit berat dari yang tadi...




Species: Ikan Siakap Merah @ Mangrove Jack (MJ) (3rd Catch)
Rod      : KANICEN NIX_Sailang, 2-6 lbs
Reel     : SHIMANO_Sahara 500FE
Line     : SPECIAL LINE, 4 lbs
Leader: TOMMAN_Tali Hantu, 15 lbs
Lure    : EUPRO_K2 LP55SK




Apiz yang mencuba dilokasi berdekatan terkejut disambar dalam jarak beberapa kaki beliau dari tempat beliau berdiri. Aku lihat set Yamaga beliau bent mengoda. Sah, saiz kasar menyambar. Akhirnya beliau berjaya mendapatkan "lesen" saltwater pertama beliau dengan MJ saiz kasar dari yang kami perolehi.




Aku & Apiz tak dapat lama kali ini. So, lokasi baru di Kampung Pungu diterjah. Tak lama kami mencuba kat sini namun tiada berhasil. Bila jam menunjukkan 3.00pm, kami tamatkan operasi.

Walaupun hanya Bujang yang tidak strike kali ini namun niat kami untuk menyuntik direct "racun" buat rakan cast baru kami berjaya. Apiz pun tumpang gembira dengan hasil saltwater pertama beliau...

Trip kali ini banyak lure aku terkorban. Huh, terpaksa oder dalam shopee jer lah nanti nak cari lure bajet2 untuk persediaan misi2 yang akan datang. So gais, jumpa lagi nanti, insyaallah.





Lure(s) Of The Day









15 June 2020

Haruan @ Striped / Common Snakehead #7/2020


Tarikh  : 13.06.2020 (Sabtu)
Masa   : 7.30am – 3.30pm

Lokasi: Semadang | Kuching Outer Ring Road



Misi utama kali ini menerjah Sebarau. Sampai sekarang masih lagi belum ku renew lesen Sebarau nie. Masih seekor tu jugak yang pernah aku dapat dulu. Kali ini aku bersama Apiz. Beliau pertama kali ke sini.

Lebih kurang jam 7.30am kami bertolak. Menghampiri lokasi sekitar Semadang, aku lihat air sungai keruh. Adoiyai… Rupa2nya semalam hujan. Kalau tak kat sini, kat bahagian hulu kawasan.



Hrmmmm Keruh jugak. Tak nampak bayang2 ikan ataupun ikan mengejar lure.



Kira gelap gak nie. Manalah penghuni dasar bersembunyi, langsung tak ada tanda2.



Photo Credit Apiz: Bila nak sampai ke penghujung port “birdnest” pulak! Kesilapan aku lure sangkut kat rumput. Tengah aku berusaha meleraikan tali, tetiba Apiz menunjukkan seekor Sebarau belang 3! Arghhhhhhh… Time camgini lah pulak berlaku. Last2 aku tukar set pakai spinning.



Photo Credit Apiz: Sampai nak balik belum juak aku beroleh. Memandangkan satu lagi kawasan tak boleh nak terjah, kami berdua mencuba kat bawah jembatan sahaja sebelum balik. Dan lagi sekali Apiz strike! Kali ini 1 belang.



Photo Credit Apiz: Mables betul lure yang Apiz gunakan nie - DUO Spearhead Ryuki.



Bila dah tiada lagi sambutan, kami memutuskan untuk pulang mencuba layan port Snakehead pulak. Lokasi port boleh nampak dari tepi jalan jer. Tanpa membuang masa, terus kami cast. Berlaku sambaran “miss” pulak. Sah ada penghuni.



Tukar lokasi setelah gagal memujuk. Kalau tadi aku menggunakan lure top water, kali ini aku gunakan lure jenis spoon.




Masa karau spoon dah nak sampai kat aku tetiba satu sambaran mengejutkan aku. Yes, fish on. Layan dulu beb, bagi ilang gian. Hahaha...





Species: Snakehead @ Ikan Haruan
Rod      : RAPALA_Trail Blazer (Walk In Victory), 4-10 lbs
Reel     : SHIMANO_Nasci 1000
Line     : Dr.Braid, 10 lbs
Leader: YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure    : SHINJU_Izu Spoon - NS






Hah, tak kumpau. Penyelamat last minute. Sekali lagi lure spoon berhasil. Namun kelihatan kurus jer beliau nie. Kurang makanan dalam tu agaknya.




Kali ini Apiz hanya mendapat miskol... Penat pusing cast, tiada lagi sambutan. Kami putuskan untuk stop setakat nie. Hari nampaknya kelihatan tanda2 nak hujan. Syukurlah dua2 tak kumpau walaupun misi peribadi Sebarau aku gagal untuk kali ini. Next time, I”ll be back…..








Lure(s) Of The Day