"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

07 June 2016

Snakehead Report (1st week of June 2016) & TEST DRIVE: DAIWA T3 Ballistic 100XSL


Tarikh  : 04/06/2016 (Sabtu)
Lokasi : Ladang Kelapa Sawit, Empila Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 8.00am - 2.00pm




*TEST DRIVE*


Cuti sekolah dah tiba. So, sebagai memenuhi janji aku dengan anak sulong, aku bawak beliau ke Ladang Kelapa Sawit Kampung Empila casting Snakehead. Kali ke-2 beliau ke sini. Kami hanya ada masa lebih kurang1/2 hari jer cast kali ini.

Aku belikan jugak rod baru beliau (beliau pernah mintak belikan rod yang panjang mcam rod abahnya jugak!), Xpuyu - Koyo, 7-15lb. Murah tapi boleh tahan gak aku tengok iklan rod nie, serta digandingkan dengan Spinning dari jenama Hemingway - SMA1000.

Sambil2 tu aku Test Drive bc terbaru aku - Daiwa T3 Ballistic 100XSL. Bc yang berkelajuan 8.1. Lama dah aku mengidam nak cari bc high speed. Akhirnya Daiwa T3 Ballistic jadi pilihan.

Komplot kali ini jugak merupakan yang terakhir sebab aku Off Season cam biasa (dari bulan Ramadhan hingga Hari Raya). Lepas Raya nanti baru aku sambung balik. Tak lama, sebulan lebih jer tu...
  




Just kami berdua komplot kali ke-2...





Apa punya rejeki da... Tak sampai 10 menet terus strike saiz layan!





Aku suka kalau level banjir kat ladang nie camgine. Sedang2 besar.





Balingan kat celah2 lorong diragut ganas. Strike pertama aku. Bila anak aku tengok, terus cakap; "Kecik na juak bah?!". Hrmmmmm... Terus eksen beliau.





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lb 
Reel     : Daiwa_T3 Ballistic 100XSL 
Line     : Spider_ Super Power, 12 lb 
Leader : Poseidon_Fluorocarbon, 20 lb
Lure    : SureCatch_Tiny Frog 
Status : C&R





Spot seterusnya jugak strike dengan saiz yang besar sikit dari tadi.





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lb 
Reel     : Daiwa_T3 Ballistic 100XSL 
Line     : Spider_ Super Power, 12 lb 
Leader : Poseidon_Fluorocarbon, 20 lb
Lure    : SureCatch_Tiny Frog 
Status : C&R





Gigit jangan tak gigit!





Strike beliau yang ke-2.





Kedengaran letupan sana sini. Kekadang payah gak nak cast sebab diluar "radar".





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lb 
Reel     : Daiwa_T3 Ballistic 100XSL 
Line     : Spider_ Super Power, 12 lb 
Leader : Poseidon_Fluorocarbon, 20 lb
Lure    : SureCatch_Tiny Frog 
Status : C&R





Lepas tu banyak dapat saiz camgine. Malas lak aku nak berposing. Tunggu saiz yang kasar jer lah nanti.





Strike ke-3. Aku jadi photografer jer lah snap gambar anak aku strike.





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lb 
Reel     : Daiwa_T3 Ballistic 100XSL 
Line     : Spider_ Super Power, 12 lb 
Leader : Poseidon_Fluorocarbon, 20 lb
Lure    : SureCatch_Tiny Frog 
Status : C&R







Snap ala kadar, pastu C&R.





Seronok beliau dengan strike yang bertalu2.





Antara spot peberet aku nie. Balingan dilorong tepi diragut ganas tapi rabut. Aku ulang balik kat tempat yang sama, tanpa membuang masa terus diragut lagi sekali. Kali ini aku sentap kuat sikit.





Yes, saiz yang paling kasar dalam komplot anak beranak (sib baik anak aku rabut seekor saiz yang paling besar! Teruk beliau dibuli. Tak sempat nak pam keluar dari kayu2 mati. Putus leader).





Species: Haruan @ Common Snakehead (5th catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lb 
Reel     : Daiwa_T3 Ballistic 100XSL 
Line     : Spider_ Super Power, 12 lb 
Leader : Poseidon_Fluorocarbon, 20 lb
Lure    : SureCatch_Tiny Frog 
Status : Bagi kat anak sapa tah!





Kunyahlah puas2 gula2 getah tu.





Strike ke-5 beliau agak kasar kali ini. Yang nie dia suruh tapau sebab nak makan.





Fokus betul...





Bejaya dengan strike ke-6.





Species: Haruan @ Common Snakehead (6th catch) 
Rod      : Storm_Mojo, 6-12 lb 
Reel     : Daiwa_T3 Ballistic 100XSL 
Line     : Spider_ Super Power, 12 lb 
Leader : Poseidon_Fluorocarbon, 20 lb
Lure    : Ricklure_3.5cm, 5g
Status : C&R





Kali ini aku menggunakan katak Ricklure yang mempunyai spinner. Aku peratikan kat sini katak dengan spinner benar2 berkesan & mendapat sambutan yang sungguh menggalakan! Berkali gak rabut saiz kasar & curut. Bukan takde terus strike, ada tu ada tapi saiz kecik. Malas lak aku nak snap.





Hoh, strike lagi tu...





Strike ke-7.





Priceless moment... Sempat berposing dulu dengan tangkapan terbaik masing2. Seronok betul beliau kali ini kerana mendapat banyak strike berbanding komplot sebelum nya.







 LURE(S) OF THE DAY






Ricklure_3.5cm, 5g





ULASAN TEST DRIVE:


Kagum betul aku dengan bc Daiwa T3 Ballistic nie. Cantik performance & lontaran pun jauh. Lure ringan 5g tu pun takde masalah nak baling jauh. Berbaloi pembelian aku kali ini. Rasanya aku nak khaskan untuk main fresh water jer, walaupun aku biasanya membelasah bc fresh water main salt water. Rasa sayang lak ;p




Aku tukar handle. Aku gunakan handle lama Basszone.