"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Selunsong (Barramundi). Show all posts
Showing posts with label Selunsong (Barramundi). Show all posts

20 June 2014

BARRA yang Panas Membara - Lesen Selunsong / Siakap / Barramundi - Strike 1


Tarikh: 14/06/2014 (Sabtu) 
Lokasi: Port X
Masa  : 6.15am - 2.30pm



Inilah kesinambungan dari entri aku yang lepas (klik sini) yang aku cakap best ari tu. Perasan tajuknya? Tulah storynya. Inilah Lesen Selunsong / Siakap / Barramundi pertama buat aku. Almost  2 tahun aku mencari lesen nie! Syukur dimakbulkan. Akhirnya trip misi mencari lesen selunsong aku tercapai sudah...





Last aku pergi kat sini teruk diselaputi lumut. Sekarang dah bersih.





Another view of Port X.





Walapun pada mulanya aku menyangkakan sambaran dari snakehead, tapi ketika melihat pada tali yang asyik menari hip-hop ke kiri kanan sesekali dengan pecutan, aku dah mula merasakan, comfirm Selunsong!

Dengan cepat aku retrive bc (malas nak main layan2 dulu. Maklumlah lesen hampir 2 tahun tu beb! Rugi kalau terlepas) & semakin dekat jelas kelihatan apa yang aku cari selama ini. Yessssss... berjaya aku naikan ke darat! Wohooooo... Happy giler woo... Walaupun bukan saiz bagak, lesen tu. Syukur alhamdulillah...




Selunsong / Siakap / Barramundi
Rod: Okuma "Nemesis" (NEC562L_4-10 lb)
Reel: Daiwa "Alphas" 103L (Purple)
Line: Power Pro, 20 lb
Leader: Bossna "DFC Leader", 30 lb(80% Fluorocarbon)
Lure: Z-Man "MinnowZ"
Status: C&R






Close-up. Hoh, begitu rupanya rasa tarikan kau ye...





Menahan senyum & kegembiran yang berbunga2 dalam hati.





Aku bernazar jika aku dapat lesen Selunsong, Selunsong tersebut aku lepaskan. Ya, memang aku lepaskan. Akhirnya tertunai nazar aku tu. So, lepas nie awaslah kamu wahai Selunsong, no mercy! Akan aku tapau buat lauk lepas nie. Puhahahaha... (tapi kalau saiz kecik sangat C&Rlah... taklah aku sekejam itu...).

Misi yang terpaksa disingkatkan kerana selepas itu, rod nemesis aku tu patah ketika aku menyentap lure yang sangkut kat semak. Patah pun patahlah. Berbaloilah bagi aku...









22 April 2013

Misi Mencari LESEN Selunsong_misi 01

Tarikh: Sabtu, 20/04/2013
Lokasi: Sekitar Kuching


Casting kali ini aku dedikasikan sebagai Misi Mencari Lesen Selunsong / Siakap Putih a.k.a Barramundi yang belum aku perolehi. Untuk laporan hari Sabtu lepas memang kumpau seadanya. Belom rejeki aku lagi mendapat Selunsong sama ada landbase atau boatbase. Walaupun kumpau, sekurang-kurangnya ada le jugak untuk laporan bagi journal blog aku ini agar sentiasa update.

Seawal jam 6.15am aku dah mula bergerak secara solo seperti biasa ke spot yang femes mendadak setelah baru-baru ini member aku menaikan Selunsong mega 14.2kg/ 106 cm,  landbase pulak tu! Spot tersebut terletak di Bandar Baru Semariang. Aku tidak mengharapkan saiz mega, memadailah dapat lesen tu! Sampai aku di spot tersebut, aku dapati air masih surut! Arghhhh… pulak! Apasal software pasang-surut bermasalah nie? Dah 3 kali aku terkena. Sebelum nie cun pulak takde masalah. Kalau diikut dalam carta tu, time aku sampai air dah besar. Hmmmmm…. Terpaksalah guna plan B.


 Member aku si Irwandi @ Boy dengan Selunsong Mega (wild) 14.2kg / 106cm, landbase @ Bandar Baru Semariang baru2 ini. Berdarah mata & hidong aku tengok weiiii....
*Sumber foto - FB si Boy


Ke petak di Pasir Salak plan B aku. Kawasan yang kalau dilihat memang skeptical. Betul ke ada Selunsong kat sine? Bohonglah! Camtu persoalan dalam kepala aku dulu. Tapi bila dah lihat dengan kepala mata sendiri member menaikan Selunsong anggaran 300-500g, barulah aku percaya. Just aku tak sure sambutan di waktu pagi sebab kat situ time frenzy di sebelah petang. Nak buat cam mana layan jer lah. Sampai jer aku kat situ memang ada gak “letupan”, sah Selunsong. Terus aku gunakan lure saiz kecik & comel.  Tapi takde mis kol. Pas tu tukar lak pakai SP pun takde mis kol gak. Banyak gak spot petak-petak kat situ aku coba sehingga jam 11am lebih masih menemui jalan buntu. 

Lepas tu kenalan baru aku telefon nak komplot sama dengan aku. Aku on jer… Aku bagitau kat dia tentang spot Bandar Baru Semariang tu menjelang tengahari baru dapat casting. So, aku tunggu dia datanglah. Member baru, tak banyak spot casting lagi. Aku bagitau spot setakat yang aku tahu. Berkongsi spot tu kan elok. Buat apa nak lokek spot! Not my style bebeh!


 Tu ha petaknya... di sebelah kanan ada lagi.


 Close-up. Jangan pandang rendah wooo... Banyak Selunsong, tarpoon comel yang baru angkat bujang!


Nie yang kat sebelah kanan pulak.



Port 'mereka' bersembunyi. Banyak kayu2 mati, reba2 & macam2 lagilah.


Kompom sangkut kalau tak berhati-hati. Pasal tu le aku lebih suka guna komando SP.


Kita hidup berkongsi... so hati2lah ya.


Member aku nie misi dia nak cari MJ, aku bagi tau dia spot Selunsong tu pun memang dikongsi MJ gak. Happy lah member. Dia bawak sorang lagi member dia yang baru berjinak-jinak dalam dunia casting. No problem. Lagi lah best banyak kawan casting…

Bila  aku agak-agak dah boleh diterjah tempat tu, so kita orang geraklah tanpa membuang masa. Sampai di spot tersebut dah ada gak member aku yang lain casting. Namun belum ada hasil. So, apa lagi casting sampai pengsan le jawapnya…



 Tadaaaa.... Inilah spot Selunsong yang Boy dapat tu. Dah ada gak member aku yang terjah dulu. Semangat diaorang nih!



 Member baru, As & Hakim. Welkam 2 da club bro!!


Menurut member aku si Azrol, time air cam gine le si Boy tu strike. Just time jer berlainan - petang sebelum Maghrib.


Kalau air besar penuh kawasan tu.


Kat depan nie laluan kiri kanan ikan masuk.


Azrol tengah cast.


 Kayu depan tu antara spot feberet MJ. Dekat jer kan dari tebing.


Close-up banglo MJ from different view.


 Nie pulak spot peberet Selunsong. Kekadang tu ada gak MJ tumpang lepak2.


Setelah agak lama gak casting & belum ada lagi sambaran, kita orang rehat makan lah dulu sambil2 berkongsi cerita pengalaman casting nie. Lepas makan kita orang sambung balit casting kat situ. Kali ini air dah beransur surut, so sasaran bertukar mencari MJ (sambil dalam hati masih mengharapkan agar ada gak Selunsong yang sudi menjamah lure nanti).


 Yang nie sebelah kiri sikit dari tempat tadi. Kalau air pasang tenggelam habis nie.


 Taman permainan MJ bila dah beransur surut.


Gerak depan lagi sampai kat hujung tebing nie leh nampak laluan sungai nie terussssss menuju ke laut.

Another view dari tebing tadi.


Hari semakin beransur petang & salah seorang dari member ku strike MJ! Arghhhh sudah tekanan kepada yang lain. Otomatiknya kita orang yang berehat tiba2 menjadi rajin balik. Cam biasa, bertubi—tubi lontaran lure ke spot tersebut. Namun hanya itu jer MJ yang berjaya dicast. 



 Hanya inilah MJ yang member aku, Syafiz dapat hari tu. Kasar le jugak saiznya. Dah rejeki beliau.


Seblum pulang, sekali lagi aku mengajak Hakim & As ke spot petak di Salak tadi. Mana tahukan….
Dah nama trip kumpau, memang takde rejeki kali ini. Tapi sekurang-kurangnya dapatlah jugak aku tunjuk spot casting kat diaorang. Next time kalau ada gi spot lain aku tunjukkan lagi.

Misi tetap diteruskan. Feel free to visit my blog next week dalam misi mencari lesen Selunsong.


28 December 2012

2012 Wanted List & Hasil Casting

SENARAI WANTED & HASIL CASTING 2012

3 spesis idaman aku... Walau bagaimanapun hanya seekor yang belum aku perolehi iaitu Siakap Putih @ Selunsong @ Barramundi. So beliau otomatik tersenarai untuk WANTED 2013 nanti. Siap kauuuuu...!


 Lesen Barramundi yang belum berjaya aku perolehi otomatik tersenarai dalam Paling Dikehendaki 2013...



Not much bagi Season Pertama Casting ku....