"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Float Fishing. Show all posts
Showing posts with label Float Fishing. Show all posts

21 March 2019

SHARING Tips: Settings untuk Float & Pole Fishing

  
Yo, gais, wellcome again! Memandangkan ada beberapa pertanyaan dari kawan2 tentang Float & Pole Fishing kepada aku yang masih 'merangka belajar' jugak nie, so aku nak kongsi sekali lah dalam blog nie tips yang aku pelajari dari Youtube

Semoga perkongsian tak seberapa nie memberi manfaat buat korang & rakan2 yang ingin "menceburi" Float & Pole Fishing nie. Jika ada kesilapan & kekurangaan, mohon maaf dari seorang nubis lone ranger caster parit ini...




                                                                                                               
PART 1 - Setting

Ini Peralatan2 Asas yang diperlukan untuk "demo" (tak termasuk rod). Bahan2nya;

(A) Hook - Aku gunakan Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
(B) Timah soldering (diketuk hingga lumat - sikit jer pakai)
(C) Pelampung
(D) Tali mono/braided secukup rasa - demo nie aku guna braided line 




STEP 1: Mula2, tali (D) dipasang pelampung (C) - agak2 jer dulu. Jika guna pelampung jenis ini untuk pancingan floating, pasangkan pelampung terlebih dahulu. Tali nie mainline korang. Tak payah ada leader bagai. Terus jer guna dari mainline.


 

STEP 2: Pastu ikat hook (A). Jika guna pancing jenis pole pulak, ikat hook terlebih dahulu sebelum memasang pelampung atau sebaliknya pun boleh.





STEP 3: Kemudian kepingan Timah soldering (B) dipotong sedikit & lilit serta kepit pada tali. Tujuannya sebagai pemberat agar tali tu tak 'melayang' dalam air (agak2lah tahap arus air dengan berat timah nie yang korang nak pasang). Jarak untuk meletaknya lebih kurang 4 jari gitu dari hook.



 
STEP 4: Pastu balik pada STEP 1 untuk adjust jarak pelampung pulak. Macam nie lebih kurang... Nah, siap dah basic setting korang yang boleh digunakan untuk memancing ikan Sepat, Puyu & yang seumpanya... Simple kan?







PART 2 - Pasang Umpan - roti (white bread)

Untuk "demo" memasang umpan, bahan2nya;

(1) Roti (white bread) - Aku lebih suka guna kepingan 'liat' yang part orang tak suka makan tu, terletak pada kedua2 hujung).
(2) Sedikit air
(3) Set basic setting tadi





STEP 1: Mula2, cubit sedikit sahaja (bahagian 'liat' beserta isi putih tu).





STEP 2: Kemudian basahkan roti tadi dengan sedikitttttttt SAHAJA air.





STEP 3: Basahkan sehingga roti tadi dapat dibuat bulat2. Tekstur roti yang dibasah nie mesti ada rasa kenyal2 sedikit. Jangan jadi terlalu 'cair'.





STEP 4: Bentukan sehingga besar camgini (atau kecik sikit) lebih kurang. Pastu cangkukkan pada hook. Tadaaaa....Selesai dah semua proses dari setting hingga ke pasang umpan... Good luck!











18 March 2019

Unlocked License Ikan Sepat @ Gourami #1/2019. Bonus - Udang Air Paya


Tarikh  : 17/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
Masa   : 6.30pm - 7.15pm



Misi utama hari nie sebenarnya masih lagi mencari secebis kasih si Sepit Biru - Udang Galah. Namun tidak berhasil. Dah 2 minggu aku mencuba di 2 lokasi yang berbeza & rezeki ITU belum milik ku. Never give up... 

So, part nie adalah minit2 terakhir masa kecederaan sebelum balik ke rumah, sempat singgah jap kat culvert nie carik pengubat rindu...




Ala... tak perasa set terfokus pulak. Aku nak amik sekali view jelas kat belakang tu...





Ok, sekarang nie samai / rumput air dah semakin sesak. Silap2 jadi karpet hijau nie. Kalau takde hujan lebat nak tolak semua tu, akan berkumpulah semua tu kat sini. Air mati... Pun begitu, aku park floating tu betul2 kat area nama aku tu (watermark).





Tanpa menunggu lama, terus ada getuan kecil menarik pelampung aku. Bila dah start bergerak aku terus sentap lembut (korang jangan pulak sentap rod macam ko layan Toman, mampuslah... melepas ko nanti.), yes, fish on... Tak rasa ganas & tak berat memang aku rasa bukan ikan Puyu, terus aku ingat ikan Kepar nie... Masa dah angkat & nampak dekat, perghhhhhh... sekali ikan Sepat da! Dari sub-spesis ikan Sepat Siam! Wah, akhirnya teknik float fishing berjaya mendapatkan lesen ikan Sepat yang aku tunggu2. Teknik pole fishing ari tu tak berjaya lak.




Species : Ikan Sepat @ Gourami (1st Catch)
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread (White Bread)



 
Osem, saiz tapak tangan. Kasar beb!





Aku baling lagi kat port yang sama, seketika ada sesuatu membawa lari umpan. Sentap lembut lagi, terasa ringan & bila dinaikan, terkejut aku; opocottt...! Udang air paya. Aih, kat sini pulak boleh dapat udang...





Species : Udang @ Prawn (2nd Catch)
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread (White Bread)





Baling lagi kat tempat yang sama, terus ditarik lagi... Namun kali ini rabut. 2 kali! Kali ke-3, masih di tempat yang sama, aku biar dulu dia main2 (geram nie!), pastu aku tarik very gentle... & terus sentap lembut. Yes, dapat kali ini. Owh, udang yang ke-2!



 
Species : Udang @ Prawn (3rd Catch)
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread (White Bread)




Bila hari dah semakin gelap, aku buat keputusan stop dulu. Cukuplah for now. Nyamuk, angas semakin banyak menyerang. Syukurlah dengan hasil yang UNsangkaRABLE petang nie.





Akhirnya ikan Kepar tu dah ada tank mate. Tak jahat cam ikan Puyu. Best friend doh...







TOOLs

Ada member yang tanya, aku pakai hook yang macam mana, so kali nie aku pakai jenis nie #3. Kat TCE Tackle ada jual.





Kali ini aku gunakan pelampung jenis nie (jugak ada jual kat TCE Tackle). Yang besar belah kanan. Kalau ikan tarik ke bawah tu, tak perlu korang sibuk, biar jer palampung tu buat kerja dia. Makin besar pelampung (janganlah besar melampau sangat), makin kuat daya apungan & makin kuat ikan tu nak struggle bawak renang maka makin mudah hook terbenam.