"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Tambak Bako. Show all posts
Showing posts with label Tambak Bako. Show all posts

26 August 2020

Toman @ Giant Snakehead #1/2020

Tarikh  : 15.08.2020 (Sabtu)
Masa   : 9.30am - 5.30pm
Lokasi: Tambak Pending & Tambak Bako

 

Seawal 5.30am aku dah bangun & bersiap bagai namun hujan yang turun tak jugak berhenti. Adoiyaiiii… hal camgini buat aku rasa semun (lemau) nak cast. Banyak plan port yang aku nak singgah terpaksa kensel lah jawapnya.

Jam 9.30am baru hujan berhenti. Apa lagi tanpa membuang masa terus aku memecut ke Tambak Pending dahulu. Lama jugak dah tak cast kat sini. Walaupun hari hujan namun aku lihat kaler air agak ok – kaler air tebu. Aku ingatkan karuh...

Beberapa port aku cuba namun tiada sambaran. Kemudian aku beralih ke tengah sedikit. Lama jugak aku kat sini sehingglah… 

 

 

 

Satu sambaran padu memecut deras. Automatik aku hook-up rod, drag pulak terus menjerit. Tapi sayang hanya 3 saat sahaja mampu bertahan sebelum suspek berjaya meloloskan diri dan meninggalkan bite mark sebagai tanda  kenang-kenangan... Arghhhhhhhhh!

 


Aku teruskan cast kat situ lama juga & bertukar-tukar tempat. Namun tiada lagi sebarang miskol. Aku plan ke Tambak Bako pulak. Masa nak sampai kat kereta, ada beberapa orang yang memancing bertentangan tempat dengan aku memanggil & memberitahu ada toman!

Pada mulanya aku malas sebab aku pakai set UL. Tapi dah lama sangat kumpau & kecewa seekor suspek lepas, aku gi jugak kat situ. Huh, diorang lagi dasat, pakai set udang jer aku tengok nak cast toman beb!.

Setelah memerhati boiling toman membawa anak, aku cuba cast namun tiada sambutan dari mama/ papa toman.



Aku kejar berkali-kali juga sampai kat depan nie. Masa tu beliau dah ke kiri lagi dari gambar. Aku baling lure & buat jerk kasar, barulah satu sambaran membaham lure top water yang aku gunakan.

 


Huh, akhirnya naik juga anak toman nie. Boleh tahan jugak pecutannya dilayan dengan set UL. Walaupun bukan sang mama/ papa, puas hati jugak dapat merasa fight hari nie.

 


Species: Toman @ Giant Snakehead
Rod      : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : Tsurinoya_DW59-A




Close-up dengan pandangan sepi. Memang beliau menyesal menyambar lure tadi. Hehehe... 

Memandangkan keluarga sang toman tadi dah semakin jauh dari capaian cast, aku meneruskan plan ke Tambak Bako pulak. Sampai ke petang aku kat situ tanpa hasil. Hanya rabut sang tarpon jer yang sudi meneman.

Syukurlah dapat jugak merasa fight ini. Walaupun seekor, kecil atau besar, nikmat nie hanya pemancing jer yang paham.

 






  Lure(s) Of The Day



 

 

 

03 August 2020

Ikan Belukang @ Sagor Catfish #1/2020


Tarikh  : 02.08.2020 (Ahad)
Masa   : 6.45am - 4.00pm
Lokasi: Tambak Bako

 

Terbabas sedikit hari nie. Permulaan yang lewat. Sambil tu aku kena kejar masa memandangkan petang nanti mem ada program. Lokasi pertama aku try kat Riveria. Sejam lebih jugaklah namun tiada berhasil.

Selepas tu aku memecut ke Kuching kat beberapa lokasi, jugak tidak berhasil sehinggalah menjelang tengahari sebelum memecut balik ke samarahan, aku singgah kat Tambak Bako. Lama jugak aku tak main kat sini.




Time nie air dah start pasang balik. Masa aku lalu sebelum tu rupanya air awal surut. So, aku buat keputusan otw balik nanti jerlah aku singgah. Masih sempatlah nak cast time sampai.




Huh, cam laju jer air angkat pasang balik. Tak sempat nak try banyak spot. Ingatkan nak start dari hujung belah kanan dulu. Pastu tengah & akhir hujung belah kiri. Tapi bila tengok keadaan air, aku try kat tengah jerlah taknak buang masa.




Lokasi biasa aku cast sepanjang batu kat tepi kiri & kanan berkali-kali. Kemudian baru baling ke tengah. Memandangkan aku menggunakan set UL, dapatlah jugak lure kecik sampai sebarang tu. Aku retrived perlahan2 beserta jerk lembut. Kemudian sesuatu menarik lure aku dengan lemah gemalai.




Bukan seperti tarikan MJ atau Selunsong nie sebab tiada sebarang "keganasan" berlaku. Ketutukah? fikirku... Bila semakin dekat, kelibatnya masih belum kelihatan. Asyik dibawak ke bawah jer lure. Takpe, kita layan jer bagi beliau penat (part paling syok nie layan main sorong tarik). Kemudian baru kelihatan empunya angkara, wah Ikan Belukang rupanya!




Tak kusangka sama sekali rupanya Ikan Belukang nie membaham lure. Mungkin lapar sangat dah agaknya. Yes, unlocked "licence" baru. Tambah lagi list koleksi spesis. Hehehe...




Species: Ikan Belukang @ Sagor Catfish
Rod      : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel     : Shimano_Sahara 500FE
Line     : Special Line, 4 lbs
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lbs
Lure    : No Brand_Sinking Minnow, 50mm5g




Pertama kali aku dapat spesis nie dengan menggunakan lure. Rasanya memang rare jugak ikan nie mahu membaham lure. Apa pun, syukur merasa strike. Layan jugaklah dengan set UL nie.

Bila dah air pasang hampir penuh & meninggi, aku putuskan balik menujuk ke Tasik Desa Ilmu pulak mencari Tarpon. Sampai pukul 4.00pm aku kat situ, miskol pun takde. Cukuplah dulu. Walaupun strike seekor sahaja hari ini namun gumbiralah jugak tak kumpau. Hehehe.








Lure(s) Of The Day

Lure takde brand. Beli kat Shopee jer. Kalau diamati macam clone DUO Spearhead Ryuki jer aku tengok. Hrmmm... Aku tukar semua hook kepada single hook.






10 February 2015

Tambak Bako & Tambak Pending Strike 2


Tarikh: 08/02/2015 (Rabu) 
Lokasi: Tambak Bako | Tambak Pending
Masa  : 11.30am - 2.30pm



Misi mencari lauk pagi nie. Sasaran spesis saltwater. Cam biasa seawal 6.15am aku dah terjah port Riveria. Tapi kumpau. Bila takde sambutan gitu, aku tukar port menuju ke Salak. Pun kumpau & rabut baby Barra jer.

Seterusnya aku target port Tambak Bako & Tambak Pending. Strike kat situ tapi saiz bukan untuk dibawak balik. Baby Local Tarpoon & baby GT jer (ishhhh... kalaulah dapat abang ke mama, papa GT ke kan best!). Apa2 pun, janji strike. Layan jerlah...





Aku target MJ & Barra, tapi Local Tarpon lak yang banyak kacau...





Sine pun takde sambaran yang ganas yang aku harapkan...





Baby Local Tarpon jer yang sudi. Layan jerlah asal tak kumpau. Dapat gak tambah story untuk blog aku nie.





Species: Baby Local Tarpon / Bulan (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: No Brand_Prawn
Status: C&R





Close-up.





Bila dah berkali2 gak cast & tiada sambutan, bahkan banyak gangguan sang Buntal, apa lagi tukar portlah jawapnya...





Sampai tambak Pending, terus aku cast kat teluk kecil yang ada kayu tu. Terkejut aku sebab lure aku baru landing & terus disambar. Rasa memang kecil, sekilas pandang aku ingatkan Bulan. Rupa2nya baby GT!





Species: Baby GT (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Calcutta Conquest 51
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: No Brand_Prawn
Status: C&R





Adoiyaiii.... Kalaulah kau dah dewasa tadi kan best! Hrmmmm... layan jerlah!





Agak2 dah rasa "half cook" aku kat sini & tiada lagi sambaran & miskol, aku plan last port aku nak carik snakhead jer kerana hendak merasa Haruan Goreng Kunyit Halia (klik sini untuk rujuk post lepas)...








LURE OF THE DAY: Yang sebelah kanan (siap dengan hook)









01 December 2014

ULTRALIGHT (UL): RemBULAN Kesiangan - Tambak Bako Strike 1


Tarikh: 25/11/2014 (Selasa) 
Lokasi: Tambak Bako, Kuching
Masa  : 07.30am - 12.30pm



Sepanjang minggu nie aku terlibat sebagai Pengawas Peperiksaan bermula dari 24 - 28/11/2014. Aku lihat jadual bertugas, cantikkkkkkk... 1st day hari Isnin tu jer aku jaga pagi sampai petang. Hari Selasa, Khamis & Jumaat kena shift petang. Hari Rabu lak tak bertugas.  

So, apa lagi yang harus aku buat bagi mengisi masa lapang di waktu pagi? Pasang strategi lah. Pantang ada ruang & peluang! Hahaha..

Kali ini aku nak meUL (meUltralight) Cik Bulan Tambak Bako. Banyak kali dah main Bulan sini tapi asyik keciwa. Masih belum hanyir set UL aku di Kuching / Samarahan ini. 

Antara port Bulan yang paling degil pernah aku temui. Memang aku respek kat member2 aku yang dapat cast Bulan kat Tambak Bako nie!





Air beransur surut. Time nie lah Bulan banyak keluar beriadah.





"Boiling" ada di mana2. Tapi payah digoda!




Pelbagai lure & sp dah aku try. Memang tak nak jugak Bulan nie sambar. Makin buat aku panas jer! Last2 aku pakai popper Ofmer. Mula2 tu aku try pelan2 retrive tapi takde respon. Kemudian aku main agresif lak. Aku retrive ala2 The Fast and the Furious gitu & walaaaaa... menjadi!





1st catch yang nie macam tak sengaja jer. Foul hook - sangkut kat badan & bukan kat mulut. Agaknya beliau tengah merempit dengan lure tu, hilang kawalan & terbabas lalu terhook kat body...
 




Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Lemax, 10 lb
Lure: Ofmer 4D Popper 65F
Status: C&R





2nd catch. Kali ini solid hook-up. Sangkut kat mulut. Teknik yang sama aku gunakan retrive tu - The Fast and the Furious.





Species: Ikan Bulan @ Local Tarpon
Rod: Kanicen Nix, Leebass 6' 1-6 lb(KN-Leebass-001)
Reel: Hemingway, SMA1000
Line: Jig Man, 4 lb
Leader: Lemax, 10 lb
Lure: Ofmer 4D Popper 65F
Status: C&R




Akhirnya, puas betul rasa hati aku walaupun tangkapan tidak sebesar & sekasar Bulan di Telaga air (klik sini untuk story Bulan tersebut). Yang penting set UL aku dah hanyir di Kuching...





06 April 2013

Kumpau Memanjang.....

Sabtu, 06/04/2013

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di petang tu jugak!... Casting kali ini sekitar Kuching sahaja. Agak lewat sedikit aku turun kali ini. Kebiasaan nya jam 6.30am. Namun kali ini pukul 8.30am baru start turun. Spot pertama di Kontena. Apa punya salah baca pasang-surut air da... sekali sampai kat spot tu, surut dah... Baru nak pasang! Aisehhhh....



 Spot Kontena... air baru nak pasang... 


 Banglo Mampu Milik tu wooo... Cast jer lah sedas dua... - no luck today.


Sebelum ke spot seterusnya (e-Mart), di simpang Kopodim aku terjah juga. Lama dah aku tengok jer spot nie tiap kali lalu. Namun kali ini singgahlah pulak. Manalah tau kan ada belao (haruan / snakehead)? Tapi takde 'mis kol' langsung... Rupa jer menarik. Agaknya penghuninya masih tido kot??? Lepas tu aku ke spot e-Mart. Hasilnya pun sama gak... K.O.S.O.N.G.


Leh tahan spot nie... but takde 'mis kol' dari penghuninya...

 
 Sama gak takde penghuni...


 Senyap jer...



Nie satu lagi spot yang dah lama sangat aku tak terjah, Tambak Bako. Tenang jer airnya, setenang lure aku tak dijamah... hampeh 'tul. Lebih kurang 15 minit aku kat situ sebelum berpindah ke spot harapan terakhir iaitu Tambak Pending. Kat spot nie pun hasilnya tetap sama, dah bukan rejeki aku kali ini. Dan dalam pukul 3 lebih, hujan lebat melanda... Sabar jer lah...


 Tambak Bako yang tenang...


 Tambak Pending pun tenang gak kali ini...


 Kelebihan Tambak Pending... Tempat rehat (cam stesen bas) dengan view sungai...


 Hujan lebat yang memaksa aku 'Log-Out' awal... 

 Nahhh... sebelum balik rumah pekena Char Kuey Tiaw Kerang by Encik Amirul, panas-panas di kala kesejukan melanda. Tangkap lilih wooo...


 Char Kuey Tiaw Kerang - Penang Corner @ Warung 2000, Kota Samarahan.