"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

09 February 2015

Snakehead Report (1st week of February 2015)


1st Reports

Tarikh: 04/02/2015 (Rabu) 
Lokasi: Airport Lama, Bintulu
Masa  : 8.30am - 5.30pm



Kesempatan bertugas di luar kawasan ke Bintulu kali ini (arahan mengejut daripada Boss), terus aku plan nak bawak set pancing sekali dengan mensasarkan snakehead

Memandangkan lokasi penginapan aku dekat dengan port ini di tambah lagi aku belum ada geng komplot di Bahagian Bintulu & tiada transport maka aku memilih kawasan sekitar Airport Lama sahaja sebagai sesi pengenalan casting di Bintulu.

Alhamdulillah, tidak kumpau di mana 4 ekor berjaya aku naikan & beberapa kali gak rabut. Lokasi pulak di tengah2 bandar. Memang hairan orang yang lalu-lalang tengok aku cast kat situ.




Port di tengah2 Bandar Bintulu. Lokasi, bekas lapangan terbang lama yang sekarang nie diorang buat festival layang2 kat sinilah. Yang aku terjah kat port X1, X2 & X3. Hujung sebelah kanan yang selari dengan X3 jer yang aku tak terjah.





Selfie kat port X1.





Nampak "pulau" rumput2 menghijau tu kan, cam sedap jer nak pijak. Tapi AWAS, jangan tertipu cam aku. Pijak jer terus tenggelam sebelah kaki aku. Hampir sampai paras lutut tenggelam! Walaupun ada taut orang pasang kat situ, rupa2nya situlah snakehead bersembunyi. Nampak jer kecik jer port nie. Namun hakikatnya persembunyian snakehead kat bawah "pulau" rumput...





Tangkapan pertama aku dari sang mama (ada anak2 beliau kat situ bermain kejar2) kat port X1. Beberapa kali gak rabut & gangguan dari saiz curut sebelum aku dapat yang nie. Gambar nie sebenarnya makcik yang kerja sapu jalan tolong amik kan. Sebagai upah, aku bagi snakehead nie kat dia. Tekejut gak dia tengok saiz yang kasar camnie dia cakap. Patulah masa aku fight tu cam ada rasa mata yang memerhati jer dari belakang... (Jangan Pandang Belakang! Eeeeee.... serammmm!)





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Storm_Solitude (SOC604ML_6-12 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: Bagi kat makcik yang tolong amik gambar





Close-up. 43cm, yang paling besar dalam misi ini.





Hoh, memang tepi jalan laluan utama kenderaan di tengah2 bandar. Nie baru betul2 Street Fishing - Bintulu Style!





Rabut kat sini da...





Berjalan lurus lagi sampai jumpa titi kayu, terus menyeberang dan sampailah di port X2. Mulanya tak nampak "tanda2" penghuni kat sini. 2nd round lepas cast kat port X3 sebelum balik baru berhasil.





Best betul tempat nie. Walaupun tak dalam sangat, tapi kebanyakan camnie lah rupanya. Mungkin bekas kawasan paya kot? Kalau nak training anak2 casting memang aku rekeman bawak belajar kat sini.





Ambush dari penghuni di kawasan selekoh (corner) yang berhasil dengan saiz baru nak register sekolah menengah... Janji strike!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Storm_Solitude (SOC604ML_6-12 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R




Close-up. Hoh, "mengigit" sipi2 jer. Nasib baik tak koyak habis.





Kat port X3 lak aku rabut sekali. So time nie aku dah nak balik setelah cast dari pagi, kemudian rest sebab hujan lebat & sambung balik dari tengahari sampai petang. Lalu balik kat port X2 maka kelihatan baby snakehead seronok bermain. Sekali cast kat tengah2 baby tu, "bushhhh!" lure aku kena sambar. Dapatlah saiz baru nak register sekolah menengah jugak. Pun begitu, mama nie. Kawin awal agaknya...





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod: Storm_Solitude (SOC604ML_6-12 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: C&R





Close-up.





Bila dah lalu kat port X2, otomatiknya kena lalu balik port X1 gak. Pun kelihatan baby snakehead bermain dengan riang. Cam biasalah kalau dah jumpa "suasana" tu, cast terus & berkali-kali, tiada sambutan lak. So, aku biarkan jer baby tu & cast jauh sikit dari kawasan tu. Tiba2 sambaran ganas menekan lure aku kebawah. Agresif dari yang mula2 tu. Nah yang ke-2 kasar (malas dah nak sukat, anggaran aku kecik sikit jer dari 1st catch, dalam 40-41cm camtu. Tapi power & stamina dia perghhhhh melawan beb!





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th Catch)
Rod: Storm_Solitude (SOC604ML_6-12 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: C&R






Close-up. Penutup untuk misi pertama aku di Bintulu. Overall, aku berpuas hati dengan sambutan & kerjasama yang diberikan oleh snakehead Bintulu. Bagi yang traveling singkat di Bintulu & tangan dah ketar2, terjah jer kat port nie. Kalau tak strike, kumpaulah!... Hahaha... Insyaallah lepas nie kalau ada kesempatan gi lagi aku dah ada geng caters Bintulu untuk komplot bersama2 (baru buat kawan malam tu lepas aku post kisah aku nie dalam FB). Till next time...








2nd Reports
 
Tarikh: 08/02/2015 (Ahad) 
Lokasi: Parit Sawah Padi, Kota Samarahan
Masa  : 3.30am - 5.30pm



Beberapa minggu lepas, masa aku kumpau snakehead time tu, aku teringin sangat nak makan Haruan Goreng Kunyit Halia. Aku membayangkan makan dengan nasik putih kosong panas2 sebab time nie musim hujan. Hampir dapat seekor, tapi last minit diselamat teratai! Arghhhhh... Saat aku nak sangat2, tak dapat pulak. Nak buat camna kalau dah bukan rejeki tika & saat itu...

So, kali ini bebekalkan misi yang sama, sekali lagi aku terjah port tersebut. Alhamdulillah, strike 2 ekor. Aku hanya perlukan sekor jer untuk buat lauk. So yang sekor lagi aku C&R. Tapau ikut keperluan, bukan perasaan! Ingat tu....




Sebahagian kawasan sawah padi nie masih banjir & sebahagian lagi ada yang mula surut. Ini menyebabkan snakehead terperangkap kat kawasan camnie. Bila jumpa saliran parit, jangan dilepaskan sama sekali peluang untuk cast kerana... 1st strike aku tu kat sini. Hehehe...





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Ofmer_BB Kaeru
Status: Tapau @ Take Away...





Close-up. Sekor nie aku bawak balik & masak Goreng Kunyit Halia. Yes!...





Parit utama dah dipenuhi teratai. Ada gak try, tapi takde sambaran. So aku jumpa lagi saliran camni, cast & bammmmm, strike ke-2!





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Daiwa_Alphas 103L (Purple)
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: SureCatch_Tiny Frog
Status: C&R





Close-up. Yang nie panjang umo... Aku C&R...





Cantik & geram tengok kan? Time nie takde lak. Beberapa minggu lepas rabut saiz kasar aku kat sini. Mungkin berada di luar jangkauan cast aku - Tak jauh dapat baling lure...





Alhamdulillah, merasa jugak akhirnya aku Haruan Goreng Kunyit Halia + Nasik Putih Panas2 & Cicah Sos Thai. Kena lagi time nie hari sejok. Perghhhhhh... wa cakap lu! Aku sendiri menyiang, aku sendiri masak & aku sendiri gak yang habiskan. Pasal tu lah aku selalu C&R. Takde family yang nak makan ikan nie dengan aku. Kalau kat Semenanjung mau dah jadi endangered species haruan nie. Aku pun heran, ngapa orang Sarawak tak makan sangat ikan nie. Kalau tak kerana perubatan (lepas pembedahan biasanya), mamang tak mencari & tak makan punya...

 




No comments:

Post a Comment