"Barang yang lepas jangan dikenang...". Biasa tak dengar ungkapan tu? Hrmmm... jangan dikenang, tapi dikitar semula (recycle). Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang terlupa & mungkin ada yang tak tahu / perasan ada jighead yang boleh direcycle.
Sebagai contoh, jighead dari soft plastic (SP) yang murah. Kerana murah, biasanya orang buang jer jika berlaku kerosakan pada SP tersebut. Sayangnya, hook & jighead masih elok turut menjadi mangsa dibuang bersama...
 |
| Pernah pakai jenis nie tak? Mungkin kat tempat korang murah lagi kot? SP yang sedia ada dengan jighead / hook. Banyak lagi jenis dari jenama lain. Demo tips kali ini aku gunakan jenis ini. |
 |
| Ok, bahan2 yang diperlukan; contoh SP yang rosak, cutter, marker / pen & SP gantian (mana2 brand pun boleh). |
 |
| Ambik contoh SP pertama dalam pic1 (yang dah rosak dibelasah ikan Buntal!). Belahkan SP tersebut & keluarkan jighead. |
 |
| Ambil SP gantian (aku gunakan jenis gurb brand Hinomiya sebagai model) & tandakan tempat yang akan dibelah nanti (arrow merah) dengan marker / pen. Arrow biru tu pulak merupakan tempat hujung jighead (hook) akan keluar. |
 |
| Belah dengan berhati-hati tempat yang ditanda tadi. |
 |
| Dengan menggunakan hujung jighead (hook) tebuk hingga keluar mata tu (seperti pada arrow). Ini merupakan tempat untuk hujung yang satu lagi tempat letak snap (kepala) jighead keluar nanti. |
 |
| Masukan dahulu pada bahagian belakang SP hujung jighead dengan cara slanting atau serong (ikut arah arrow). |
 |
| Hingga jadi camnie. |
 |
| Langkah terakhir, tolakkan ke atas hingga keluar bahagian kepala jighead pada tempat yang ditebuk tadi, rujuk pic5 & kemaskan seperti dalam pic nie. |
 |
| Tadaaaaa... Siap sudah. Boleh jugak gunakan SP lain. Kalau yang ada treble hook tu, direkemen untuk tukar hook. Pakai yang kuat sikit. So, pasnie fikir dulu sebelum buang yek. Selamat mencuba. |