"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

26 May 2015

SHARING Tips: Recycle Jighead




"Barang yang lepas jangan dikenang...". Biasa tak dengar ungkapan tu? Hrmmm... jangan dikenang, tapi dikitar semula (recycle). Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang terlupa & mungkin ada yang tak tahu / perasan ada jighead yang boleh direcycle

Sebagai contoh, jighead dari soft plastic (SP) yang murah. Kerana murah, biasanya orang buang jer jika berlaku kerosakan pada SP tersebut. Sayangnya, hook & jighead masih elok turut menjadi mangsa dibuang bersama...







Pernah pakai jenis nie tak? Mungkin kat tempat korang murah lagi kot? SP yang sedia ada dengan jighead / hook. Banyak lagi jenis dari jenama lain. Demo tips kali ini aku gunakan jenis ini.







Ok, bahan2 yang diperlukan; contoh SP yang rosak, cutter, marker / pen & SP gantian (mana2 brand pun boleh).






Ambik contoh SP pertama dalam pic1 (yang dah rosak dibelasah ikan Buntal!). Belahkan SP tersebut & keluarkan jighead.






Ambil SP gantian (aku gunakan jenis gurb brand Hinomiya sebagai model) & tandakan tempat yang akan dibelah nanti (arrow merah) dengan marker / pen. Arrow biru tu pulak merupakan tempat hujung jighead (hook) akan keluar.






Belah dengan berhati-hati tempat yang ditanda tadi.





Dengan menggunakan hujung jighead (hook) tebuk hingga keluar mata tu (seperti pada arrow). Ini merupakan tempat untuk hujung yang satu lagi tempat letak snap (kepala) jighead keluar nanti.






Masukan dahulu pada bahagian belakang SP hujung jighead dengan cara slanting atau serong (ikut arah arrow).











Hingga jadi camnie.






Langkah terakhir, tolakkan ke atas hingga keluar bahagian kepala jighead pada tempat yang ditebuk tadi, rujuk pic5 & kemaskan seperti dalam pic nie.






Tadaaaaa... Siap sudah. Boleh jugak gunakan SP lain. Kalau yang ada treble hook tu, direkemen untuk tukar hook. Pakai yang kuat sikit. So, pasnie fikir dulu sebelum buang yek. Selamat mencuba.







2 comments:

  1. Tips terbaik dan siap ada tutorial bergambar lagi. Fishing IS your passion, please keep up the good work with your blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makseh tuan atas komen.
      Insyaallah, saya akan cuba yang terbaik untuk berkongsi pengalaman dalam hobi hanyir ini melalui blog...

      Delete