"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

18 May 2015

Riveria Strike 5


Tarikh: 17/05/2015 (Ahad) 
Lokasi: Riveria (Kuching - Samarahan Expressway)
Masa  : 6.30am - 4.00pm



Minggu nie aku malas nak turun ke Belungei sebab dah 3 minggu berturut2 aku ke sana. So, plan aku minggu nie casting sekitar Kuching / Samarahan jer. Dan bermula sejak 2 minggu lepas, aku hanya dapat casting setiap hari Ahad jer sebab anak aku dah start tution & belajar berenang setiap hari Sabtu. Memang jadi weekend caster dah sekarang nie.

Riveria... Lama dah aku kumpau kat sini sejak last tangkapan terakhir aku September 2014. Bukan kata takde gi langsung, tapi kumpau jer. Paling dekat pun bulan Mac ke April (?) lepas, tapi rabut Selunsong. Akhirnya hari ini "tertulis" jua strike aku kat sini...






Pic nie semasa waktu petang sebelum aku balik. Yang sebenarnya sejak awal pagi lagi aku dah cast kat sini. Strike snakehead jer (lain yang dicari lain lak yang dapat). Pastu aku cast kat Tambak Pending, Tambak Bako, Bandar Baru Semariang, Sungai Rengit, Salak (semuanya kumpau beb!) & last ke Riveria semula (instinct aku suruh cer try sekali lagi... cewah, instinct le sangat  (hakikatnya masih geram sebab kumpau. Hahaha...)!





Kat sinilah "crime scene" tu berlaku... Time nie hari dah nak hujan. Kawasan sekitar Kuching dah hujan dah & nampak gaya menuju ke sini gak.





Hanya beberapa kali aku baling lure, tetiba terasa SP aku diragut manja2 biawak. Aku biarkan beberapa saat sambil twitch2kan sedikit (agar pemangsa tu imagine yang SP dalam mulut beliau hidup & bergerak2) hingga si peragut tu mula memecut laju. Inilah saat yang aku nantikan, terus aku hook-up dengan kuat, lalu tindak balas fizik yang mengakibatkan rod aku melentur dengan seksi amat. Aku capai kamera dalam poket seluar & sempat menyenap pemandangan indah ini sambil melayan perasaan, diselangi bunyi muzik yang indah dari drag BC...





Hoh, Selunsong (barramundi) kataku dalam hati yang sedang berbunga...





Degil betul beliau nie. Melompat, timbul, tenggelam, memecut, semua dia buat. Takpe, layan dulu sehingga beliau penat...





Setelah kepenatan & hampir menyerah kalah. Pastu...





Tadaaaaa... Yes! Alhamdulillah, rejeki yang tak terhingga... Berbaloi penat lelah hari ini. Inilah ganjaran bagi yang berusaha, sabar & tak berputus asa, insyaalaah....                 "Syukur padaMU atas kurniaan ini. Buat isteri & anak2 di rumah - Abah tak kumpau!. Buat rakan2 caster yang lain - Masih ada penghuni kat sini guys!..." Hrmmm.. dah macam ucapan anugerah le pulak!





Species: Selunsong / Barramundi (49cm, 1.4kg)
Rod: Storm_Trickster (4-10 lb) 
Reel: Shimano_Scorpion MG 1001
Line: Special Line (4X), 10 lb
Leader: Bossna_DFC Leader, 20 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Hinomiya_Grub
Status: Tapau





Lama dah aku mengidam nak merasa fight selunsong berskala 1kg, syukur tercapai gak hari ini. Alhamdulillah...





Close-up. Hoh, nasib baik ada treble hook yang menyangkut kemas kat dalam. Single hook lak tak sangkut.






Another close-up.






Baru 2, 3 kali aku sambung cast, hari dah semakin mendung. Yang tu masih boleh tahan... Tapi bila start dah keluar "flash" dari "camera" atas tu, meremang jer rasa bulu roma aku & petanda menyuruh aku stop sebelum apa2 perkara yang tidak diingini berlaku. So, cukuplah dulu misi untuk hari ini...





Nie lure yang aku gunakan + hook (dari sp yang rosak. Jangan dibuang ye, masih boleh recycle & gunakan untuk yang lain hook tu). Just masalah dengan clip yang aku gunakan dari jenama (lupa lah pulak) tulis kat peket tahan 12kg!, sekali kena Selunsong 1kg dah terburai. Treble hook lak kangkang. Bila aku tengok nie, fuhyooo... hampir2 melepas beb! "Kun Faya Kun", itulahkan kalau dah rejeki dariNya... Kena beli clip brand lain lepas nie.







 LURE(S) OF THE DAY  


Hinomiya Gurb



2 comments:

  1. pijan...atas tu ada signboard dilarang memancing.....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diZoom betul2 bro, gambar tu orang memancing DUDUK. Aku lak casting BERDIRI. Kalau ikut pemahaman aku takleh pancing duduk. So, bawak kat mahkamah kira aku menang. Hahaha... Cuba tengok pic ke-2 last dalam link nie, copy paste ke addree bar:

      http://pijanmadinil.blogspot.com/2014/09/landbase-riveria-strike-1.html

      Delete