"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Port Tapah. Show all posts
Showing posts with label Port Tapah. Show all posts

31 July 2023

Sebarau @ Hampala #4/2023


Tarikh  : 27.7.2023 (Khamis)
Lokasi : Port Tapah


Sekali Lagi aku ke sini gais. Hujan sekejap amat semalam & aku jangkakan Port Dahan masih terlalu jernih & surut, so peratus kumpau amat tinggi sebab kondisi begitu payah nak jumpa Sebarau "bersaiz" kat situ.

Tulah aku buat keputusan bertandang kat Port Tapah nie lagi. Sini pun sama, kalau air terlalu jernih susah nak jumpa yang bersaiz tu. Harap2 rezeki & nasib dia boring2 lepak memanjang lalu keluar merayau...




Mulanya aku dah cast kat port Dam tu tapi tiada sambutan. Kemudian aku cuba pulak belah hulu lagi sikit dari Dam tu kat kawasan bertunggul kayu/reba hujung nun... (masuk melalui jalan kampung).





Banyak spot potensi - tunggul kayu/reba kat sini. Semua aku try namun tiada sambaran jugak. Kondisi air dah kira ok dah, tak terlalu jernih sangat. Entahlah, masih belum paham sepenuhnya aku pek'el Sebarau sitok (sini)...




Berkalih lagi kat sebelah jer kat port target utama tadi. Huh, ko nampak tu? Potensi? Ganas? Ya... Tahap kerjernihan nie baru nampak "pengcukai2" di sini. Kalau air besar & keroh memang tak perasan kawasan korban lure nie.

Entah kali ke berapa aku cast (& 2,3 bijik lure terkorban dah), balingan "berani mati" di antara tunggul tu tetiba lure aku disambar!




Kali ini pertarungan hebat - lure dibawak kat tunggul kayu/reba tu, maka tersangkutlah seketika... Di sinilah rasa dup dap dup dap nak tarik ikan keluar. Risau tali putus bergesel kat dalam tu.

Setelah puas main tarik2, aku pump habisan sehingga dirasa sedikit kayu tu patah dan ikan mula bebas & akhirnya rezeki berpihak kepada aku, alhamdulillah...




Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Windshadow, 2-8 lb
Reel     : Shimano_Curado BFS XG
Line     : Seaknight, 8 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow




Solid hook up gais! Kalau dah rezeki tertulis...




Tu dia gais, saiz fighter... Syok wooo kalaulah setiap kali strike dapat minimum saiz camgin, kan best layan. Hehehe.... 

Seekor ini sahaja yang berjaya dinaikan dalam trip kali ini. Ada urusan nak ke buat petang nanti, terpaksa aku stop awal. Lagipun panas hari ini ya ampunnnnn...


 

 

 

Lure(s) Of The Day




Others











UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)








17 July 2023

Sebarau @ Hampala #3/2023

 

Tarikh  : 13.7.2023 (Khamis)
Lokasi : Port Tapah


Kamu nunggu ya? Nak skodeng port ya? Hahaha... Ini bukan pertama kali aku cast kat sini, menaun jugak dah main, tapi tak pernah strike. Pasal tulah korang tak pernah nampak nama nie dalam report blog aku.

Minggu lepas aku dah try, strike tapi masa nak angkat tu terauto release. Saiz kecik jer tapi tulah, baru nak menghanyir port... Bukan rezeki. Syukur minggu nie masa aku cuti, sempat gak lah singgah try lagi. 

Tapi sebelum tu aku nak share sikit satu tempat di mana peninggalan orang Jepun (sebelum perang) yang bertapak kat tempat aku nie. Tak sangka betul, sampai jugak diorang kat kawasan pendalaman & jauh dari bandar besar masa tu...

 

 

 

Tu dia gais... Pintu Gerbang (Torii Gate) menuju ke Yorioka Shrine. Hanya di tepi jalan jer.




Baru berkesempatan berkunjung kat monumen nie.





Terselamat & telah dipulihara. Katanya memang dibuat dari batang pokok Sakura yang diorang bawak dari Jepun.




Masih tersergam indah. Terima kasih buat mereka yang menjaga monumen nie.




Since 1911 tu gais... Kira baru2 jugak dipulihara.




Pemandangan dari atas bukit...




Tapi tulah sayang, Shrine kat atas nie dah roboh. Di harap pihak berkenaan dapat menyelamatkan yang nie jugak. Sayang wooo... 

Link penuh review dari pengunjung lain & korang boleh tengok peninggalan lain (ada 4 semuanya) korang klik kat sini:

 

https://www.ricemedia.co/sarawak-the-yorioka-shrine/




Alright, kita terus ke topik utama...

Walaaaa... Dam kecik yang menjadi lokasi cast aku pada hari ini... Time nie air ada besar & keruh sikit dari minggu lepas.

 





                                                 Overall view dari atas.




Dulu tak ada tembok tu. Tanah jer. Sekarang baru nampak cantik sikit & selesa nak cast.




                       Antara tempat yang wajib baling lure, bawah pokok nie.





Kat kawasan tangga, kalau air besar memang melimpah. Jangan lupa try baling lure kat situ, mana tau.... Setelah lama try main kat bahagian bawah dam & tiada sambutan (walaupun minggu lepas terauto release kat bawah nie lah), aku tukar pulak main kat bahagian atas.





Balinglah kat mana2 korang rasa berpotensi...




Bawah pokok tu pun leh try... Aku cast kat seberang bawah pokok tu pulak. Aku biarkan lure sinking sampai kat bawah & retrive perlahan, terus terasa sangkut mulanya. Kemudian bila ditarik melawan pulak. Sah strike gais!




Alhamdulillah, setelah melayan naik jugak saiz best. Aku bawak kat bawah dam untuk sesi review & photo shoot...



Species: Sebarau @ Hampala Barb 
Rod      : Lurestar (494C), Light
Reel     : Fishband_Clamber Hyper Micro
Line     : Seaknight, 10 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (50mm)




Close-up... Selepas berhasil dengan nie, aku cuba beberapa kali lagi kat port belas atas tadi, namun tiada lagi sambaran. Hanya berhasil dengan seekor nie sahaja. Cukuplah yang penting ada strike...





Lure(s) Of The Day

Lure bajet yang aku gunakan kali ini. Jangan lupa untuk menukar split ring & hook sebagai langkah berjaga-jaga.




Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.





UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)