"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

31 July 2023

Sebarau @ Hampala #4/2023


Tarikh  : 27.7.2023 (Khamis)
Lokasi : Port Tapah


Sekali Lagi aku ke sini gais. Hujan sekejap amat semalam & aku jangkakan Port Dahan masih terlalu jernih & surut, so peratus kumpau amat tinggi sebab kondisi begitu payah nak jumpa Sebarau "bersaiz" kat situ.

Tulah aku buat keputusan bertandang kat Port Tapah nie lagi. Sini pun sama, kalau air terlalu jernih susah nak jumpa yang bersaiz tu. Harap2 rezeki & nasib dia boring2 lepak memanjang lalu keluar merayau...




Mulanya aku dah cast kat port Dam tu tapi tiada sambutan. Kemudian aku cuba pulak belah hulu lagi sikit dari Dam tu kat kawasan bertunggul kayu/reba hujung nun... (masuk melalui jalan kampung).





Banyak spot potensi - tunggul kayu/reba kat sini. Semua aku try namun tiada sambaran jugak. Kondisi air dah kira ok dah, tak terlalu jernih sangat. Entahlah, masih belum paham sepenuhnya aku pek'el Sebarau sitok (sini)...




Berkalih lagi kat sebelah jer kat port target utama tadi. Huh, ko nampak tu? Potensi? Ganas? Ya... Tahap kerjernihan nie baru nampak "pengcukai2" di sini. Kalau air besar & keroh memang tak perasan kawasan korban lure nie.

Entah kali ke berapa aku cast (& 2,3 bijik lure terkorban dah), balingan "berani mati" di antara tunggul tu tetiba lure aku disambar!




Kali ini pertarungan hebat - lure dibawak kat tunggul kayu/reba tu, maka tersangkutlah seketika... Di sinilah rasa dup dap dup dap nak tarik ikan keluar. Risau tali putus bergesel kat dalam tu.

Setelah puas main tarik2, aku pump habisan sehingga dirasa sedikit kayu tu patah dan ikan mula bebas & akhirnya rezeki berpihak kepada aku, alhamdulillah...




Species: Sebarau @ Hampala Barb
Rod      : Windshadow, 2-8 lb
Reel     : Shimano_Curado BFS XG
Line     : Seaknight, 8 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow




Solid hook up gais! Kalau dah rezeki tertulis...




Tu dia gais, saiz fighter... Syok wooo kalaulah setiap kali strike dapat minimum saiz camgin, kan best layan. Hehehe.... 

Seekor ini sahaja yang berjaya dinaikan dalam trip kali ini. Ada urusan nak ke buat petang nanti, terpaksa aku stop awal. Lagipun panas hari ini ya ampunnnnn...


 

 

 

Lure(s) Of The Day




Others











UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)








No comments:

Post a Comment