"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

03 July 2023

Sebarau @ Hampala #2/2023

Tarikh  : 1.7.2023 (Sabtu)
Lokasi : Port Dahan (Jalan Semadang - Jambusan)


3 minggu kumpau gais!!! Memang aku layan stream 3 minggu lepas & minggu nie. Apakan daya, kumpau jua takdirnya. Pasal tulah takda report nak buat. So, minggu nie minggu ke-4 (sebulan) & masih lagi port yang sama...

Kali ini aku tidak berkeseorangan, bersama Masterji Ikon Idol, Chia, mencuba nasib atau lebih kepada healing dengan cara kami sendiri... Air kali ini lebih cantik berbanding 2, 3 minggu lepas. Sedikit keruh yang  masih lagi nampak dasar...

 

 

 

Macam biasa aku ada masa 2 jam sebelum turun kerja... Ahhhhhhhh!


 




Minggu lepas lagi terok, teh tarik beb! Ala camgini ok sikit separa keruh.




Sampai lagi kat tempat yang aku strike ada saiz beberapa minggu lepas, retrived perlahan & disambar ayu kali ini. Dapat dirasa bukan kasar...




Species: Sebarau @ Hampala Barb 
Rod      : Custom 246C, 2-6 lb
Reel     : Fishband_Clamber Hyper Micro
Line     : Seaknight, 10 lb
Leader: YGK_N-Walker, Fluoro 10 lb
Lure    : No Brand_Sinking Minnow (45mm)




Perghhhh... Tak padan dengan saiz beb! 3 belang nie memang garang. Hook lagi besar dari mulut.

 

 

 

Bagi aku syukur gais walaupun saiz mini camgini. Ada strike itu adalah bonus. Tak kiralah saiz apa pun & ini memang kena dengan game bfs apatah lagi game stream yang aku layan. Bagi akulah...

 

  


Lepas sampai kat hujung kitaorang patah balik layan bawah jembatan pulak. Tapi tiada rezeki. Bahkan lure aku pulak yang kena cukai... Cukuplah dulu nak kemas2 terus turun kerja lagi pasni. Insyaallah, sehingga berjumpa lagi gais...
 


 

 

 

Lure(s) Of The Day

Wokeh kali ini aku test lure bajet takde brand dari Shopee nie. Sinking minnow (45mm, 4.5g). Of couse hook tukar pakai single hook. Aksi lure nie memang terbaik. Dapat dirasa vibratenya time dikarau. Lebih bagus dari minnow yang selalu aku pakai sebelum ini. Kena tambah stok lah pulak pasni.

 

 

 

 

Walaupun ada besar sedikit hook nie, tapi tak menganggu prestasi renangan lure.




Split Ring aku biasanya aku pakai yang nie.




Snap aku suka pakai jenis Fig-8 (14kg) brand Rod Ford.





Gabungan mantap lure bajet baru & Fishband Clamber Hyper Micro agak menarik. Kena praktis sikit lagi agar cun dengan setup game aku nanti.

 

 

 

UPDATED: Link video dah keluar Youtube gais! Klik sini...

(Subscribe, Like & Share gais... ;p)

 

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment