"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label YO-ZURI_Hybrid. Show all posts
Showing posts with label YO-ZURI_Hybrid. Show all posts

12 November 2018

Ikan Sumpit @ Archeryfish #1-2/2018


Tarikh  : 11/11/2018 (Ahad)
Lokasi : Salak
Masa   : 6.50pm - 5.45pm



Boat base pertama aku untuk tahun 2018!!! Perghhhh... punyalah lama dah tak boat base. Ajakkan dari member aku, Nazri ku sambut dengan set casting terbuka... Kali ini berempat pergi (3 - Caster, 1 - Tekong). Lokasi dipilih - sekitar Salak. Target utama - Ikan Kerapu... 

Tiada rezeki Kerapu aku kali ini... Lebih kepada jadi jurugambar! Bertuahlah sapa2 yang nak jadi model, bawak aku cast sekali. Nescaya osemmm gambar korang lebih2 disnap dengan Huawei Nova 3i (Hrmmmm... iklan free).




Nazri bersama tekong & bot yang akan kami gunakan.





Posing jap sementara menunggu ketibaan YB kazen aku.





Huh... akhirnya YB Sega yang dinanti muncul jua.





Here we go...





Nazri memecah kesunyian dengan tangkapan Kerapu pertama.





Saiz makan kat seafood nie, nice...





Berpindah tempat pulak... Dia lagi dengan strike ke-2.





Saiz sedap layan nie.





Kazen aku dengan Kerapu pertamanya.





Lagi lagi si Nazri yang strike!





Laku betul lure Zrek Fish Trap kat sini. Aku ada cuba jugak tapi takde rezeki...





Kali ini Sega pulak strike. Juga mengunakan Zerek Fish Trap.





Dia lagi... Haishhhh... Bila lak turn aku nie?!





Korang panggil apa ikan nie? Kat sini dipanggil Bengot.





Hrmmmm... malas nak cakap.





Belukang pun sudi jugak?!





Bila melihat Ikan Sumpit cuba menyerang lure (lure besar aku gunakan), terus tukar pakai lure kecik dipinjam dari Sega. Yes, pengubat kumpau akhirnya! Sumpit pun Sumpit lah... Janji strike!





Species : Ikan Sumpit @ Archeryfish (1st Catch)
Rod       : Viper_Venom Hybrid, 8-17 lbs
Reel      : Shimano_Sahara C3000HG
Line      : Tri-Poseidon, 15 lbs
Leader : Yo-Zuri_Hybrid
, 25 lbs
Lure     :
Eupro_K2 Lure 45s





Kerapu lagi naik by Sega.





Ikan Sumpit pun banyak yang dia naikan. Aku jer yang malas nak gambar.





Yes, Ikan Sumpit ke-2 kali ini. Sega suruh aku try lure baru beliau. Hanyir terus! Sayang betul aku tak bawak set UL, baru syok layan...





Species : Ikan Sumpit @ Archeryfish (2nd Catch)
Rod       : Viper_Venom Hybrid, 8-17 lbs
Reel      : Shimano_Sahara C3000HG
Line      : Tri-Poseidon, 15 lbs
Leader : Yo-Zuri_Hybrid
, 25 lbs
Lure     : Storm
_Gomoku Dense





Gaya bertenggek yang penuh kompiden melayan strike dari Nazri





Hasil yang terakhir & penutup untuk trip kali ini.





Hasil keseluruhan. Kumpau Kerapu aku edisi kali ini. Itulah namanya kalau dah bukan rezeki... Walaupun lure yang sama, tempat yang sama tapi rezeki berbeza.









   LURE(S) OF THE DAY

Eupro K2 lure 45s kalau tak silap lah...





Storm Gomoku Dense - Aksi renangan yang menarik.












02 July 2018

Haruan @ Striped / Common Snakehead #6-7/2018


Tarikh  : 25/06/2018 (Isnin)
Lokasi : Sekitar Kuching-Samarahan
Masa   : 7.30am - 2.30pm


 
Yo, pekaba "Kipas Mati" blog aku sekalian? Masih tidak terlambat untuk aku ucapakan Salam Aidilfitri. Seperti biasa, ini merupakan Season Fishing baru aku selepas bercuti & berehat panjang. Banyak jugak karangan nak dibuat nie. Hrmmm... aku cuba ringkaskan dulu. Mode rajin menaip masih belum diactivate 100% lagi nie... Aku mulakan dengan laporan Snakehead terlebih dahulu sebagai pembuka tirai lembaran baru ini...





Pada mulanya aku ke Tasik Desa Ilmu terlebih dahulu bagi mencari Tarpon & Toman. Namun tidak berhasil. Kemudian aku terjah port kat Taman Uni Central nie. Lama gak aku dah skodeng port nie, cuma belum berkesempatan pada mulanya. So, hari nie baru ada masa. Dengar kata member akulah, dah 2 kali dia pergi kat port nie & 2 kali jugak kena sound oleh penghuni kat rumah tu (dilindungi pokok2 tu. Belakang rumah beliau nie, pasal tu dia sound agaknya...). Mujurlah time aku cast takde yang sound.
 



"Heavy cover" jugak tempat nie. Kena berhati2 kalau tak nak lure sangkut. Tak jauh sikit dari rimbunan rumput tu, terdengar sambaran manja2. Aku cast terus & retrived pelan2, terus lure aku disambar sesuatu...





Strike seekor haruan saiz comel...




Yes, hasil pertama pembuka tirai season baru...




Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Ajiking_Boxster 305L
Line      : Tri-Poseidon, 30 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid, 25 lbs 
Lure     : Mombok




Kali ini aku dengar pulak bunyi letupan kat kawasan gelap bawah pokok tu. Aku cast & biarkan sebentar lure kat situ. Baru bergerak sekejap lure aku, terus disambar lagi...




Dapat lagi yang lebih kurang sama saiz dengan yang pertama tadi...




Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : Ajiking_Boxster 305L
Line      : Tri-Poseidon, 30 lbs
Leader : Yo-zuri_Hybrid, 25 lbs 
Lure     : Mombok




Solid hooked-up. Kelaparanlah tu. Ini sahaja merupakan hasil tangkapan aku kali ini. Walaupun aku cuba gak mencari Tarpon kat satu lagi tempat, namun kumpau & hari mula hujan. Hanya dapat cast 1/2 day jer kali ini...








LURE(S) OF THE DAY

Lure baru aku. DIY. Starter pack dah ready aku beli online. Just baru berkesempatan nak belajar buat. Masih lagi dalam proses learning, trial & error. Aku bagi nama lure nie MOMBOK & berat dalam 8g...









11 April 2018

Ikan Bulan @ Tarpon #5/2018


Tarikh  : 04/04/2018 (Rabu)
Lokasi : Miri, Sarawak
Masa   : 6.30am | 5.30pm



Minggu nie aku outstation ke Miri disebabkan tugasan. Awal2 aku dah rancang bawak set just in case member2 Miri nak bawak komplot. 4 hari aku berkampung kat sini. Dah nama rezeki, tempat penginapan & function kali ini betul2 membelakangi muara sungai. Cun sangat!





Nahhhhhh... heaven! Pemandangan dari bilik penginapan aku. Belah kiri lagi tu muara sungai & terus ke laut. Nampak tak parit port Tarpon tu?





Hah, nie pulak pandangan dari parit port Tapon tu mengadap hotel penginapan aku. Dekat kan? Hehehe...




Inilah parit port Tarpon tu. Cukup heaven boiling sana sini time air surut. Namun degil jugak lah sikit... Beberapa kali jugak rabut lantaran aksi akrobatik!




Dari atas parit sampai ke tepi bawah parit aku cast, hinggalah satu sambaran pantas membaham popper yang aku gunakan kali ini. Syukur akhirnya naik jugak seekor! Sebenarnya hari ini merupakan hari yang ke-3 aku cast. Lagi 2 hari sebelumnya asyik rabut sahaja. Lagipun masa aku cast sejam ke 2 jam jer disebabkan kekangan masa & tugas.




Species : Ikan Bulan @ Tarpon 
Rod       : Souguyilang (telescopic), 6-12 lbs
Reel      : Shimano_Sienna 1000FE
Line      : Tri-Poseidon, 15 lbs
Leader :
Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure     : Native Assasin_Boil 4.8




Macam2 lure guna, popper juga dia nak & barulah melekat. Teknik karauan masa guna popper nie aku jerk & pause perlahan2 untuk menghasilkan bunyi "pop" yang kuat.




Sampai nak Maghrib dah alang2 tengok sunset jerlah dulu. Time nie memang dah takde sambutan lagi dari Tarpon tu. Puas hati hari nie kerana akhirnya misi berjaya.






LURE(S) OF THE DAY

Lama dah beli, baru hanyir. Jauh lagi tu tempat menghanyir... Hahaha...









12 February 2018

Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-5/2018

Tarikh  : 12/02/2018 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 6.30am - 6.00pm



3 minggu yang kumpau beb! Tahap dewa punya "gegar vaganza" beb!. Tulah pasal lama tak update blog. Walaupun ada gi ikut pertandingan casting hujung bulan lepas, pun malas nak cerita sebab tiada cerita yang menarik selain daripada kumpau seadanya!

So, minggu nie lepas minggu2 hujan lebat melanda Bumi Kenyalang, syukurlah hujan dah start mula nak stop musim nya. So, seawal pagi aku terjah Tasik Desa Ilmu dahulu mencari tarpon. Cam biasa, kumpau 2 jam. Kemudian aku gi meladang kat port Kampung Empila yang merupakan Misi Utama aku untuk minggu ini.





Sampai jer kat port dah nampak beberapa jalan utama banjir. Walaupun ada gak kelihatan beberapa orang yang "berani" meredah dengan motosikal, aku tak nak ambil risiko. Kejadian motosikal mati di tengah2 lopak air besar masih segar menghantui aku. Huh...huh... Aku tahu setakat mana kemampuan motosikal aku tu. So, aku parking jauh & bagi lemak2 terbakar, ada gak faedahnya...





Air agak besar kali ini. Biasanya kalau jumpa situasi camgini, aku akan bertukar jadi "ikan". Think like a fish! Nampak rupa lorang kecik kat tengah2 tu? Aku baling sejauh yang boleh kat tengah2 lorong tu. Aku retrived sederhana laju. Bila dah nak sampai ke hujung lorong kawasan terbuka tu, satu sambaran kasar yang menunggu lure aku betul2 lalu kat situ!





Kan!!!... Seekor saiz kasar menjadi perasmi tangkapan Striped / Common Snakehead @ Haruan pertama aku untuk tahun 2018. Kebiasaannya Snakehead nie malas jugak nak buang tenaga main kejar2. So apa yang dia buat, dia tunggu kat laluan ikan keluar - easy prey... Di situlah biasanya saiz kasar2 tunggu nak ambush. Hanya saiz hipster baru nak up jer yang suka buang tenaga main kejar. Takde pengalaman langsung!





Species: Haruan @ Common Snakehead (1st catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Lama dah tak makan. Teringat minggu lepas anak aku suruh tangkap & bawak balik sebab dia nak makan, tapi aku kumpau. So yang nie sebagai gantilah...





Sana sini banjir. Cast lure seterusnya sehampir yang boleh dengan anak kelapa sawit tu & kelihatan ombak rindu mengejar...





Species: Haruan @ Common Snakehead (2nd catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Memandangkan aku cast dalam kawasan banjir, susah nak setup camera untuk berselfie cam biasa. Nanti tak pasal2 phone jatuh dalam air! So bergambar tanpa aku jer lah (nampak gaya kena cari bag perlindung camera/phone kalis air lah pas nie).





Lagi sekali jumpa lorong2 sempit nun di hujung sana. So,Think like a fish, again...





Species: Haruan @ Common Snakehead (3rd catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Memang ada penunggu yang setia menanti untuk ambush...





Lebih kurang jam 12.30 tengah hari, aku putuskan untuk stop cast kat ladang sawit nie & bertukar tempat lak. Hari semakin panas. Perut lapar. So aku lunch dulu kat kedai makan. Lepas rehat secukupnya, aku ke port sawah padi biasa. Padi pun dah membesar. Lorong parit pun semakin sempit ditutupi padi tu. Beberapa lorong parit dicast tidak berpenghuni. Jumpa lagi & cast lagi...





Hah, naiklah seekor saiz curut2an...





Species: Haruan @ Common Snakehead (4th catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Telan jangan tak telan puas2.





Ada beberapa kali gak kes rabut lah sebenarnya... Bila hari dah semakin gelap sempat lagi aku last cast kat port yang baru nie. Dari kawasan berumput belah kanan tu sesuatu meluru mengejar lure aku...





Species: Haruan @ Common Snakehead (5th catch) 
Rod      : Viper_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel     : Ajiking_Boxster
Line     : Tri-Poseidon PE x4, 30 lbs
Leader: Yo-Zuri_Hybrid, 25 lbs
Lure    : SureCatch_Tiny Frog






Hampir2 nak sama saiz dengan snakehead pertama tadi & memberi tentangan jitu. Tak sempat nak berselfie bersama, tetiba beliau membuat rontaran terakhir & berjaya membebaskan diri dari hook tu & terus terjun ke dalam air. Maka terotomatiklah C&R... Moral of the story, jangan bergambar dekat sangat dengan kawasan berair!








 LURE(S) OF THE DAY