"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Ikan Puyu @ Climbing Perch. Show all posts
Showing posts with label Ikan Puyu @ Climbing Perch. Show all posts

03 June 2020

Ikan Puyu @ Climbing Perch #1/2020 & Haruan @ Striped / Common Snakehead #1-2/2020


Tarikh  : 31.05.2020 (Ahad)
Lokasi : Ladang Sawit Kampung Empila & Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 6.00pm


Yo, gais! Assalamualaikum & salam sejahtera. Perghhhhh… lama tak buat karangan. Bukan malas, seperti yang aku war2kan dulu, sibuk urusan dunia terutamanya prihal rumah aku tu. Syukur semua dah settle. Februari lepas aku & family dah start duduk rumah sendiri. Kegembiraan yang melegakan aku setelah 7 tahun dengan macam2 dugaan & masalah. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

Owh, selamat tahun baru 2020 to all of you! (Dah masuk bulan Jun nie, alamak!). Macam2 berlaku tahun nie yang korang pun dah sedia maklum. Aku sebenarnya dah start cast jugak awal tahun sebelum PKP dikuatkuasakan. Tapi kumpaulah pulak. Pastu puasa & hari raya. Maka bertangguh lagi time untuk aku casting.

So, sekarang ada sedikit kelonggaran untuk aktiviti memancing. Maka dah tak tertahan menanggung kerinduan nak fight ikan, aku buatlah plan casting dekat2 jer memandangkan pergerakaan melepasi daerah masih tidak dibenarkan. Ini menyebabkan port yang nak diterjah sangat limited!

7.00am aku bertolak. Tapi kali ini aku tidak lone ranger cam biasa. Cast kali ini bertemankan Apiz. Beliau pun lagi lama dah tak cast berbanding aku. Hahaha… Port diterjah - lading sawit Kampung Empila.



Sampai kat sini gate tutuplah pulak! Adehhhhh… terpaksalah aku & Apiz cast parit depan & sekitar nie jer. Aku bawak 2 set. 1 set untuk layan snakehead & 1 lagi untuk layan ultralight @ floating jika kumpau! Hahaha…



Bila cast snakehead tiada sambutan, aku tukar layan floating pulak memandangkan banyak boiling sepat & puyu kat sini.



Dengan berumpankan roti akhirnya Berjaya jugak aku naikan seekor ikan puyu. Yes, layan buat ilang gigil berbulan2 lamanya. Kecik pun keciklah. Floating pun floatinglah. Yang penting strike beb!




Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st Catch)
Rod       : KANICEN NIX_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : SHIMANO_Sahara 500FE
Line      : SPECIAL LINE, 4 lbs
Leader : TOMMAN_Tali Hantu, 10 lbs
Lure     : Bread


Setelah lama cast kat luar pagar, disebabkan kesian tengok kami yang tidak mendapat hasil yang memuaskan, pakcik guard membenarkan kami masuk ke dalam ladang. Yes, makaseh pakcik atas budi bicara sesama insan. Akhirnya berpeluang jugak Apiz cast buat pertama kalinya kat dalam ladang nie. Adalah jugak beberapa kali rabut kat beberapa tempat. Kemudian aku cast berhampiran tebing, disambar sesuatu tapi mis lah pulak.



Aku tukar lure dari katak (yang asyik rabut jer dari tadi) ke spinner bait. Cast lagi kat tempat tadi & dengan tidak semena2, sesuatu membaham & melarikan spinner aku dengan rakus. Terus aku hook up, yes fish on babeh! Akhirnya snakehead pertama aku untuk tahun 2020!


 
Species  : Snakehead @ Ikan Haruan (2nd Catch) 
Rod       : VIPER_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : SHIMANO_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : BAKAU_Mini Cat Spinner Bait



Jarang2 aku pakai spinner bait nie. Bila lokasi port yang agak clear & kurang berhalangan, memang cun guna lure camgini jika pemangsa agak memilih.




Credit photo: Apiz. Beliau pun berjaya menaikan beberapa ekor snakehead yang katanya lebih kurang jer sama saiz. So, malaslah beliau nak snap banyak2.




Setelah bergelumang dengan panas & hujan sekejap, serta beberapa lagi port yang diterjah namun tiada lagi snakehead yang sudi menyambar. Jam pun menunjukkan pukul 3pm lebih. Kami putuskan untuk stop dulu untuk minggu nie & cuba merancang lagi untuk trip yang akan datang, insyaallah.

Masa otw balik tu, tetiba last minute aku corner motosikal teringat port lama yang dah lama gak tak diterjah. Aku kena recce dulu untuk pastikan sesuai ke tak untuk trip yang akan datang. Yalahkan, bak kata ku tadi kekangan PKP nie melimited port yang aku tahu sekitar Samarahan nie. Kalau ok, boleh on nanti...





Hrmmmm... Port sawah padi jugak nie. Tengok tu, seluas mata memandang dah jadi rumput yang memanjang! Hanya ada sedikit opening camgini untuk cast. Aku cuba namun tidak berhasil. Tiada sebarang sambaran.




Aku berpindah sedikit kat hujung belah kanan mengharungi semak & nampak satu lagi opening. Lama jugak aku cuba memujuk. Satu sambaran & kesilapan aku lambat menyentap, rabutlah jadinya. Cis! Aku teruskan lagi usaha pujuk memujuk, akhirnya ada pemangsa yang tergoda menyambar frogie yang aku persembahkan, terus aku sentap dengan kuat, maka fish on kali ini. Yihaaaaaa....




Species  : Snakehead @ Ikan Haruan (3rd Catch) 
Rod       : VIPER_Double Dragon, 8-17 lbs
Reel      : SHIMANO_Scorpion MG1001
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lbs
Lure     : SEAHAWK_Pop Hollow Frogie




Huh tembus kat soket bijik mata! Saiz lebih kurang cam yang aku dapat kat ladang sawit tadi. Tapi yang nie cerah sikit kaler dia. Beza antara snakehead ladang sawit & sawah padi. Inilah hasil terakhir aku untuk hari ini. Walaupun ada 2, 3 lagi port aku usha, namun semuanya tidak sesuai disebabkan rumput & lalang yang tumbuh memanjang selain daripada port yang dah mengering...






LURE(S) OF THE DAY











23 April 2019

Unlocked License Ikan Sisik Tebal @ Spotted Barb #1/2019, Ikan Sepat @ Gourami #2-3/2019, Ikan Puyu @ Climbing Perch #6-8/2019, Unlocked License Ikan Keli @ Catfish #1-2/2019, Seminar Jigging RAPALA


Hrmmmm… bukan2 bz memanjang aku kejar deadline sehingga malas melampau betul nak update blog. So, kali ini ada bosan sikit report blog. Aku nak rangkumkan semua cerita sekaligus (by date). Ringkas & kurang sedikit penceritaan kali ini disebabkan banyak sangat gambar & ada gak info yang aku terlupa...

 

Tarikh  : 24/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan


Cuti sekolah... Kali ini aku bawak anak aku sekali gi mancing sambil ajar diorang teknik float fishing. Port biasa, semakin tebal dah samai kat sini.




Spesisi pertama & merupakan "lesen" terbaru yang aku dapat...




Species : Ikan Tebal Sisik @ Spotted Barb
Rod       : Sparrow_Special Edition, 2-8 lbs
Reel      : Kewl_Eevee 800
Line      :
Spider King, 8 lbs (Nylon Line)
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Close up.




Kemudian si adik pulak dapat ikan Puyu pertama berliau. Bercampur takut2 time snap pic nie. Hahaha...




Saiz layan...




Setelah asyik rabut jer, baru si abang dapat hasilnya. Tapi bukan ikan, udang paya. Syukur ketiga2 kami tak kumpau.




Cantik jugak kaler udang nie. Juga berjaya dipancing berumpankan roti.



 




Tarikh  : 30/3/2019 (Sabtu)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan



Simple setup untuk aku berlidung dari kepanasan...




Dah nak ditutup habis dah permukaan tu. Tak boleh jadi nie, nak kena cari/buat sesuatu untuk menarik samai2 tu.




Akhirnya setelah rabut, naik jugak ikan Sepat perasmi 'majlis'.




Species : Ikan Sepat @ Gourami (1st Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Kebanyakan hasil kat sini saiz tapak tangan!




Tangkapan seterusnya berjaya mendapatkan ikan Puyu.




Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd Catch)
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Tengok saiz dia, tapak tangan jugak. Syok layan ooo...




Bila awan mendung semakin menghampiri membawa hujan lebat, cepat2 aku berkemas2 & memecut pulang.










Tarikh  : 31/3/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan




Pagi ini  aku menghadiri Seminar Jigging anjuran Rapala Asia Pasific bertempat di PUSTAKA, Kuching. Dulu aku melepas menghadiri seminar anjuran MGFA. Syukurlah, banyak ilmu yang aku pelajari kali ini.




1/2 day seminar...












Apa punya nota lah... Janji aku paham. Hahaha...




Hadiah untuk cabutan bertuah - Tapi tak bertuah pulak hari nie. Miskol nombor cabutan!




Contoh2 peralatan & setting yang digunakan.




Rod model terbaru untuk light jigging.




Sempat merakam gambar kenang2an bersama Mr. Fred Goh dari Rapala VMC Asia Pasific, selaku penceramah untuk seminar kali ini.




Kalau terrer, cuba cari aku kat dalam gambar nie. Hehehe...




Lepas balik dari seminar, aku ke kedai pancing TCE jap nak beli beberapa keperluan mancing sebelum ke port culvert. Malang tidak berbau, masa turun dari motosikal, kaki aku tersangkut pada hujung rod! Patah & terbang entah ke mana 1st ring tu! Nie gambar patah tu yang aku snap masa nak pancing. Arghhhhhhhhh.... Stupid mistake!




Semakin hari semakin "sesak" dah port nie. Hari hujan pun tak berjaya mengclearkan samai2 tu.




Setelah sabar menanti, rabut & miskol cam biasa, kali ini terasa sedikit berat & kasar meronta2 di hujung rod. Setelah berjaya dipujuk rupa2nya strike 'lesen' ikan keli. Yes... layan!




Species : Ikan Keli @ Catfish
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread
 



Satu2nya hasil yang aku dapat setelah Puyu & Sepat gagal diperolehi.


 






Tarikh  : 7/4/2019 (Ahad)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan


 
Aku membawa peralatan untuk menarik samai2 tu. Ini gambar sebelum.




Camgine peralatan yang aku gunakan untuk tarik samai2 tu. DIY jer dgn menggunakan hook saiz besar, tambah pemberat & ikat pada tali. Alat nie lama dah aku simpan. Masa layan Snakehead dulu2 aku selalu bawak & pakai bagi membebaskan lure yang tersangkut, lebih2 lagi bila main HCG...




Ini gambar selepas... Tak perlu nak tarik semua samai2 tu. Memadai sedikit2 jer asal ada ruang open camgitu.




Tanpa menunggu lama, melihat aksi pecutan & "kekeruhan" air semasa memecut tu, aku dapat rasakan sekali lagi spesis keli yang menyambar. Layan & bawak ke tempat yang clear sikit, strike pembukaan!




Species : Ikan Keli @ Catfish (1st catch)
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Solid hook-up. Syok jugak layan keli nie.




Sambaran manja2 pada mulanya & kemudian memecut laju melarikan umpan. Berjaya strike hasil yang kasar kali nin.




Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (2nd catch)
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Tengok dia punya saiz... Mau taknya sedap layan!



 





Tarikh  : 13/4/2019 (Sabtu)
Lokasi : Culvert, Kota Samarahan
 


Kali ini aku park kereta berdekatan culvert tu. Senang aku nak duduk kat belakang yang sedikit redup dari pancaran matahari sambil tunggu ikan menyambar.




Cam biasa, aku bukak dulu sedikit ruang untuk memudahkan pancingan.




Ada beberapa kali reaksi dari penghuni dasar namun berjaya mencuri umpan. Kemudian kali yang seterusnya, fish on laju memecut bersama pelampung & akhirnya naik si Puyu...




Species : Ikan Puyu @ Climbing Perch (1st catch)
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Nice size... beb!




Lama jugak aku menunggu strike yang seterusnya. Akhirnya berjaya didaratkan spesis ikan Sepat pulak kali ini.




Species : Ikan Sepat @ Gourami (2nd catch)
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      :
Special Line, 4 lbs
Hook    :
Fire Eagle_Akitakitsun, Size 3
Lure     :
Bread




Solid hook-up.




Saiz sedap layan wei... Cukuplah dulu dengan dua hasil ini. Kebanyakan masa aku memancing tak sampai 1/2 hari disebabkan tugas. So, inilah laporan blog yang aku gabung semenjak dari bulan Mac...