"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

29 March 2016

Snakehead Report (4th weeks of March 2016) / Desa Ilmu Strike 02/2016


Tarikh: 23/03/2016 (Rabu)
Lokasi: Sekitar Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 5.45pm - 6.45pm



Rabu menjelma lagi... Kali ini atas nama Misi Kemanusiaan bagi membantu kawan aku yang memerlukan Haruan untuk Mem beliau selepas caesar (dapat baby Boy - Tahniah Alex!), permainan set halus (Finesse) aku tangguh dahulu. Maka keluarlah set Medium Heavy (MH) yang lama gak dah tak beraksi. Just in case port tu nanti jadi Heavy Cover...




Ada keruh sikit air. Nun dihujung sana, ada beberapa kali sambaran kecil & siap buat aksi akrobatik lagi beliau. Namun kat tengah2 tulah sambaran kasar yang tidak menepati sasaran pada mulanya. Hoh, target locked! Cast kali ke-2, tiada respond (mungkin beliau malu digelak rakan2 beliau sebab 1st try tak berjaya). Kali ke-3 pun masih belum ada apa2. Kali ke-4, aku retrived slow2 + jerk sikit & pause. Aku buat sampai ke kawasan crime scence tadi & "Bammmmm... !!!" music to my ears, biar 3 second beliau mencolek froggy & kemudian aku hook-up kuat2...





Nahhhh... naik jugak ko ye yang berani membuat onar! Hahaha...





Good size buat sahabat aku. Ko takkan di sia2kan...





Species: Haruan @ Common Snakehead
Rod: Expert Graphite_Carbon Cube, 10-20 lb 
Reel: Kuying_Tornado 101  v2.0
Line: Tri-Poseidon PE x4_30 lb 
Leader: Bossna_DFC Leader, 50 lb (80% Fluorocarbon)
Lure: Senses_D-Frog
Status: Tapau





Hanya seekor nie jer yang berjaya dinaikan. Walaupun ada a few sambaran kecil2an sahaja, namun faktor air yang agak kering & keroh (aku rasa mcam kena jaring jer port nie & sekitarnya berdasarkan beberapa kesan tapak kaki, sehari 2 sebelum nie), ditambah lagi teratai semakin mengheavy cover, payah gak nak mencari snakehead. Apa2pun, syukur boleh membantu kawan yang memerlukan. GUNA KELEBIHAN UNTUK HIKMAH BERSAMA... Bantu selagi terdaya.








 LURE(S) OF THE DAY

Hahaha... rasa tergelak tengok gambar nie. Time nie si dia masih lagi suci murni! Sekarang dah macam Hantu Kak Limah! Tunggu masa jer nak pencen...












Tarikh: 26/03/2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Masa  : 6.00pm - 7.00pm




Komplot saltwater yang kumpau di Lundu pada sebelah paginya disebabkan hujan yang agak lebat (awal pagi menurut penduduk kat situ), walaupun sebelum tu cuaca dilapor baik. Tahap air yang keruh cam teh tarik & tersangat tawar. Sebutir garam pun takde!

Sebelum balik rumah, bagi mencari secebis "karan", Taman Desa Ilmu diterjah memandangkan masa berbaki 1 jam. Aku masih lagi mensasarkan Tarpoon. Kali ini aku gunakan kaedah "Baitfly" (Baitcast + umpan Fly). Aku tak tahu kalau ada gelaran lain untuk kaedah nie. Aku ada terbaca penggunaan perkataan "Spinfly" (Spinning + umpan Fly). Memandangkan aku guna baitcast (BC), so aku namakan Baitfly jer lah amik senang ;p




Teknik Baitfly menggunakan umpan fly jenis Clouser. Baru beberapa kali aku cast, ada sambaran yang tidak kemas (hrmmm... menggigit bulu clouser barangkali?). Miskol yang membuat aku tersenyum. Terus aku cast berkali2 lagi hingga aku merasa 1 tarikan yang agak kuat melarikan clouser. Terus aku hook-up kuat sikit. Tu dia, strike baby Toman!





Aku layan dengan set halus (Finesses) tersangat lah siyok! Jadilah buat ilang giggil...





Species: Toman @ Giant Snakehead 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Yamatoyo_Fluoro Shock Leader, 8 lb 
Lure: Clouser
Status: C&R





Tergoda gak beliau dengan clouser nie. Best pakai clouser kalau air jernih & separa jernih aku rasa...





Sehingga mentari senja hampir terbenam, tiada lagi sambutan. Maka aku stop for now. Walaupun sang Tarpoon masih belum berjaya aku naikan, namun adanya clouser nie memberi sedikit harapan buat aku. Till we meet again...









 LURE(S) OF THE DAY

Clouser yang aku beli online dari Paklong Usu (otai PB kat Tasik Prima beliau nie). Aku request kaler hijau putih. RM40 (Rm30 - Clouser 10 ekor + RM10 pos). Pasnie aku nak repeat oder. Sehingga blog nie ditulis, 3 ekor Clouser aku dah terkorban. Uhukkk.... Lupa lak aku nak snap gambar dengan jelas camna aku rigging clouser nie. Gambar 1st tu ada nampak sikit. Nanti aku update.
 







 



 

14 March 2016

Trip Miri 1/2016




Tarikh: 10 - 12/03/2016 (Khamis - Sabtu)
Lokasi: Miri, Sarawak
Masa  : 5.30pm / 05.45am



PART 1...  

Kesempatan out station ke Miri minggu nie, aku standby set UL just in case cam biasa. Anything can happen. Bila dah sampai ke Miri, member aku Ramzi free lepas balik kerja & jemputan dari beliau mencasting di sekitar Marina Bay aku sambut dengan "Set" terbuka. Tugas rasmi aku keesokan hari sebenarnya. So, petang tu adalah sikit masa untuk warm-up sebelum matahari terbenam...





Ramzi dengan dressing terang nya yang menjadi punca kumpau kerana ikan lari ketakutan, sedang fokus membaca mentera memanggil keluar ikan Duyong...





Belum rejeki aku di sini lagi...





Sebaliknya belum sampai 15 menet cast, nut pulak loose & jatuh dalam laut jadi tukun buat forever... Adoiyaiiii... Mistake tak ketatkan betul2 nut masa lepas service BC nie sebelum digunakan.





Bang Amin penyelamat! Mujur ada Pamoga. Eh, mujur ada spare part nut dari Abu Garcia. Time nie masa lepak2 dinner street food. Teng Q bang Amin. Dapatlah join komplot Tarpoon yang diorang rancang lusa sebelum aku berangkat balik ke Kuching. Yeaaaa...!






PART 2...

Sabtu, 12/03/2016 sebelum aku berangkat balik ke Kuching di sebelah petangnya, sempat lagi geng Miri mengatur komplot yang mensasarkan Tarpoon di Kuala Baram. Terlalu excited, lagi awal aku bangun sebelum bunyi alarm & wakeup call pihak hotel! Semangat beb! Memang kena awal turun kerana menurut Bang Amin, kalau dah nak kul 11.00am gitu dah taknak lagi Tarpoon bermain...
 



Setelah bersiap2, dalam pukul 5.45am kami bertolak. Pagi nie Bang Amin & Pyan mengambil aku dari hotel. Ramzi? Beliau masih tido lena diulit intan! Cis...





Sebelum bergerak ke port, seorang lagi caster Miri join - Raymond. Selain dari Pyan dan Ramzi, pertama kali aku cast bersama Bang Amin & Raymond.





Pagi - Pemandang di port Tarpoon, Kuala Baram.





The Wetland of Kuala Baram...





Akhirnya si Ramzi muncul jua (baju biru) dari celah2 belukar...





Nice view...





Best wooo kalau ada bot...





Cabaran cast kat wetland Kuala Baram nie, angin kuat dari arah hadapan & belukar kat belakang. Natijahnya, mi kolok ikat tepi 1... Arghhhhhhhhh... Setelah lama aku meleraikan, Bang Amin lak menyambung. Leh tahan gak masa meleraikan tali 4lb...





Setelah berjaya dileraikan, sambung balik sesi cast. Ada miskol & bermacam2 lure digunakan, namun masih belum berjaya menaikan. Bang Amin, Ramzi & Raymond pun sama. Hahaha...





Hanya si Pyan yang berjaya menaikan Tarpoon.





Man of The Match - Pyan dengan tangkapan beliau 4 ekor Tarpoon. Beliau jugak merupakan the 1 & only strike kali ini.





Good size Tarpoon. Tahniah buat Pyan. Aku lak last menet rabut ketika tengah melayan sebelum aksi akrobatik memutahkan lure! Cis burger! Siap ko next time. Till we meet again. Thanks a lot buat geng2 caster Miri.







 
 

07 March 2016

Snakehead Report (1st week of March 2016) - Desa Ilmu Strike 01/2016: *Lesen Baby Toman & TEST DRIVE: Rod Kuying Teton 2-4 lb


Tarikh: 05/03/2016 (Sabtu)
Lokasi: Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak
Masa  : 7.00am - 5.30pm




*TEST DRIVE*


Yo, pekaba korang? Lama rasanya aku tak update blog nie. Bukan apa, memang aku tak cast sebab beberapa minggu lepas aku bercuti bersama keluarga kat KL & Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan kazen mem aku. Masa kita orang kahwin dulu, dia datang. So, masa dia kahwin kita 'balas pantun' lak. Memang masa agak singkat. Tak sempat nak mem'PB' kat Tasik Prima. Bukan setakat nak casting, nak gi kedai pancing pun tak sempat!

Lepas balik dari bercuti tu sempat lah cast weekday sekejap konon2 nak test rod baru, tapi kumpau le pulak. Pasal tu takde report blog aku nie. So, bila hujung minggu menjelma & ada masa yang panjang sikit untuk casting, dapatlah aku sambung balik Test Drive rod Kuying Teton 2-4lb. Rod UL nie. Aku gandingkan rod nie dengan Line 4lb, Leader 8lb, bc Daiwa Alphas 103L (drag 8.8lb). Hrmmm.. taklah UL sepenuhnya sebab aku gunakan BC. Macam lebih kepada Finesse Fishing jer. [ ? ]. Klik kat "?" untuk tambah ilmu korang. Jangan gadoh2 aaa pasal UL ke Finesse ke...

Kali ini aku memilih port kat Taman Desa Ilmu sebagai lokasi sasaran utama. Banyak gambar kali ini untuk korang melepas rindu & sebagai motibasi (yelah tu...). Semoga keindahan tempat ini tidak dicemari oleh sifat rakus & tamak manusia yang "gitu2" tu... Biarlah tempat ini dijadikan tempat beriadah & tempat sukan memancing. C&R amat digalakan. Tapau pun tak pa. Janji berpada2...




Keseluruhan view dari atas bukit.





Keseluruhan view dari atas bukit.














































































Boleh tahankan tempat nie? Besar dari Riveria. Berjaya jugak aku khatam pusing tempat nie. Yang tak sedap mata memandang tang sampah sarap tu. Memang takde kesedaran sivik lah "manusia durjana" tu. Rasa macam nak pindah ke Jepun jer rasa. Tapi apakan daya... Next time aku nak ternak baby MJ & Barra kat dalam nie bagi menambah populasi demi sukan memancing. Yoshhhhhh...! Ok, now back to the point. Let the story begain...



Ada pun tujuan utama aku mensasarkan ikan Tarpoon (local ikan Bulan), khabarnya member aku jumpa saiz yang tersangat sangat sangat osem berenang dengan gumbira kat sini... Lontaran lure kat teluk tu tetiba disambar manja2. 





Ku sangkat Tarpoon, rupanya baby Toman! Hoh, kira lesen jugak nie. Aku lom pernah dapat lesen Toman lagi. Kuat gak beliau fight walaupun bawah umo!





Species: Toman @ Giant Snakehead (1st catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R




Dua2 hook sangkut. Kat mulut & pipi.





Banyak sebenarnya kelihatan ikan Tarpoon mengambil napas (& aku rasa baby Toman pun sama). Lontaran lure ke tengah & retrive sedang2 laju sekali lagi disambar betul2 kat bawah sampah tu. Anjat Boboboi wo...





Kecik sikit dari yang pertama tadi, tapi semangat juang tetap sama! Ishhhh... tersalah fokus lak kamera aku nie.





Species: Toman @ Giant Snakehead (2nd catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R





Memang mencangkup kalau dah pakai trible hook. Jarang2 dapat lepas.





Sampah sungguh orang yang buang sampah kat sini! Nun lepas sikit dari kawasan nie sekali lagi aku cast kat tengah2 kawasan ikan yang mengambil napas, baru 2 3 kali aku meng'k-pop, tetiba lure aku hilang dari pandangan! Wow, magik!





"Poof"... Tetiba beliau muncul balik bersama teman tapi mesra. Strike rupanya. Kali ini besar sikit dari 2 ekor tadi & tangkapan terakhir aku kail ini walaupun beberapa kali "mis" sambaran dari spesis apa entah.

 


Species: Toman @ Giant Snakehead (3rd catch) 
Rod: Kuying _Teton, 2-4 lb 
Reel: Daiwa_Alphas 103L
Line: Special Line x4_4 lb 
Leader: Spider King_Nylon, 8 lb 
Lure: Ofmer_Splash 50F
Status: C&R





Tertunduk malu pulak popper Ofmer tu kena jeling cik Toman. Hikhikhik... So sweet!







 LURE(S) OF THE DAY

Baru strike setelah beberapa bulan dibeli. Best diganding dengan set UL.
  






ULASAN TEST DRIVE:
























"Menyeramkan" pada mulanya ketika melihat rod nie sampai. Bukan apa, tengok hujung tip yang halus milus tu. Nasib baik aku dah ada pendedahan tentang UL. Prestasi lontaran mulanya agak "tak cun" (bukan silap rod, masalah aku sendiri sebenarnya). Bila dah ejas sikit2 beberapa kali buat lontaran, barulah mula serasi. Walaupun belum digasak saiz yang kasar, namun sedap amat bila setting bc & lure dah cun dengan rod. 


Perasan tak rod aku nie dah nampak 'tulang rusuk' nya kat bahagian pemegang? Aku customkan bagi nampak seksi (Bang Amin dari Miri yang buatkan. Jauhnya nak hantar buat custom. Minat mengatasi segala2nya) . Muahhhhhhhh! Ada yang kata hilang balance bila buat gine. Jawapan aku, "Tidak sama sekali!"... Bukan banyak sangat pun "lemak" yang aku buang nak bagi dia nampak seksi tu. Yang penting korang kena setting bc & lure. Hanya grip tu licin sikit lah sebab aku epoxy sekali untuk menjaga cork tu.




So, sexyyyy....!