"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 March 2016

Trip Miri 1/2016




Tarikh: 10 - 12/03/2016 (Khamis - Sabtu)
Lokasi: Miri, Sarawak
Masa  : 5.30pm / 05.45am



PART 1...  

Kesempatan out station ke Miri minggu nie, aku standby set UL just in case cam biasa. Anything can happen. Bila dah sampai ke Miri, member aku Ramzi free lepas balik kerja & jemputan dari beliau mencasting di sekitar Marina Bay aku sambut dengan "Set" terbuka. Tugas rasmi aku keesokan hari sebenarnya. So, petang tu adalah sikit masa untuk warm-up sebelum matahari terbenam...





Ramzi dengan dressing terang nya yang menjadi punca kumpau kerana ikan lari ketakutan, sedang fokus membaca mentera memanggil keluar ikan Duyong...





Belum rejeki aku di sini lagi...





Sebaliknya belum sampai 15 menet cast, nut pulak loose & jatuh dalam laut jadi tukun buat forever... Adoiyaiiii... Mistake tak ketatkan betul2 nut masa lepas service BC nie sebelum digunakan.





Bang Amin penyelamat! Mujur ada Pamoga. Eh, mujur ada spare part nut dari Abu Garcia. Time nie masa lepak2 dinner street food. Teng Q bang Amin. Dapatlah join komplot Tarpoon yang diorang rancang lusa sebelum aku berangkat balik ke Kuching. Yeaaaa...!






PART 2...

Sabtu, 12/03/2016 sebelum aku berangkat balik ke Kuching di sebelah petangnya, sempat lagi geng Miri mengatur komplot yang mensasarkan Tarpoon di Kuala Baram. Terlalu excited, lagi awal aku bangun sebelum bunyi alarm & wakeup call pihak hotel! Semangat beb! Memang kena awal turun kerana menurut Bang Amin, kalau dah nak kul 11.00am gitu dah taknak lagi Tarpoon bermain...
 



Setelah bersiap2, dalam pukul 5.45am kami bertolak. Pagi nie Bang Amin & Pyan mengambil aku dari hotel. Ramzi? Beliau masih tido lena diulit intan! Cis...





Sebelum bergerak ke port, seorang lagi caster Miri join - Raymond. Selain dari Pyan dan Ramzi, pertama kali aku cast bersama Bang Amin & Raymond.





Pagi - Pemandang di port Tarpoon, Kuala Baram.





The Wetland of Kuala Baram...





Akhirnya si Ramzi muncul jua (baju biru) dari celah2 belukar...





Nice view...





Best wooo kalau ada bot...





Cabaran cast kat wetland Kuala Baram nie, angin kuat dari arah hadapan & belukar kat belakang. Natijahnya, mi kolok ikat tepi 1... Arghhhhhhhhh... Setelah lama aku meleraikan, Bang Amin lak menyambung. Leh tahan gak masa meleraikan tali 4lb...





Setelah berjaya dileraikan, sambung balik sesi cast. Ada miskol & bermacam2 lure digunakan, namun masih belum berjaya menaikan. Bang Amin, Ramzi & Raymond pun sama. Hahaha...





Hanya si Pyan yang berjaya menaikan Tarpoon.





Man of The Match - Pyan dengan tangkapan beliau 4 ekor Tarpoon. Beliau jugak merupakan the 1 & only strike kali ini.





Good size Tarpoon. Tahniah buat Pyan. Aku lak last menet rabut ketika tengah melayan sebelum aksi akrobatik memutahkan lure! Cis burger! Siap ko next time. Till we meet again. Thanks a lot buat geng2 caster Miri.







 
 

No comments:

Post a Comment