"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label EY_Soft Lure. Show all posts
Showing posts with label EY_Soft Lure. Show all posts

22 December 2017

Snakehead Report (3rd weeks of December 2017)


Tarikh  : 16/12/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 6.00am - 4.00pm



Masih lagi kumpau Tarpon Desa Ilmu... Degil sungguh Tarpon kat sini. Hanya sempat merasa "patukan" yang aku rasa Tarpon tu cium singker & bukannya kat lure ketika aku menggunakan clouser... Last2, jadi misi Snakehead balik. Layan jer lah...




Seawal 6.00am aku dah berada di sini. Walaupun cuaca agak bagus, namun boiling Tarpon agak kurang.





Anak2 Toman bermain. Time nie aku pakai lure clouser. Seronok tengok anak2 Toman yang semakin bujang mengejar clouser. Tapi miss jer sambarannya. Masa nie aku target Tarpon, so aku abaikan Toman kat sini. Bila hari semakin terang, tak jauh kat sinilah boiling Tarpon yang aku rasa hanya mencium singker yang aku gunakan pastu senyap kembali... Habis dah tasik nie aku pusing namun tiada seekor Tarpon yang berjaya dinaikan. Misi seterusnya - layan Snakehead kat sawah padi...





Sebenarnya masa cast kat Tasik Desa Ilmu tu terserempak dengan Hafiz. So sama2lah kita orang komplot. Dia nak main Snakehead kat sini. Sampai jer kat port, cantik air camgini. Cast kat hujung rumput tu, terus disambar tapi rabut. Mula aktiviti memujuk...





Kali ke-2 cast, masih rabut jugak. Then cast kali ke-3, barulah berjaya dinaikan. Degil betul...





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : Bagi kat Pakcik





Telan jangan tak telan!





Snakehead yang aku dapat nie aku bagi kat pakcik tu. Dia yang mengusahakan sawah padi tempat aku cast nie. Sebelum dia meracun tu, dia tengah duduk tengok aku cast & masa aku bagi kat dia Snakehead tu, dia tanya, aku tak makan ke? Dengan penuh kompiden aku jawap selamba biawak - aku carik yang besar lagi! Perghhhhhh... Eksen ko Jah!





Masih lagi di tempat yang sama, kali ini aku cast selari dengan tebing belah kiri di hujung teratai tu. Sesuatu meluru pantas...





...dan akhirnya terstrike lebih kurang saiz yang tadi jugak.





Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : Bagi kat Pakcik





Bagi lagi kat pakcik tadi jugak. Pakcik tu terima dengan "gelen" yang terbuka...





Lagi di kawasan yang sama, sebelah dari port yang mula2 tadi. Bila ada sambaran yang miss, aku tukar teknik retrive. Kali ini aku retive & jerk sekali dua & pause dalam 3, 4 saat. Ulang proses...





... maka tergodalah "stalker" kat bawah air tu. Strike ke-3!





Species : Haruan @ Common Snakehead (3rd catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Eupro_Soft Lure
Status  : Bagi kat Pakcik





Ditelan kemas & aku bagi kat pakcik jugak (hrmmm... bilalah agaknya nak dapat saiz "lauk" bagi aku nie?). Lama jugak layan kat sini di tengah2 kepanasan melampau. Hafiz lak rabut memanjang katanya. Memandangkan dia nak meghadiri kenduri, so di stop cast. Tinggallah aku solo cast cam rutin biasa. Tukar tempat lain lak...





Sebenarnya dah khatam semua port aku gi & cast, namun rabut memanjang. Time nie jam dah nak pukul 4.00pm. OTW nak balik, aku repeat kat port2 yang aku rabut tu. Al-kisahnya, lure Eupro aku akhirnya sangkut & putus di lokasi yang agak payah jugak untuk membuat operasi menyelamat. So, aku pakai mana yang ada. Sekali cast...





... & terus strike Snakehead yang ke-4.





Species : Haruan @ Common Snakehead (4th catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : C&R





Kemas mencakup di hujung mulut. Yang nie selamat diC&R.





Sebelum menamatkan misi, memang nie port yang terakhir aku nak cast. Rasa macam takde harapan nak dapat saiz lauk idaman. Cast tengah2, ada sambaran kecil tapi miss. Bekali2 gak pujuk namun tiada lagi kelibatnya di situ. Kemudian aku cast nun di hujung keladi air tu, tetiba letupan kasar menelan lure aku. Terus aku sentap kuat sikit.





Akhirnya saiz lauk idaman berjaya dinaikan. Yes, alhamdulillah...





Species : Haruan @ Common Snakehead (5th catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 10 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : Tapau





Good size. Rezeki di minit2 terakhir masa kecederaan... Bila difikir2 balik, mungkin berkongsi rezeki dengan pakcik tadi akhirnya turn rezeki aku pulak. Subahanallah...  #SyukurSelalu.





Cukuplah seekor tu. Tak perlu nak tamat sangat. Lagipun family kat rumah tu bukan makan pun. Aku sorang gak yang membelasah nanti. Sebelum sampai rumah, aku gi kedai & membelasah air tin nie. Memang hari panas sangat. Rasa cam hydrate. So, kena pump balik energy. Ini bukan sponsor atau  iklan berbayar tau! 







LURE(S) OF THE DAY
 













27 November 2017

Snakehead Report (4th weeks of November 2017)


Tarikh  : 25/11/2017 (Sabtu)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 3.30pm - 6.30pm



Semakin hari semakin malas pulak rasa nak update. Tak tahu kenapa (of course kumpau salah satu penyumbang utama), feel berkarya tu on off on off jer rasa. Faktor cuaca kah? Faktor mood kah? Faktor stress kah? Rasanya semua tu... 

Back to the story, nie aku nak update hasil cast minggu lepas. Aku cast dekat2 jer memandangkan masa aku dah terbuang. Hanya berbaki 3 jam sahaja. Target aku Snakehead sawah padi memandangkan musim hujan & banjir dah nak start.




Port minggu lepas banjir lagi dari nie. Tapi hampa lak rasa bila tengok banjir tak jadi.





Beberapa kali cast kat sini ada berlaku sambaran namun "miss". Terus operasi memujuk bermula... hingga satu ketika satu sambaran manja membaham lure aku.





Strike seekor sebagai pembukaan rasmi. Yes, tak kumpau.





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : Sunline_Queenter, 17 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : C&R





Perghhhhh... telan habis.





Pastu baling2 sini lak & rabut di sebalik teratai tu. Puas pujuk namun tiada lagi respon. Berpindah ke lain agaknya. Terus aku cast lagi ke tengah2 tu. Lagi sekali satu sambaran "miss". Pujuk lagi, kali ini aku jerk sekali dua & pause jap... ulang lagi dan...





... kali ini strike Snakehead yang ke-2.





Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : Sunline_Queenter, 17 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : C&R





Hujung bibir sangkut kali ini.





Kemudian aku tukar port lak. Jalan2 sampai jumpa port gine. Dah heavy cover. Sayang aku tak pakai set HCG.





Hrmmm... kalau sangkut kat sini kompom kerja amal - menyedekah lure le jawapnya.





Kesan air surut. Kalau banjir nie lagi besar kawasan yang berpotensi untuk cast. Balingan pertama kat hujung2 tu diretrive pelan2 & terus dicekup kemas oleh penghuni dasar...





Dapatlah seekor yang paling kecil antara ke-3 Snakehead tadi.





Species : Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Metanium XG
Line      : Sunline_Queenter, 17 lb
Lure     : Ey_Soft Lure
Status  : C&R





Kurus jer aku tengok beliau nie. Tak cukup makan. Ini merupakan tangkapan aku yang terakhir, di kala hari semakin gelap. Next time aku bawak set HCG lak. Senang sikit nak bergurau bersama teratai2 kat situ.







 LURE(S) OF THE DAY

EY Soft Lure. Katak last daripada 4 ekor masa aku beli mula2 dulu...