"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Viper "Sting" 8-17 lbs. Show all posts
Showing posts with label Viper "Sting" 8-17 lbs. Show all posts

29 March 2017

Riveria Strike 06/2017: Tilapia


Tarikh  : 21/03/2017 (Rabu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 10.30pm - 3.00pm



Hari ke-2 aku masih bercuti disebabkan mata merah. Perkara pertama yang aku buat, pecut ke opis terlebih dahulu untuk apply cuti. Pastu terus aku memecut ke Riveria. Set casting awal2 lagi aku dah standby dalam kereta...

Sampai kat Riveria aku scan2 dulu kawasan sekitar. Sunyi. Tiada kelihatan sang Bulan bermain atau letupan yang menggoda. Terjah kat port yang lepas2, ada penghuni baru. Cast lure cam biasa, ada tanda2 beliau menyerang. Locked on!





Lama gak aku membangau & memujuk, namun beliau menyerang bukan dekat hook. Kemudian aku bertukar pakai lure jenis sp lak. Pun masih jua sama hasilnya. Tak tauk dah berapa lama, tetiba aku tengok "pergaduhan" mula berlaku. Dalam kekecohan tu aku cast lure kat tengah2 kawasan pergaduhan. Masa aku tengah retrived, terasa seperti mainline aku tegang. Terus aku sentap sikit. Kemudian berlaku pecutan! Sah fish on.





Masa tengah layan fish on tu barulah nampak lure aku sangkut kat atas kepala Tilapia. Foul hooked. Namun saiz yang best layan.






Species : Tilapia 
Rod       : Viper _Sting, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Cultiva_Ring Kick Tail
Status  : Tapau @ Take a way...










Aouchhhhh...! Kat kepala sangkut. Nasib kau Labuuuuu... Hanya seekor ini berjaya dinaikan. Ada lagi kat tempat lain yang menyerang lure, namun hanya sekejap jer berlaku. Till next time...








LURE(S) OF THE DAY











Nah, aku masak cam aku masak Haruan tempohari.






27 March 2017

Snakehead Report (4th weeks of February 2017)


Tarikh  : 20/02/2017 (Isnin)
Lokasi : Sekitar Kota Samarahan
Masa   : 2.30pm - 4.30pm



Bangun nak turun kerja pagi nie aku dapati mata kanan aku merah. Ingatkan biasa2 jer. Bila dah menjelang tengah hari, masih lagi merah. Dah tak sedap hati pulak aku. Last2 aku apply cuti 1 hari. Keluar opis, terus aku ke klinik. Hrmmm... sah ada jangkitan. Tapi doktor terlupa bagi aku cuti pulak. Aku rasa sebab doktor tu masih emo disebabkan pesakit sebelum aku (masa merawat aku dia masih beborak dengan kawan dia rasa ketidakpuasan hati dengan pesakit sebelum tu. Comonlah doktor, profesional lah sikit...).

Aku perlu "rehat' hari ini. Agak2 jam 2.30pm, terus aku bawak set casting untuk me"rehat"kan diri... Huh, memancing merupakan salah satu cara untuk merehatkan diri jugak tau!




Port nie minggu lepas beberapa kali aku rabut pakai Soft Frog. Kali ini aku menggunakan soft lure iaitu Berkely Power Gurb.





Baru sekali cast, terus mendapat sambutan!





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod       : Viper _Sting, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Marah lah tu! Hahaha...





Ada beberapa kali sambaran ganas yang masih gagal dinaikan. Natijahnya kecederaan parah pada sp yang aku gunakan.





Tukar sp Gurb yang baru, cast lagi & naik lagi seekor.





Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod       : Viper _Sting, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Close-up.





Setelah saiz kasar masih belum berjaya dinaikan & tiada lagi sambutan di port tadi, aku bertukar port lak kat sini. Ada dendam aku kat sini. Port yang mengorbankan Soft Frog Sure Catch Tiny Frog kegemaran aku.





Kali pertama beliau rabut, namun setelah aku ulang balik (mula tu aku cast hujung sebelah kanan ke kiri. Dah habis sampai kat kiri, aku ulang semula dari kiri ke kanan pulak), baru beliau berjaya dinaikan.





Species : Haruan @ Common Snakehead (3rd Catch)
Rod       : Viper _Sting, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Caenan
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Berkley_PowerBait Power Grub
Status  : C&R





Akhirnya dendam aku terbalas. Dapat jugak aku face to face dengan beliau. Aku tahu beliau nie yang punya angkar bedasarkan cara sambaran ganas & lokasi beliau ambush sama kat tempat Tiny Frog aku terkorban.






 LURE(S) OF THE DAY

Must have dalam tackle box sp jenis camgini.






OTHERs
Aku ragging sp dengan jighead jenis nie.