"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer

14 January 2019

Selunsong / Siakap @ Barramundi #1/2019


Tarikh  : 12/01/2019 (Sabtu)
Lokasi : Port X, Asajaya, Kota Samarahan
Masa   : 6.30am - 12.30pm



Tergoda & teracun melalui FB dengan hasil tangkapan kawan (ikan Puyu - menggunakan lure), aku segera menghubungi Nazli untuk membawa aku casting mendapatkan lesen ikan Puyu. Geram betul aku nak dapat ikan nie dengan lure.

Seawal 6.30am aku bertolak menuju ke Asajaya. Hanya kami berdua berkomplot kali ini. Komplot kali ini jugak merupakan komplot pertama kami berdua semenjak "friend" melalui FB.

Selepas sarapan, Nazli membawa aku ke port lokasi lain terlebih dahulu sebelum ke port Puyu. Masa masuk simpang lokasi, aku tertanya... "Apakah... eh macam kenal jer port nie?"... 






Masa dah sampai, sah... Inilah Port X yang pernah aku gi lama dulu. Port yang mana kawan aku pernah mintak rahsiakan lokasi. Aku tak heranlah Nazli & caster2 lain mesti tau port nie sebab "orang local", lagi pun bukan jauh sangat rumah diorang dari sini. Maaf, aku masih merahsiakan lokasi kerana aku masih berpegang pada "amanah" kawan yang mula2 bawak aku ke sini. Siapa yang tahu memang tahulah... Bila nampak boiling semacam, terus kami berdua cast. Ada sambutan, tapi masih miskol hinggalah...





... aku tukar lure menggunakan sp. Baling ke seberang sejauh yang boleh. Aku jerk pause, jerk pause perlahan, terasa seperti melanggar sangkut2 manja kat sesuatu, hrmmm... kayu2 dalam air barangkali kataku tetapi tetiba sesuatu memecut bersama lure aku tadi dibawaknya. "Fish on...fish on!", aku menjerit kat Nazli yang cast jauh dari aku. Mulalah episod melayan2 pecutan demi pecutan sebelum aksi melompat. Perghhhhh, selunsong rupanya. Setelah puas melayan, akhirnya berjaya jugak aku daratkan dibantu oleh Nazli yang melipgrip. Hampir2 kejadian "ngeri" berlaku wooo...





Species : Selunsong / Siakap @ Barramundi
Rod       : Lemax_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel      : Shimano_Scorpion MG1001
Line      : Tri-Poseidon, 10 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Kanicen Nix_Geli-Geli





Agak sado, padat dan solid, memberi tentangan yang cukup2 mendebarkan. Amat kuat lagi bertenaga sebelum menyerah kalah, mungkin kah kesan2 beliau mengamalkan minum air akar kayu dalam tu?





Lakonan semula - Beginilah kejadian "ngeri" yang aku maksudkan. Masa berjaya dilipgrip Nazli, kami berdua nampak memang sipi2 hook sangkut kat mulut tu. Baru jer letak atas tanah untuk fotografi, sedikit jer pergerakan ikan tu terus terkoyak (gambar koyak panjang tu sebenarnya hasil dari pecutan demi pecutan & tidak solid hooked-up) hingga hook tu tanggal terus. Aku & Nazli berpandang sesama sendiri, OMG... nasib baik aku tak main paksa masa melayan aksi pecutannya. Aku biarkan & drag tak kunci habis pun. Masih mampu ditarik keluar tali aku. Banyankanlah kalau last minit dia pecut secara tiba2, perghhhhhhh...melepas & menggigit rod lah jawapnya!





Kalau dah rezeki, tak nya salah alamat... Syukurlah. Dengan berat 1.49 kg, memang padu dilayan dengan set finesses baru aku kali ini. Hanyir jugak rod & lure baru. Hehehe...





Nazli sedang beraksi. Beliau jugak tak kumpau walaupun bukan selunsong & tarpon yang jadi mangsa...





Kredit foto dari Nazli dengan Haruan.





Kredit foto dari Nazli dengan Ikan Bekut @ Belukor Pasir.




Hari ini spoiled jugak sebab perut aku meragam sangat2. Hanya mampu bertahan sehingga jam 12.30pm, operasi tamat awal. 2 kali aku "memerut". Surrender beb. Terpaksalah menangguhkan operasi memuyu hingga ke satu masa akan datang, insyaalah...










 LURE(S) OF THE DAY
 
Left: Kanicen Nix_BRUDU, Right: Kanicen Nix_GELI-GELI. 2 produk lure terbaru keluaran tempatan. Ingatkan nak pakai Brudu untuk memuyu... Nampaknya kena tangguh dahulu.








Arwah dulu baik budaknya... Kihkihkih. Sendiri tangkap, sendiri siang & sendiri masak. Masak kegemaran anak aku - Ikan Siakap Stim. Perghhhhhh mables beb! Fresh lagi. Kepala nya pulak aku plan nak buat kari jer kemudian hari...