"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label SHIMANO_Calcutta Conquest 51. Show all posts
Showing posts with label SHIMANO_Calcutta Conquest 51. Show all posts

04 November 2019

Haruan @ Striped / Common Snakehead #7/2019



Tarikh  : 03/11/2019 (Ahad)
Lokasi : Jalan menuju Ensengei, Kota Samarahan
Masa   : 7.00am - 2.00pm



Lewat sikit aku hari ini. Alarm dah berbunyi namun aku offkan sahaja & sambung tido balik sebab masih rasa kepenatan mengikuti aktiviti anak aku semalam. Tersentap hampir jam 7.00 pagi. Kemas2 seadanya, pastu memulakan perjalanan

Dstinasi aku kali ini sekitar Kota Samarahan sahaja. Beberapa port diterjah & cast namun tiada berhasil. Dari percubaan target Siakap, Tarpon & Puyu semuanya kumpau. Last2 layan Snakehead.

Dari parit2 tepi jalan sepanjang Kota Samarahan aku cast, hanya dilayan sang curut. Miskol pulak tu. Sampai jumpa brother yang kerja potong rumput kat ladang sawit beri tips beberapa lokasi. Tanpa buang masa, aku terjah. Tapi sayang, parit masih kering.




Aku kena rush hari nie sebab Mem ada program petang nanti. So, tak dapat lama aku nak cast... Lagi pun aku lihat awan mendung menghampiri lokasi. Jalan2 lagi sehinggalah aku terpandang port nie… 




Kecik jer rupanya kawasan yang berair (disebabkan semak. Aku rasa kalau clear tentu menarik nie). Belum sampai dekat jambatan tu aku dah lempar lure dari jauh. Tiada respond. Aku menghampir & terpandang boiling anak2 Snakehad. Cantikkkkk…. 




Mulalah operasi mengesan & memujuk mama/papa Snakehead. Dari kawasan berteluk, sempit, bertakung, berhalangan pendek kata semua skill aku keluarkan untuk cuba mengesannya tapi hampa. Yatim piatu ke??? 




Sehinggalah aku menggunakan teknik karau sekali & pause lama (lebih kurang 5 saat) secara perlahan2 tetiba booommmm!, lure aku dibaham ganas. Aku sentap & terus fish on. Aku layan hati2 bagi mengelak beliau membawa ke reba & kawasan yang sangkut. Dan akhirnya




Species  : Snakehead @ Ikan haruan  
Rod       : Lemax_Slim Max Micro Game, 3-8 lbs
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4, 10 lbs
Leader : Bossna_DFC Leader, 20 lbs
Lure     : Mombok Frog




Fuhhhh punyalah payah nak dapat seekor saiz layan. Sesuatu di luar kawalan kita. Walaupun sesetengah orang anggap Snakehead nie ikan belasahan namun ada masanya (bukan time rezeki ko tertulis) pelbagai tempat/ cara/ lure ko  try hrmmmkirim salam, boleh kumpau beb!

Hanya seekor ini sahaja yang berjaya diberkas. Walaupun sempat singgah kat 1 lagi port (kering sedikit) tapi angin kuat & awan kelabu dah dekat amat. Terpaksa aku stop setakat nie. Jadilah buat lepas gian.



 



LURE(S) OF THE DAY








30 October 2017

Snakehead Report (4th weeks of October 2017) - TEST DRIVE: IFIXH - Real Froggy Lure (Clone SureCatch Tiny Frog)


Tarikh  : 28/10/2017 (Sabtu)
Lokasi : Ladang Sawit Empila, Kota Samarahan
Masa   : 6.15am - 2.00pm



Frust kerana stok dalam tackle box katak favorate aku kehabisan, semalam aku gi kedai pancing untuk mendapatkannya. Masih terdapat stok kaler oren, terus aku rembat 2 bijik. Kemudian aku terpandang katak clone habis dari SureCatch Tiny Frog tu jenama IFixh - Real Froggy. Angkat terus 2 bijik untuk test drive nanti.

Memandangkan family day jatuh pada hari Ahad, so hari ini aku bergerak solo jer ke Ladang Sawit Empila. Kebelakangan ini memang hari2 hujan. Aku jangkakan ladang nie akan banjir tapi tidak besar. Tahap pra-banjir jer.






Semalam hanya dinner dengan 3in1 oatmeal, so pagi nie aku membelasah mi goreng + air kopi o peng (sejok). Jam masih awal, aku target 7.00am baru masok ladang. Jalan ke ladang tu pun sebelah jer dari kedai nie. No need to rush.





Masa OTW tu banyaklah jumpa lopak2 camgini. FYI, ini jalan lama. Ada jalan baru tapi aku tak ingat sebab baru sekali jer guna. Tu pun Cip Azrin yang bawak. Nak dijadikan cerita, entah camana, motosikal aku nie tenggelam sampai paras hujung ekzos belakang tu semasa aku redah. Apa lagi, mati lah enjin. Dalam jugak rupanya lubang tu. Setelah berhempas-pulas, aku tarik motosikal nie ke tepi (seperti dalam gambar). Azab nya hanya Tuhan yang tahu. Nasib baiklah boleh di start semula akhirnya. Mujur kecederaan aku tak serius. Kaki bengkak sedikit disamping skres!





Selamat sampai kat port. Memang tepat ramalan aku. Pra-banjir. Biasanya tak tinggi paras air kat sini. Namun kali ini agak tinggi. Setelah cast kat beberapa port, hanya aksi cium-mencium lure sahaja. Kemudian aku bertukar kat lokasi ini. Cast kat seberang tu tetiba sahaja "torpedo" meluru ke arah lure aku dengan pantas...





"Boom!", menghentam ganas lure aku. Cantik, strike saiz sedap layan.





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lb
Lure     : IFixh_Real Froggy
Status  : C&R





Bila air agak besar & tinggi, lure yang mempunyai spinner atau seangkatan dengan nya memang menjadi. Bunyi serta vibrate yang dihasilkan mampu menggoda Snakehead keluar menyiasat.





Kemudian aku bergerak ke lokasi lain pulak. Nampak kawasan yang cetek2 gini kena perati betul2 ada tak boiling (kali ini di beberapa lokasi memang banyak boiling. Ada yang menyambar & ada yang tidak). Sini aku perati tidak ada boiling just aku pantang jer tengok kawasan yang berlopak. Cast ke dalam sikit, karau perlahan beserta jerk, satu sambaran kuat tapi miss pulak. Aku ulang lagi 3 kali dan...





Lagi besar dari yang mula2 tadi strike! Kuat melawan namun akhirnya tewas jugak.





Species : Haruan @ Common Snakehead (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lb
Lure     : IFixh_Real Froggy
Status  : C&R





Hoh, telan habis beb!





C&R...




Hampir menjelang tengahari, dari jauh aku lihat kelibat motosikal yang cam kenal jer. Rupa2nya Cip Azrin turun jugak. Beliau pun mengetest lure baru beliau. Masa nak otw ke sini seringkali aku maklumkan dengan beliau, kot2 dia free ke. Mana lah tau dapatlah komplot berjemaah... 

Tengah kami syok2 cast, tetiba hujan mula turun dengan lebat. Apa lagi, pecutlah dulu kat kawasan berlindung. Baru nak layan2 best, kalau berterusan hujan camgini, balik lah jawapnya. Tunggu punya tunggu, baru reda sedikit.





Sambung balik cast. Memang aku planning nak cast kat lokasi nie sebelum balik & nampak gaya cuaca tak seberapa, cepat2 aku gi kat area2 sini & cast. Sehingga beberapa kali aku jumpa boiling, namun tidak ada respon. Takpe aku teruskan dulu, nanti otw kat tempat aku park motosikal, aku repeat... Guruh pun mula berbunyi, baik aku ready nak balik. So, lalu semula kat sini & jumpa balik boiling berdekatan bawah daun kelapa sawit. Baru sekali cast, terus dirembat & kali ini lebih kasar...





Setelah cubaan beliau bersembunyi di dalam rumput2 air & aksi pujuk memujuk, berjaya jugak aku naikan. Perghhhhh... paling besar dari yang ke-2 tadi & merupakan tangkapan yang terakhir kali ini.





Species : Haruan @ Common Snakehead (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : YGK_N-Walker Fluoro, 20 lb
Lure     : IFixh_Real Froggy
Status  : C&R





Bawah dagu lak sangkut! Patulah marah semacam. Hahaha...





Aku C&R untuk kembali ke pangkuat anak2nya... Cukuplah dulu misi test drive lure baru. Hujan pun mula turun. Kali ini aku memfollow cip Azrin gunakan jalan yang baru tu tanpa melalui jalan Bernafas Dalam Lumpur tadi...







ULASAN TEST DRIVE:
 LURE(S) OF THE DAY

Nie hah lure tu. IFixh - Real Froggy. Saiz 48mm, berat 7.5g serta mempunyai spinner blade sebagai bonus. Aku perati dari disign, hook, panjang, semua sama macam katak SureCatch Tiny Frog. Beza cuma lebih berat 0.5g, harga yang murah, malah ada spinner. Dari segi prestasi, bila cast, katak nie tenggelam dulu. Bila dikarau, barulah terserlah fungsi sebenarnya. Berbaloi dimiliki!






03 April 2017

Casting Land Base - Belungei, Lundu 3/2017


Tarikh  : 01/04/2017 (Sabtu)
Lokasi : Belungei, Lundu
Masa  : 09.45am - 4.15pm




Masih tidak berpuas hati dengan result minggu lepas, aku plan nak terjah semula port Belungei secara solo minggu ini, memandangkan 'partner in crime' aku tak dapat ikut kali ini kerana bertugas. Sehari sebelum trip tetiba aku dapat message dari rakan FB - Jay Iglesias nak join komplot dengan aku. Aku ok jer...




Komplot pertama & 1st kitaorang face 2 face. Sebelum nie kontek2 dalam WhatsApp  & FB jer. Time nie aku dan Jay dah kira lambat jugak sampai. Air dah surut lagi da...





Wow, what a nice view... Belah kanan dah ada sorang bro yang sampai dulu dari kami.





FYI, bro tu dah naikkan 3 ekor MJ saiz L, M & S beb! Lupa lak aku snap pics tangkapan beliau. Dah rezeki beliau. Aku & Jay lak yang pedih mata tengok... Arghhhhhh, melepas!





Cam biasa, antara port yang wajib diterjah...





... cast yang berhasil dengan level baby lagi. Masih berpenghuni jugak port tadi.





Species : Kerapu_Grouper (1st Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Hybrid
Status  : C&R





Pastu aku try cast lak kat sebelah jer dari tempat tadi...





Pun berhasil dengan baby lagi...





Species : Kerapu_Grouper (2nd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Hybrid
Status  : C&R





Antara port peberet aku kat batu2 tu. Cast beberapa kali...





Tidak mengecewakan kerana strike, tetapi mengecewakan kerana masih saiz baby. Bila lah mak bapak datok nenek korang nak sambar... Sabar jerlah...





Species : Kerapu_Grouper (3rd Catch)
Rod       : Viper_Double Dragon, 8-17 lb
Reel      : Shimano_Calcutta Conquest 51
Line      : Tri-Poseidon PE x4_15 lb
Leader : Poseidon_20 lb
Lure     : Hybrid
Status  : C&R





Jay yang cast jauh di sana turut strike sang baby Kerapu jugak.





*Kredit foto: Jay - Yang ke-2 beliau dapat baby Tetanda.





Sama macam minggu lepas jugak result komplot kali ini.... Nampaknya misi peribadi aku masih lagi gagal & tidak mencapai sasaran. Target MJ saiz makan buat lauk belum tercapai. Saat MJ frenzy pun masih belum jumpa lagi. Right place but at the wrong time. Apa2pun kalau masa pasang surut cun lagi, akan aku bertandang semula kat sini...








 LURE(S) OF THE DAY

Inilah lure yang aku panggil "Hybrid". Kacukan antara lure White Rabbit yang putus ekor dengan lure Berkley PowerBait Power Grub yang cedera parah. Ambik part ekor & gam jer dengan gam 3 second, wallaaaaa..! Hehehe... Tapi akhirnya lure nie terkorban sebab sangkut kat dasar...