"Saya akan melakukan yang terbaik untuk mengemaskini blog ini setiap hari Isnin."
"I'll do my best to update this blog every Monday."


Disclaimer

Disclaimer
Showing posts with label Strike Pro_Mustang Minnow 45 Heavy. Show all posts
Showing posts with label Strike Pro_Mustang Minnow 45 Heavy. Show all posts

09 January 2019

Ikan Bekut @ Belukor Pasir #01/2019


Tarikh  : 02/01/2019 (Rabu)
Lokasi : Riveria, Kuching - Samarahan Expressway
Masa   : 7.30am - 5.30pm



Hari nie aku masih bercuti gara2 nak urusan persekolahan anak aku. Tambah2 lagi anak yang ke-2 berpindah tempat sekolah. Lepas semuanya selesai baru aku memecut ke Tasik Desa Ilmu.

Berbekal set ultralight kali ini, namun tiada berhasil. Port seterusnya aku try kat Riveria lak. Lama dah tak cast kat sini...





Dulu nampak bot kayu & hancur. Sekarang nie dah modified guna tong plastik biru pulak!!!. Sungguh kreatif & pada masa yang sama amat menyakitkan hati. Kompiden betul diorang meninggalkan jaring & ice box dalam tu. Nielah antara punca mengapa kolam Riveria dah semakin kurang berpenghuni. Kolam sekangkang kera nie pun diorang jaring! Macam2 hasutan syaiton menjelma kreatif dalam minda & nasib baik masih ada "sifat2" malaikat dalam diri aku...



 
Buang masa aku nak layan perasaan keciwa... Baik aku teruskan. Beberapa port aku cast tiada sambutan hinggalah aku sampai kat sini. Aku cast sampai ke seberang tu. Biarkan lure tenggelam terlebih dahulu. Kemudian aku retrived tanpa pause (berterusan) & dapat rasakan lure aku beraksi gedik (wobble). Masuk kali ke-3 aku ulang steps nie terasa sesuatu menerkam manja2. Fish on...





1st 3 saat pecutan tu boleh tahan lajunya. Aku tak pasti penghuni dasar nie. Kemudian aku layan2 sehingga naik ke permukaan, baru jelas kelihatan... strike Ikan Bekut @ Belukor Pasir.





Species : Ikan Bekut @ Belukor Pasir
Rod       : Team Seahawk_Explorer, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Strike Pro_Mustang Minnow Heavy





Huh, boleh tahan gak saiz kali nie. Biasanya selalu jumpa panjang sejengkal. Teringat dulu aku hampir2 dapat saiz yang lebih kasar dari saiz nie masa di Tambak Bako. Rontaran masa di'landing' tu berjaya meloloskan diri dari hook time aku leka nak amik. Tiada rezeki. Namun kali ini jumpa lagi saiz layan camgini.





Lepas main kat sini, aku gi cari Tarpon. Entah mengapa dah 2, 3, 4 menjak nie payah benar nak cast Tarpon Taman Sukma. Walupun sampai petang aku tunggu & banyak boiling, sekali pun dia tak peduli lure2 yang aku gunakan. Nasib baiklah Ikan Bekut nie menjadi penyelamat kumpau.









LURE(S) OF THE DAY










26 November 2018

Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb #2/2018



Tarikh  : 25/11/2018 (Ahad)
Lokasi : Tasik Desa Ilmu
Masa   : 6.30am - 9.00am



Macam biasa, sebelum masok kerja pagi nie, aku singgah kat Tasik Desa Ilmu untuk mencari Tarpon. Kalau hari Selasa lepas banyak gak boiling walaupun malam tu hujan lebat. So, semalam pun hujan lebat. Pasal tu lah aku singgah nak ngtest teori...

Tengah aku syok cast, ada pulak panggilan pulau yang memaksa aku balik sekejap. Potong stim betul! Terpaksa aku merempit balik & merempit lagi ke Tasik Desa Ilmu. There goes my precious time! Moody betul aku dibuatnya. Nasib baiklah hobi memancing nie membantu hilangkan stress aku tu. 





Walaupun jam dah 6.30am, masih kelihatan bulan purnama. Aku tengok kondisi air keruh sedikit. Memang lebat sangat hujan semalam. Lama dah tak test balik kat telok nie. Dah beberapa kali aku kat telok seberang tu jer casting.





Dari 6.30am aku pakai lure clouser minnow sampai jam 8.00am tiada langsung sambutan. Boiling lak tak happening & jauh2. Pastu aku tukar pakai lure jenis "ikan kering" - minnow sinking pulak. Lebih kurang 15 minit aku cast dengan cara stady retrived tanpa henti, seperti sesuatu menerkam lembut lure aku. Terus aku retrived & teras macam sangkut2 kat samai jer sebab takde langsung tentangan sehinggalah bila semakin dekat dengan aku barulah "sesuatu" tu memecut. Hoh strike rupanya. Kelibatnya masih belum jelas kelihatan. Tarpon? Tiada akrobatik. Toman? Manja2 jer pecutan...





Ikan Sultan rupanya! Terus aku layan dulu pecutan2nya. Bila dah kureng sikit kudratnya memecut baru aku daratkan. Syukur alhamdulillah... Layan beb dengan set UL. Rupa2nya masa retrived tu tadi beliau mengikut jer kena tarik & tak melawan. Patutlah rasa sangkut kat benda lain...





Species : Ikan Jelawat @ Sultan Fish @ Mad Barb
Rod       : Kanicen Nix_Sailang, 2-6 lbs
Reel      : Shimano_Sahara 500FE
Line      : Special Line, 4 lbs
Leader : Tomman_Tali Hantu
, 15 lbs
Lure     :
Strike Pro_Mustang Minnow Heavy





Ikan Sultan @ Ikan Jelawat yang ke-2 aku dapat kat Tasik Desa Ilmu nie. Saiz kali ini lebih kurang sama dari tangkapan pertama aku. Just panjang sikit jer. Aku terus cast sampai pukul 9.00am. Bila dah tiada sambutan terus aku stop cast, nak kena sambung kerja lak. Cukuplah seekor dari kumpau terus. Hilang terus moody & stress aku. Alhamdulillah...










  LURE(S) OF THE DAY

Strike Pro - Mustang Minnow 45 Heavy. Hanya bersaiz 45mm, berat 6g & sinking. Antara lure kecik yang cukup power & gedik gelek maut tahap ratu dangdut! tak perlu retrived cepat2, memadai sedang2 jer tanpa henti dah hebat "gelek"nya. Aku pakai yang ke-2 tu. Lama dah beli & baru hari ini hanyir. Hook aku tukar pakai treble hook no.10.